GANTI MYKAD KORANG MELALUI 'MYPHONE-IN' AJE. SENANGNYA! | Semakin hari semakin mudah, hanya di hujung jari anda sahaja, nak dengan taknak aje kan?. Iyerr bab nak ganti Mykad ni kadang yang jadi malasnya nak beratur amik nombor dan menunggu nombor di panggil. Ermm kalau Suami Sis bab menunggu ni, memang tak ler dia, tapi...menunggu ikan makan mata pancing, boleh pulak dia ye tunggu lama-lama hahahaha..
Ada yang pernah cuba ke guna Myphone-In ni? Sejujurnya Sis baru tau sistem ni. Tu pun ada kawan share gambar di group wahtsapp, terus rasa nak update di blog dan kongsikan bersama. Cara dan bagaimana yang sebenarnya secara live atau pengalaman, Sis tak tau, sebab belum pernah cuba.
Takpe, kita share aje dulu, kotlah nanti ada yang nak mencubanyakan. Biasa yang nak cuba macam ni, yang bekerja, sibuk 24jam, mana ada masa nak ke pejabat JPN atau UTC tu. Sis faham tu. Tak payah cakap orang lain, tu Suami Sis tu, nak tukar Mykadnya pun, tahun ganti tahun, sampai ke sudah tak tukar lagi, bizi memanjang. Nanti nak try suruh Suami buat atas talian macam ni.
Korang dah tukar Mykad baru ke?
"MUDAH & CEPAT". Anda Telefon, Kami Proses, Anda Dapat.
Apa itu Perkhidmatan MYPHONE-IN?
MyPhone-In 0388808066
Permohonan gantian mykad melalui perkhidmatan talian telefon.
Waktu operasi : 8am – 5pm
Hari bekerja : Isnin – Jumaat
Waktu rehat hari biasa 1pm – 2pm
Waktu rehat hari jumaat 12.15pm – 2.45pm
SYARAT SYARAT PERMOHONAN
- Warga negara Malaysia sahaja
- Permohonan untuk gantian MyKad Biasa atau Cip/Kad Rosak
- Bayaran permohonan RM10 (kutipan bayaran akan dikenakan semasa pengambilan kad)
- Permohonan dan pengambilan MyKad hanya boleh dilakukan oleh pemilik MyKad sendiri sahaja
- Pusat kutipan hanya di JPN Putrajaya dan Ibu Pejabat Negeri sahaja
- Sebarang erubahan maklumat bagi alamat, agama, pindaan nama dan gambar TIDAK DIBENARKAN
- Caj hilang akan dikenakan jika pemohon tidak kemukakan MyKad lama semasa pengambilan MyKad di kaunter
Haa senangkan? Kalau yang takde masa bolehlah mencubanya ya.
Angkat telefon, dial, dan segera mohon.
Rupanya dah lama ianya beroperasi, cuma Sis ko baru tau hehehe.
#SisSharing
TALIAN HOTLINE : 03-88808066
Info tambahan: Tahukah korang, jika korang masih menggunakan kad pengenalan yang tiada cip, korang wajib menukar kepada MyKad baru? Dan jika korang berumur 18 tahun ke atas, korang wajib menukar MyKad korang sebelum umur korang mencecah 25 tahun?
Jika korang berumur 25 tahun ke atas pula tetapi MyKad yang korang gunakan sekarang adalah ketika korang berusia 18 tahun, korang sudah boleh tukar MyKad korang. Jangan bertangguh lagi jika korang tidak mahu didenda.
P/S: Harini kepala sakit dan badan dedor..Ya Allah janganlah demam, banyak urusan nak buat ni.
tapi kat Myphone-in tu takleh tukar gambalah sis. Saya nak tukar gambar bertudung
ReplyDeleteBetul @Sheila, hanya untuk tukar ganti rosak, cip aje. yang lain-lain kena pergi JPN ..
Deletesekarang semua dihujung jari dan telinga kan
ReplyDeleteKannn Kak @Seri, janji ada topupnya hahahahaha
Deleteooo kena call ek...nasib baik da tukar, nak call call ni malasnyeeee...kalo taip2 online boleh lah rajin sikit...hahahahha
ReplyDeleteAah, call aje senang sekarang kan, semuanya di hujung jari dan telinga bak kata Mak Inche tu @Sunah hehehe
Deleteterima kasih..info berguna sanagt ini...
ReplyDeleteSama-sama @Aini...moga bermanfaat ..
Delete