31 OGOS 2019 - SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-62 TAHUN

Sis Lin
6
31 OGOS 2019 - SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-62 TAHUN | Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2019 pada tahun ini bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih'. Pemilihan tema itu menekankan usaha memupuk perpaduan, semangat cintakan negara dan menonjolkan nilai integriti serta jati diri dalam kalangan rakyat Malaysia.

Hari Merdeka tidak lengkap tanpa tujuh laungan “Merdeka!”. Tradisi ini telah dimulakan oleh Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman pada tanggal 1957 di Stadium Merdeka.

Walaupun ia hanya merupakan satu hari cuti umum, tapi ianya di sambut selama sebulan menjelang ketibaan Hari Malaysia pada 16 September.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! 


Tema Hari Merdeka 2019

Tema 'Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih' menekankan kepentingan perpaduan dan semangat cintakan negara bagi memastikan kesejahteraan dan kemakmuran negara tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan bangsa. Menonjolkan nilai integriti dan jati diri rakyat Malaysia yang bersih dan tinggi.

Untuk tahun 2019, lagu 'Malaysia Bersih' dipilih sebagai Lagu Hari Kebangsaan 2019. Lagu Malaysia Bersih ciptaan Muhammad Yuri Mohamed Idris dan lirik oleh Datuk Dr Anis Yusal Yusoff. Lagu ini bertujuan untuk menyemai amalan budaya integriti dan menolak rasuah dalam kehidupan.

Lirik Lagu Tema Hari Merdeka 2019 : Malaysia Bersih

Harapan semua
Moga kita berjaya
Bagai negara
Yang kekal merdeka

Amanah bangsa
Kita pikul bersama
Jadikan Malaysia bahagia

Asal budaya kita
Budi pekerti indah
Amanah jujur
Amalan kita

Kini masanya
Sudah tiba
Untuk bina semula
Negara tercinta

Kita bina negara
Perangi rasuah
Kita satukan hati
Demi ibu pertiwi

Keutuhan jiwa
Membina nurani
Moga kita terus disanjungi

Harapan semua
Moga kita berjaya
Sebagai negara yang kekal merdeka

Kini masanya
Sudah tiba
Untuk bina semula
Negara tercinta

Malaysia bersih
Harapan kita
Malaysia bersih
Harapan kita



P/S: Cuti panjang gini korang kemana haa? Sis ? Syhh rahasia hehehe

إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!