Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah. Walaupun doa ini tidak wajib, ia adalah sesuatu yang baik untuk diamalkan.
Barang siapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.
Sebelum membaca doa awal tahun bila masuknya bulan muharram, kita terlebih dahulu digalakkan membaca doa akhir tahun pada akhir zulhijjah.
Doa Akhir Tahun
Bilakah waktu untuk membaca doa ini?
Bacaan doa akhir tahun ini digalakkan untuk dibaca pada petang selepas waktu Asar pada 29 atau 30 Zulhijjah.
Bacaan doa tersebut adalah:
Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Mengasihani Lagi Maha Merahmati. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas tuan dan penghulu kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, dan para sahabatnya sekalian.
Ya Allah, apa jua yang aku telah lakukan di dalam tahun ini daripada perkara yang Engkau telah tegah lalu aku tidak bertaubat daripadanya dan Engkau tidak redha serta tidak melupakannya, Engkau mengasihiku selepas Engkau berkuasa untuk menghukumku, dan Engkau menyeru kepadaku supaya bertaubat daripadanya selepas keberanianku melakukan maksiat kepada-Mu.
Maka sesungguhnya aku memohon ampun kepadaMu, ampunilah aku. Apa jua perkara yang telah aku lakukan di dalam tahun ini daripada sesuatu yang Engkau redha dan Engkau menjanjikan ganjaran kepadaku, maka aku memohon kepadaMu wahai Tuhan Yang Maha Mulia, wahai Tuhan
Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan, supaya Engkau menerimanya (amalan baik) daripadaku.
Dan janganlah Engkau memutuskan harapanku kepadaMu wahai Tuhan Yang Maha Mulia. Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas tuan kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya, dan limpahkan kesejahteraan (kepada mereka).
Segala pujian hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Ya Allah, perkenankanlah.
Doa Awal Tahun
Bilakah waktu untuk membaca doa ini?
Doa awal tahun dibaca pada selepas waktu Maghrib sebanyak 3 kali pada malam 1 Muharram.
Doa tersebut adalah:
Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Mengasihani lagi Maha Merahmati. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Selawat dan salam ke atas tuan dan penghulu kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, dan para sahabatnya sekalian.
Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, sediakala, lagi terawal, Engkau berada di atas kelebihan-Mu yang besar, dan kemurahanMu yang melimpah-ruah. Ini adalah tahun baru yang telah sampai kepada kami.
Kami memohon kepadaMu perlindungan di dalamnya (tahun ini) daripada syaitan, para pembantunya, dan bala tenteranya, (kami memohon) bantuan untuk mengatasi nafsu amarah yang mengajak ke arah kejahatan, dan kesibukan dengan perkara-perkara yang mendekatkan kami kepadaMu sedekat-dekatnya, wahai Tuhan yang memiliki kebesaran dan kemulian, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.
Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas tuan kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya, dan limpahkanlah kesejahteraan (kepada mereka).
Segala pujian hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Ya Allah, perkenankanlah.
#SisSharing
Semoga Allam menerima semua amalan kita pada tahun ini dan semoga tahun baru kita akan sama-sama berhijrah untuk membentuk keperibadian yang lebih sempurna, meningkatkan amal ibadat semata-mata kerana Allah SWT. InsyaAllah ..
P/S: Sekejap sungguh masa berlalu. Allahu..
Nice sharing 👍. Sekejap je dah setahun..
ReplyDeleteKannn @AZ, moga amalan kita di berkati Allah ..
Deleteameen...jom sama2 amalkan nanti...ingatkan saya tau!
ReplyDeleteInsyaAllah @Sunah, sama-sama kita ingat mengingati okay ..
DeleteTunggu 01 Muharram
ReplyDeleteAlhamdulilah, moga dipanjangkan umur kita ya @Wak..
Deletetq share..semoga Allah ampuni segala dosa² kita..Aaminn
ReplyDeleteAamin ya Rabb!
ReplyDelete