ASAL HUJAN AJE LAPAR, ASAL LAPAR AJE HUJAN

Sis Lin
20
ASAL HUJAN AJE LAPAR, ASAL LAPAR AJE HUJAN | Haaa begitulah kan, asal lapar aje hujan, asal hujan aje lapar, sama aje dua-duanya tu hehehe. Dah tu kalau kat rumah bila hujan time tu laaa mata taknak tido kan, kalau time panas berdenting, time tu pulak mata layu macam mat gian! Stress gak kann...

Semalam hujan lebat dari Sis keluar Ikea sampailah ke Permas Jaya, tempat korang hujan tak?. Iyerr ke Ikea semalam makan tengah hari di sana, alaa makan yang promo Madness Merdeka tu, Sis makan Smoked Beef dia tu, memang sangat kesedapan, dah try masa review tu sekali, sampai datang kedua kalinya, tu namanya betul-betul review kata sedap sampai datang kemudiannya, tak gituuu hehehe.

[Baca sini] : https://www.sislin76.com/2019/08/jom-makan-makan-di-ikea-sempena-promosi.html


Macam biasa peneman makan Sis, yang sama-sama gemuk, siapa lagi kalau bukan dak Sunah. Bagi makan puas-puas, sebab harini dia dah balik rumah dia, Sis balik nanti sepilah rumah Sis huhuhu.

Kami makan lunch dan kemudian kami terus ke Midvalley cari pasal. Yang sebenarnya nak mencari The Alley, sebab Sis macam perasan kat MidValley ada, rupa takde ek, Zing Fu Tang aje ado, ermmm manalah yang Sis ko nampak The Alley tu, kalau di Permas memang ada. Dalam pada pusing-pusing, masuk kedai Zhoe Factory.

Kus semangat korang yang nak beli kasut, boleh ke sini, semua murah! Sunah sampai beli sepasang hehehe. korang boleh nengok di IG dan Facebook Page Zhoe Factory tu ya.

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/07/minuman-boba-tea-xing-fu-tang-tu-halal.html


Lepas dah soping sana sini, kami terus ajelah keluar dari Midvalley dan terus ke Permas. Dak Sunah tu nak juga pergi The Alley. Biar kasi dia puashati, selagi tak dapat, memang akan dia sebut aja hahaha. Maka ke Permas la kami dalam hujan-hujan tu.

Sampai je di The Alley, dak Sunah dah konpius depan kedai hahahaha sebabnya, sebelah The Alley tu ada The Black Whale, kelako hahaha. Dia memang nak juga aiskrim boba The Black Whale tapi dalam masa sama nak The Alley kakakakah!

[Baca sini] : https://www.sislin76.com/2019/07/aiskrim-boba-tea-brown-sugar-black.html


Yang mana satu, pilihan kalbu, The Alley atau The Black Whale hahahaha. Dalam hujan Sis ko turun kereta nak amik gambo dia ni hahahaha. Psttt kasut baru nampak hahahaha habis basah kena hujan kekeke. Last-last dak Sunah beli The Alley juga, akhirnya!! .

Sis? Oh tidakkk! Cukuplah semalam aje TERminum secawan kopi tu ya, bawak-bawaklah insaf! Hahahaha. Lepas dah beli The Alley, Sis ajak Sunah lepak di JTL Container. Sis nak minum chinese tea.

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/08/akhirnya-terminum-secawan-kopi-setelah.html


Bukan kata nak minum chinese tea aje, sekali kami nampak pulak waffle tokoyaki Hong Kong Snack, apalagi dak Sunah kata nakkkk, Sis ko suka aje, sebab ada geng gemuk lagi hahahaha. Sis pun pestime nak try tu. Mula macam pelik gak, apalah rasa waffle tokoyaki ni, sekali dah makan, licinnn, sedap!

