Pagi tadi Sis goreng cekodok ikan bilis dan juga cekodok bawang. Sebab apa sampai dua jenis? Sebab ada tetamu Sis tu dia tak makan bawang hahaha. Siapa lagi kalau bukan seketul Sunah tu. Apa laa kan tak makan bawang, bawang tu kan bagus, anti kanser. Ermmm...
Nasib baik ikan bilis tu banyak dan dah siap kopek, so senang, main cekut aje hehehe.
[Baca sini] : https://www.sislin76.com/2019/07/aku-paling-suka-kopek-ikan-bilis.html
Makanya kesian pulak kalau goreng semua cekodok ada bawang, kang habis di koreknya dak Sunah cekodok tu keluarkan bawang, jadi dari menyusahkan diri dia, baiklah Sis masak aje dua jenis hehehe.
Nak buat sambal kicap, sekali cili padi pulak dah habis, cecahlah dengan sos tomato (Sis punya) dan juga cili sos. Kenyang juga sarapan pagi tadi. Masa post ni update, Sis tengah nak menjala pulak, malam kang ada tetamu nak datang, teringin nak makan roti jala, so kita menjalalah..
Roti jala cecah dengan kari ikan, perghhh sedap kann hehehehe...
Kalau rajin, esok le Sis tayang ye..hehehehe..
Soalan biasa netizen: 'Rajin Sunah tidur rumah Sis ya'...
Oooo Sunah memang Sis yang paksa dia selalu tidur rumah, teman Sis hehehe. Semalam kebetulan kami ada event, so Sis minta dia tidur rumah Sis. Kat rumah pun, dia buat kerja dia, Sis buat kerja Sis. Malam kami layan Netflix hehehe..
Cuma pagi tadi je, Sis ada rajin sikit, ada masa, editkan blog Dilah, bolehlah kalau nak Sis tolong editkan sikit-sikit yang basic, kalau nak design semua, Sis tak reti, setakat nak suruh buat blog tukar layout yang basic aja Sis boleh tolong.
Okaylah...nanti sambung lagi..
Jom layan roti jala gan kari ikan hehehe..
P/S: Rindu Suami .... ðŸ˜
hahahah cekodok ikan bilis ada lagi tu....
ReplyDeleteSilalah perabiskan sebab cekodok bawang sudah habis yaaa @Sunah hahahaha
DeleteAlahai, cian dia rindu En Sabar. Nanti sbelum fly jgn lupa gi lepaskan rindu dulu tau.
ReplyDeleteSunah, iyo2 tak makan bawang. Yg lauk pauk sume tu semua ada bawang sunah oiii.
Kitakan Lin, perkataan cekodok tu khas utk jemput2 pisang je, kalu selain dari tu ku sebut jemput2, samalah, susah nak jadi bulat, mesti meleper, hahahah
Huhuhu begitulah, dah masuk 3 minggu ni tak jumpa Kak @Seri...
DeleteSunah tak makan bawang yang potong tu, bawang dalam masakan dia makan...
Ooo kita sama je cekodok ke jejemput ke hehehhee
Alamak sis ni dah buat uyul nak goreng cekodok puleeeeee malam malam ni
ReplyDeleteHahaha silalah buat yaaa @Uyul hehehe
DeleteSemalam pegi jemputan kahwin rumah ke -3 ambil cekodok bawang aje sebab dah kenyang.
ReplyDeleteSedap pulak dia goreng leper2 gitu, cicah sos.
Waa jemputan kawin ada cekodok ek @Wak..lain dari yang lain ..
DeleteSaya suka je dedua..kalau dicampur...lagi sodappp!Tapi kadang senang tercekik bila makan cekodok bilis... Tah kenapa....
ReplyDeleteKakakakah tercekik kenapa plak ko @Nona oii hahahaha
DeleteAlahai sunah...cekodok ikan bilis letak bawang la sodap...hehehe...
ReplyDeleteHahahaha kannn @Suria, kalau Sis plak, takde bawang memang tak boleh nak makan cekodok hahahaa
Delete