1 0GOS 2019 - BILA TIBA BULAN OGOS

Sis Lin
10
1 0GOS 2019 - BILA TIBA BULAN OGOS | Sampailah kita ke bulan ini. Apa istimewanya Ogos? Ogos adalah bulan kelapan dalam sebuah tahun dalam kalendar Gregory dan salah satu bulan yang mempunyai 31 hari. Bulan ini dinamakan ‘Ogos’ bersempena nama tokoh Augustus Caesar dan mempunyai 31 hari supaya sama dengan bulan Julai. Sebelumnya ia dipanggil Sextilis, yang bererti ‘keenam’ dalam bahasa Latin.

Malaysia menyambut kemerdekaannya pada Ogos. Secara lebih tepatnya lagi di Malaysia, 31 Ogos adalah Hari Kebangsaan negara Malaysia. Jadi bulan ini juga disebut sebagai bulan kemerdekaan.

Pada masa inilah kita akan melihat jalur gemilang dikibarkan. Pada bulan ini juga lagu-lagu patriotik akan berkumandang. Sajak-sajak tentang kemerdekaan akan dicetak semula, stesen televisyen akan mengulang tayang filem hebat tentang kemerdekaan. Hati Malaya 1957, Leftenan Adnan dan Bukit Kepong antara filem yang akan disiarkan semula untuk membangkitkan keghairahan bulan kemerdekaan.

Pada tahun ini, Malaysia akan menyambut sekali lagi bulan kemerdekaan ini. Pada tanggal ke-62 tahun ini adakah kita akan menyambutnya dengan penuh semangat patriotik atau me­nyambutnya hanya seperti biasa? Tidak dapat kita nafikan bahawa banyak faktor pada masa ini yang akan menentukan bagaimana sambutan tahunan kita pada tahun ini.


Ogos secara simboliknya menjadi bulan yang paling meriah dengan aktiviti berbentuk perpaduan. Pada masa ini kita berpeluang melihat banyaknya program yang berteraskan perpaduan akan dijalankan untuk memperlihatkan keharmonian kaum di negara kita.

Antara aktiviti yang meriah diadakan adalah perarakan kemerdekaan, kempen kibar jalur gemilang, sambutan malam ambang kemerdekaan dan pelbagai lagi. Sekolah-sekolah juga tidak kurang meriah melancarkan bulan kemerdekaan di peringkat sekolah. Ketika inilah semangat patriotik dan perpaduan dapat dipenuhi di banyak tempat.

Ogos juga telah menyaksikan beberapa peristiwa bersejarah yang penting dalam Malaysia. Antaranya:

13.8.1960: Tunku Abdul Rahman diumumkan sebagai pemenang Hadiah Magsaysay daripada Filipina kerana kejayaannya memimpin masyarakat berbilang kaum di negara ini.

27.8.1965: Masjid Negara dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail.

29.8.1970: Tun Abdul Razak Hussein merasmikan Wisma Belia di Jalan Lornie, Kuala Lumpur.

15.8.1981: Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun) me­rasmikan Akademi Laut Malaysia di Tanjung Dahan, Kuala Sungai Baru, Melaka.

26.08.1999: Dr. Mahathir mengumumkan pertukaran nama dan status Institut Teknologi Mara atau ITM kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM).

20.08.2002: Dr. Mahathir merasmikan Tasik Putrajaya iaitu tasik buatan manusia.

04.08.2003: Kembara Mer­de­­ka Jalur Gemilang dilancarkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun)bertujuan me­ningkatkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia.

25.08.2006: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam merasmikan Muzium Kastam Diraja Malaysia yang terletak di tepi sungai Melaka di Bandar Hilir.

Pada hari ini, kita seharusnya mensyukuri nikmat yang diperoleh dan menjaga keharmonian ini dengan seikhlas hati. Ia tidak berhenti di sini, tapi ia perlu bermula di sini dan kekal abadi. Bersama doa dan janji kita akan kembali menemui kebenaran dan harapan dalam semangat kemerdekaan.

Semoga Ogos kali ini akan menjadi bulan kemerdekaan yang meriah dan diingati oleh rakyat pelbagai kaum di negara ini.



P/S: Selamat datang Ogos!! .. Be Good ya!

Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. bulan August bulan kelahiran saya..and I was one of the thousands who witnessed pertukaran status ITM ke UiTM tu di Shah Alam. Tetiba rasa bangga disitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa hepi besday in advance @Sheila.. ada gak sama date yang melakar sejarah yaa..

      Delete
  2. Alhamdulillah Allah izin kita melangkah ke bulan Ogos..berbaki lagi 4 bulan menuju 2020 kan Sis.SubhanaAllah.Moga kemerdekaan yang berjaya digapai menjadi ingatan dan simbolik kita dalam meneruskan aktiviti seharian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @PC, apalah bakal ada dan terjadi di tahun 2020 yer..moga Allah sampaikan umur kita semua...

      Delete
  3. saya lahirkan anak kedua dalam bulan 8..tahun 2009

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis takde anak lahir bulan 8 @Azian.. :)

      Delete
  4. Banyak peristiwa di bulan ogos, bulan bersejarah

    ReplyDelete
  5. wahhh dah 62 tahun ek kita Merdeka...alhamdulillah

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!