Time tu laaa hujan selebat-lebatnya turun. Alhamdulilah setelah sekian lama tak hujan, sampai hutan kat rumah Sis sana pun terbakar, haritu kes hutan terbakar gak kat area Legoland, begitu panas sekali kan. Syukurlah semalam hujan.

Dalam pada drive balik tu lee selebat hujan, tapi alhamdulilah sampai area rumah Sis dah reda hujan. Dak Sunah kata jom tidur sekejap hahaha, so aktiviti seterusnya tidur. Bangun tidur ngadap laptop, blog walking dan sambung lagi update blog. Malamnya layan Netflix, begitulah kami berdua.

Tapi harini Sis ko dah takde geng dah, sepilah rasa rumah dan mesti kebuhsanan nanti Sis *mohon simpati agar Sunah tidur sini lagi...

Apa-apa pun makaseh Sunah sebab selalu menemani Sis.
Okaylah now Sis tengah dalam event Honda lagi ni, nantilah sambung lagi ya.
Jumpa nanti, OkBai.


P/S: Siapa sini ada resepi buat tokoyaki guna periuk Noxxa? Nanti bagi link kat komen ya. TQ

Post a Comment

20Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. bestnya kak, rajin SUnah teman akak ke sana sini... dana tak try lg mkn2 kt ikea tuh la, hari keje balik petang selalu mesti hujan lebat, jd ddk umah jelah... pastu ujung minggu tu kadang banyak lak aktiviti lain nyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr @Norhidana, kami surirumah sepenuh masa hehehe..
      Trylah sebelum habis promosi, memang sedap!

      Delete
  2. wow.. waffle takoyaki, menarik! ada isi la dalam bulat-bulat waffle tu ye?

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah waffer toyoyaki, memang sedap @Maisarah, dalamnya hanya dia letak aje toyoyakinya sumbat dalam waffer tu...rasa sedap!

      Delete
  3. KL pun tengah hujan lebat ni..biasa kalau hujan sure sedap layan cekodok atau pun maggi kan...bestnya...memandangkan tengah menjaga pemakanan makanya...abaikan apa yang terbayang di minda...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujan-hujan layan megi cuplah sedap kan @Suria, hirup kuahnya pepanas, perghhh sedapnyaaaa

      Delete
  4. Hujan-hujan paling best makan maggie.. pergghhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha semua orang suka makan megi time hujan ek @Aisya hahahaa

      Delete
  5. hahahahahaha! mencik ahhh, bawak pulak gi the alley yang sebelah black whale...black whale ni pun satu, nape bukak sebelah the alley haaa! hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakakakakah, takpe lepas ni kita makan aiskrim boba The Black Whale pulak yaaa @Sunah...

      Delete
  6. Bahagianya hidup; makan, shopping, makan lagi, shopping lagi and finally tidor hahaha...

    Sepesen juga dgn Sunah, asal beli je kasut ke beg terus pakai hihi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha aah Puan @Hazel, itu lee aktiviti takde kerja kami buat hahahaha...
      Kebetulan memang dia terus pakai, selipar dia kaki sakit dan penat sebab tinggi hahahaha

      Delete
  7. The Ally kat jusco tebrau sis ada, hari tu pergi ternampak.

    Sedapnya waffle takoyaki tu, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo ye kot, tu lee macam ternampak tapi lupa kat mana @Farah ...

      Delete
  8. Wak pulak
    'Asal malam aje lapo, asal lapo aje malam'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaah tu lagi kes berat tu @Wak hahahaha

      Delete
  9. Alahai, tinggal Sunah la geng makan, dak Farahain diet ek, hihi.

    Boleh ke buat takoyaki dlm periuk noxxa, dia kan kena ada lobang2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerrr begitulah Kak @Seri, senang hangkut Sunah tu, tak banyak songeh hahahaa
      Tu lee macam ada nampak orang buat tokoyaki guna Noxxa...

      Delete
  10. memang betul2 episod kembungkan perut ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaah iyerr balik membuta tak sedarkan diri @Sheila hahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!