AKU BUKAN DIET, TAPI DALAM PROSES 'CUT SUGAR'

Sis Lin
13
AKU BUKAN DIET, TAPI DALAM PROSES 'CUT SUGAR' | Yerr Sis ko takde istilah DIET dalam diri ya, semua benda Sis ko makan dan bedal jer. Kalau ada siapa nak ajak makan ke, Sis ko onz jer, tak kisah siang ke malam ke. Walaupun Suami sendiri pun, bila kata ajak ngeteh, laju aje bersiap hahahaha. Makan tetap makan .

Cumanya sekarang ni Sis tengah 'Cut Sugar'. Tapi cut sugar Sis lebih kepada minuman aje dulu. Perlahan-lahan yer, tak boleh buat serentak, kang kalau semua di-cut, ada kang Sis ko shaking macam mat gian sebab takde gula dalam badan, orang kaya 'hypo' ek, terus kena sorong masuk wad kang hahahaha.

Cukuplah kita uji ketahanan mental dan fizikal kita dulu dengan cut sugar dalam minuman aje. Nasi semua Sis ko bedal. Dah kata tak dietkan..

Orang selalu kata, kalau nak 'kurus' cuba dulu tak minum manis, kalau ujian ini korang boleh lepas, maka esok-esok kuruslah tu kakakakah! Tapi takde rasa nak kurus pun, umur dah 43tahun ni, ko ingat senang nak kurus dalam masa 2/3 bulan? Nafsu makan membuak oiii...jangan perasan lee nak kurus hahahaha..

Kawan Sis Zarin ni pun, amik masa dekat 3 tahun juga tau nak kurus, ko rasa?
Sangat-sangat memberi inspirasi pada Sis.
Ehem ehem, Sis pun dah beli gak skipping rope tu hehehehe..

[Baca kisahnya] : https://www.maskulin.com.my/dengan-senaman-skipping-jump-rope-berat-lelaki-ini-hilang-30-kilogram/

Bukan apa, sejak dari awal tahun, Sis rasa terlalu banyak dah minum minuman manis, memang terlalu banyak. Pantang keluar aje, mesti nak kopi, kalau tak kopi, boba tea, kalau tak dapat itu haaa minum dan lepak Costa memanjang Sis ko bedal! Ishhh tak boleh jadi ni, kalau di layan tekak, memang boleh kencing manis oii Sis ko..

Nasib sedar diri cepat! 😜

Makanya, kita pilihlah untuk merubah, bila semuanya dipermudahkan, barulah berubah..dan sikit-sikit akan nampak perubahan, tak gitu...kalau diri sendiri yang taknak merubah, siapa lagikannnn..

Alhamdulilah, sehingga hari ini, Sis dah melepasi 14 hari tanpa minuman manis. Pernah dulu buat juga, Sis berjaya menahan diri sehingga hampir setahun, so ini kali kita cabar diri lagi! Oh! Sis takde cheatday bagai ya, sebab bagi Sis, sekali Sis ko dah cheatday, memang takkan nak air suam lagi leee nanti...so jangan goda i okay! hahahaha

Perubahan? Buat masa ni cuma rasa perut tu lebih selesa, sebelum ni kalau Sis banyak minum manis, perut selalu kembong dan tegang huhuhu.

Bab pemakanan Sis makan macam biasa aje, yang manis-manis pun Sis cuba kurangkan. Kita cuba, tak cuba mana nak tau kan?

Tuu ayam goreng extra spicy 3x pedas tu, korang dah cuba? Hahahaha

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/07/aku-dah-makan-dah-ayam-goreng-mcd-extra.html


Dan lagi satu, Sis ko bedal je minum ais. Siapa kata minum ais perut buncit? Kalau dah buncit tu buncit aje laaa hahahaa..

Ramai yang berteori, apabila minum air sejuk atau ais, makanan berlemak akan tergumpal dalam perut serta boleh membahayakan. Perut kita unik, dijadikan Allah mempunyai asid dan enzim yang boleh menghadamkan makanan termasuk lemak, protein, karbohidrat dan serat ke unit yang paling kecil. Suasana perut yang panas sudah mencukupi untuk penghadaman walaupun makanan itu sejuk berais atau seumpamanya.

Kesimpulannya, jadikan air suam sebagai minuman utama yang wajib diminum setiap hari. Kurangkan minum minuman manis dan lebihkan minum air suam ok!



P/S: Nasib juga Suami pun support, anak-anak pun sama. Barulah ada semangat nak minum air suam, terus rasa ribena air suam tu hahahaha..
Tags

Post a Comment

13Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Dulu boleh sampai setahun, skrg kenapa tak boleh, kan. Betul, cut sugar ni kalau kita ada cheat day, esoknya mmg susah nak maintain, so.. Semoga terus berjuang, Lin. Awas! Jgn tergoda lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr Kak @Seri, sama lah kita sebelum ni sampai hampir setahun cut sugar, ini kali nak cuba lagi...hahahahanampak buffet tergoda!

      Delete
  2. teringin nak cut sugar tapi suka gila air manis huwaa btw saya follow sini ye #1640 :D mind followback jika free! :)

    https://sayesyadiya.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah @Syadiya, pelan-pelan cuba..boleh minum manis, tapi jangan kerap, kang penyakit lain mendapat huhuhu muda lagi tu...

      Delete
  3. SA dah lama kurangkan minum air manis, no tea, no coffee, since kena high blood attack bulan 10 tahun lepas dan dah kena makan ubat darah tinggi ni...lagi la SA jaga...tapi sesekali kena minum manis jugak..asalkan kandungan gula normal dalam badan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama Sis @Suria, bila dah ada darah tinggi ni, makan minum nak kena control, tapi nafsu laa katan, semua benda nampak nak makan dan minum...huhuhu ngeri tengok badan sendiri...

      Delete
  4. Masalahnya bukan minuman sahaja, kebanyakan makanan kita ada gula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar @Wak, sebab tu kena cut sugar perlahan-lahan, mulakan dengan minuman dulu, kang semua di-cut, takde gula plak dalam badan huhuhu

      Delete
  5. penah buat tp tahan dlm smggu 2 je..haha. Skrg cuma limitkn sehari minum sekali je air manis

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh ya, sekarang saya cuba macam ni juga...limitkan kalau nak minum jugak, sehari sekali aje...kalau tak minum langsung, lagi bagus...

      Delete
    2. Pun boleh @Mysara, kalau nak seminggu tak minum manis then cheatday laa minum segelas manis, pun boleh, tapi Sis sampai sekarang alhamdulilah masih bertahan..hehehehe

      Delete
  6. khennnn...alhamdulillah, semalam berjaya tak minum air manis...tapi pagi tadi tiba2 minum jus oren...vitamin C, tak apa kan...tiberr..hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha baru sehari ek...hehehe syabas! Sis masih lagi bertahan hingga kini @Sunah, si Kakak ajak cheatday pun Sis jadi macam berkira-kira nak minumnya, last-last tak jadi, terus minum air suam jugaa..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!