ALHAMDULILAH, TAHNIAH KAKAK!

Sis Lin
15
ALHAMDULILAH, TAHNIAH KAKAK! | Ibu dan Ayah mana yang tidak gembira bila dapat melihat kejayaan anak-anaknya yang berjaya. Ada ke Ibu Ayah yang tak peduli akan kejayaan anak-anak? Takde kan, so tak salah kalau setiap detik kejayaan anak tu kita sambut dengan ucapan alhamdulilah dan sekalung tahniah dan kemudian kita sambut kejayaannya sekadar yang mampu.

Bagi Sis sangat sensitif (hati tisu) isu kejayaan anak-anak sebabnya Sis sendiri sedar, Sis belajar pun setakat SPM aje, kemudian terus kahwin, dan melahirkan, banyak masa remaja Sis, Sis tinggalkan dan juga waktu bersama dan nak menabur bakti pada orang tua pun Sis korbankan, tapi Sis tetap bersyukur dengan apa yang Sis ada sekarang, terutama melihat kejayaan anak-anak.

3 tahun dulu di majlis Konvo (Diploma) hehehe. 

Esok anak Sis Kakak akan ada hari konvokesyennya dia di MSU, amik sijil Degree dia dalam jurusan perubatan. Sis pun tak sangka dia boleh sampai ke tahap macam ni. Sebab dulu Kakaklah yang paling struggle nak belajar sampai nak mintak tukar course dan juga nak stop kelas semua. Tapi alhamdulilah berkat motivasi lecturer dia dan kata semangat dari Sis dan Ayahnya, see! Kakak berjaya dapatkan Dekan berterusan! 😭

Yerr dalam semua anak, tak semuanya berjaya, tak semuanya bagus, tapi mereka ada masing-masing punya kelebihan, Allah tu dah aturkan semuanya. Yang tak sekolah tinggi pun tapi kerjaya bagus, yang sekolah tinggi. belum tentu berjaya, silap-silap ke dapur juga nanti, tu anak perempuanlah...Biasanya begitulah..huhuhu

Tapi kita sebagai Ibu Ayah jangan memperkecilkan dan membandingkan setiap anak-anak. Macam Sis contohnya, yang Kakak memang minat dia nak belajar selagi boleh, yang si adiknya pula, dah minat mencari duit, dah ada wawasan, baru beli kereta, ni nak beli rumah, then katanya sedang dalam projek nak buat bisness kecik-kecik, yang si anak bujang Sis, belum nampak lagi sebab masih peringkat belajar tapi yang nampaknya lebih ke arah muzik hahahaha. Dah pandai cari duit tepi buat show hahahaha..

So masing-masing punya kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kita bagi support dan sokongan moral aje pada minat anak, insyaallah mereka buat apa yang mereka suka dengan penuh ikhlas, jujur, bahagia dan balasannya mereka akan berjaya.

Atuknya selalu tanya, esok si Kakak tu habis belajar dia jadi apa?
Kakak jadi Saintis Tok... hahahaha..

3 tahun lepas. Tersenyum dia dari jauh.

Ehhh panjang pulak membebelnya Sis ko, sampai dah emo meleleh air mata ni pulak huhuhu.
Okaylah stop dulu, nanti selesai majlis konvo Sis kongsikan gambar-gambar kegembiraan Sis dan Suami juga anak dia sini ya.

Bukannya apa, 'Blog aku, aku punya sukalah' ...

Masa post ni update, Sis dan Suami dah gerak ke Kuala Lumpur, doakan semuanya dipermudahkan ya. Macam Sis ko plak yang nak amik sijilnya hahahaha..



P/S: Esok sebenonya nak pakai baju lain, tapi Suami suruh Sis pakai baju tu..huhuhu korang tengoklah esok baju apa ..

Post a Comment

15Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. wahh.. tahniah kakak.. yang penting kita mak-mak ni raikan kelebihan anak-anak.. masing2 ada kelebihannya sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul @Dilah, kita sebagai Emak jangan membezakan dan melebihkan anak-anak berbeza, kena serata dan masing-masing ada kelebihan dan kekurangan masing-masing...
      Makaseh Dilah ..

      Delete
  2. Tahniah kakak. Hebat! Naib chanselor lah kan? Perancangan untuk setiap orang lain-lain. Kita patut bersyukur selagi perancangan tu yang terbaik untuk kita. Betul tak sis? Hehehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, makaseh @Aisya ...
      Yer bersyukur setiap apa yang dah di beri Allah, pasti ada hikmahnya...

      Delete
  3. Alhamdulillah tahniah kakak.. :D

    ReplyDelete
  4. hahahah...ada pulak p/s tu kisah baju ek...apa-apapun, alhamdulillah...tahniah buat kakak! selagi boleh, teruskan belajar dan menimba ilmu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha baju hijo lee apalagi macam dalam gambar dah up tu @Sun oii, nasib baik lawo hahahaha..
      Makaseh Sun..

      Delete
  5. Alhamdulillah..Tahniah..😊

    ReplyDelete
  6. salam...jln nak cari info psl MSU..sudahnya saya khatam semua blog sis ni.Masih rajin ibu2 blogger menulis.Sis boleh tak share or blog psl mcm mana anak sis apply msu ni? Rasanya bagus juga kalau dpt share info di musim2 spm ni. Atau sis dah share tapi saya tak jumpa pulak entry post.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!