Nampak tak di situ, dah macam nelayan Suami Sis ko kan hahaha. Yer laa katanya, kalau dah kadang selang hari pergi memancing, dapat ikan bebanyak, muak juga makan ikan hari-hari, tu belum lagi hasil dari naikkan bubu, lagi lee penuh se-bot. kalau Sis pulak memang suka makan ikan, lagi kalau ikan siakap besar gini, goreng pun sedap!
Asal dapat je siakap mesti Suami hantar gambar, Suami tau Sis suka ikan siakap. Tapi geram lee Sis ko, asyik nengok gambo aje, tu yang baru-baru ni Suami mancing dapat banyak, dia kata dia simpan, nanti balik Johor dia bawak. Alhamdulilah rezeki untuk anak bini kata Suami.
[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/02/hasil-memancing-suami-dapat-ikan-siakap.html
Haa nampak tu, empat ekor telah selamat Sis ko bawak ke kedai untuk di siang. Nak nyiang sendiri memang tak lerr, habis jari kulit Sis ko kang jahanam dek kena insang dan sisik ikan tu. lagi satu malas nak kecah dapur sinki huhuhu.
Jadi senang, hantar aje kedai, bayar upah budak yang tolong siang tu je. Sis bagi dia RM 15, jadilah buat duit makan tengah hari dia kan..sedekah gak tu.
Balik rumah, asingkan kepala dan ekor dengan isi. Then masuk dalam tupperware ikut beberapa keping (lupa nak amik gambar), senang nanti nak makan keluarkan aje. Dan ada rezeki dapat juga Sunah merasa, bagi Sunah sikit untuk dia bawa balik.
Biasa ikan siakap ni Sis goreng aje, makan nasi panas-panas dan buat ratah, sedapnya lahaii..dan ada juga kadang Sis masak asam pedas dan lemak cili api, tapi kalau ada geng makan, kalau takde, memang tak kowser Sis nak masak berkuah gitu.
Dan bila tadi Sunah balik tinggalkan Sis keseorangan (mohon simpati supaya dia tidur rumah lagi), Sis dah memang asingkan 4 keping isi ikan untuk Sis goreng makan tengah hari. Masak nasi, goreng ikan, goreng telur mata, makan dengan Bukan Sambal Hitam dan Bukan Sambal Hijau tu, perghhh terus selera makan ikan sampai 2 ketul licin hahaha.
Lagi 2 ketul kita simpan untuk petang atau malam kang hehehehe. Si Sunah pun terus goreng gak tu, tak boleh tahan katanya nengok Sis hantar gambar ikan dah goreng hahahaha
Kenyang sudah..kerja pun banyak ni nak buat. Update blog pun bersusun ni nak update. Ermmm .
Takpe kita buat pelan-pelan, jangan paksa diri, nanti penulisan takde kualiti , gituuuuu!
Okaylah, sambung nanti.
Bai bai ..
P/S: Ikan siakap masak cuka sedap tak ek? Biasa masak cuka tu ikan tenggiri..nak cubalah..
kerja mu makan makan makan makan makan makan
ReplyDeleteHahaha habis kerja aplagi, makan aje lee @Tatie hahahaa...nak gi uma mu nanti, makan juga!
DeleteIkan siakap masak apa pun sedap, Lin. Kita peminat ikan siakap tapi selalu buat masak stim aje, sekali sekala buat asam pedas, nyum3
ReplyDeleteTu laa Kak @Seri, nak masak stim juga nanti...sedap juga kalau buat sup kann..
DeleteRugi pula tak duduk sebelah rumah sis :D
ReplyDeleteBestnya suami sis dapat tangkap ikan selalu. Teringin nak join org pegi memancing kat laut ke candat sotong ke... Macam best je
Heheheh meh laa @Hazel..berjiran dengan kita...
DeleteIyerr hobi Suami tak kira di mana dia berada hahahaha
hahahahha woiii nak kene simpati ke ape ni..hahahahha
ReplyDeletealorh baca ayat ikan berkuah tu pun terus rasa simpati ni...hahahhaha
Hahahaha silalah simpati terhadap Sis Lin @Sunah...
DeleteYe laa nak masak siapa aje nak makan, sian kan...
Kalau ikan siakap laut memang sedap
ReplyDeletebeza dengan yang bela punya.
Kannn @Wak, goreng aje dah sedap, kulitnya garing dan isinya lembuttt...
DeleteKenapa tak panggil? Boleh datang makan makan dekat PG. Heheheh
ReplyDeleteBelum masak macam mana nak panggil @Uyul hahahaha
DeleteSA sekarang pun banyak makan dada ayam dan jugak ikan..memang ikan akan menjadi pilihan la untuk 3 bulan ni...sedapnya dapat stok banyak tu ha...
ReplyDeleteKannn @Suria, jemu tak jemulah tapi ikan ni kalau pandai masak pelbagai, jadi sedap walau makan hari-hari kannn..
Deleteikan pancing dengan peliharaan memang ada beza kan rasa dia. Nice.....
ReplyDeleteBenar @AZ ...ikan baru bila goreng pun jadi sedap...
Delete