GERAM AKU TENGOK PERIUK DIY YANG BARU NI!

Sis Lin
20
GERAM AKU TENGOK PERIUK DIY YANG BARU NI! | Geram nengok! Bukan main lawa segak color oren dia. Sebelum ni Sis ada color merah, hampir kesemua yang color merah punya periuk dan kuali DIY Sis ada hehehe. Tapi semalam pergi DIY, nampak pulak yang baru color oren ni. Aishhh nak kena beli ni hahaha.

Yang bestnya, yang color oren ni ada jenis periuk, sebelum ni hanya ada kuali leper dan jenis kuali melengkung jer, tapi yang oren ni ada jenis periuk plak, mana tak geramnya.

Orang kata kuali DIY ni bagus ke? Setakat ni Sis pakai kuali memasak, kuali DIY ni ler paling best! Tak melekat satu hal, lagi satu hal senang nak mencucinya. Takde melekat-melekat atau hitam bontot kuali ke, hehehe.


Yerr periuk ke kuali DIY ni semua siap penutup, yang takde penutup hanya yang jenis saucepan tu ha. Eh betul ke saucepan orang panggil? Hahahah Sis ko hentam je tulis hahaha senang cakap jenis yang leper roti jala tu ler, tapi melengkung sikit, haaa saucepan la kan...

Sejujurnya Sis ko tak pernah beli kuali Tefal ke apa ke, guna yang DIY ni je, tu pun dulu pakai le yang jenis wok hitam tu, tapi lepas ke DIY ternampak ada kualinya, tengok sekali terus berkenan, terus beli yang koleksi merah tu semua, then kawan-kwan jiran setaman bagi hadiah harijadi pun kitaorang minta kuali DIY hahahaha.

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/02/dapat-hadiah-kuali-diy-pun-dah-cukup.html



Harga pun tak mahal, paling mahal kalau yang jenis oren ni semalam Sis nengok RM 69.90. Tapi beli berbaloilah oii, guna hari-hari, senang cuci, tak melekat, design pun cantik, dah macam Tefal punya hehehehe.

Kuali ke periuk ke, apa jenis nama pun tak kisahlah oii, janji masak! Buat apa beli mahal takat nak jenama je tapi masak pemalas! Hahahhaa kan dah kena sound dengan aku hahahaha..

Yerr ada je jenis camtu, jangan kata nak beli barang DIY, nak masuk DIY pun bukan kelas dia oii...kalau Sis ko, semua benda kat rumah separuh beli kat DIY dan ECO, sekarang NINSO plak, ada aku kesah! 😜

So korang yang nak juga, silalah ke DIY yer.



P/S: Bagitau Suami, dia jawab 'Belilah, color merah takde ke?' hahaha nak juga merah dia hahahaha.
Tags

Post a Comment

20Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Alaaaaa...sajer la sis ni menggoda..dah la SA suka bab2 ni...kena pi cari kat DIY area rumah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kita pun suka juga @Suria, murah pun murah, gerammm nengoknyaaaaa

      Delete
  2. uitt lawo2 la koli kat diy nihh ... ok sat nak pi terjah diy.. iyaa betoii tu ni kalo sebut nama tefal tak mo dah beli.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan dah macam Tefal kannn @Wani heheheh..jomm le beli satu hehehe

      Delete
  3. Alaa kite memang tengah cari kuali non stick yg hrga mampu milik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa silalah pergi DIY yer @Faizzah, sangat berbaloi heheheh

      Delete
  4. PC pun bila masuk diy dah mula belek-belek kuali ni Sis..ada yang pandang rendah atau dirasakan tak berkualiti..tapi PC sentiasa percaya....yang murah atau kurang jenama tidak semestinya tidak berkualiti...kadang yang itulah yang beri kepuasan lain macam..betul Sis cakap..yang penting gunakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr betul, tak kenal maka tak cinta gitu @PC, sekali dah guna, mesti tersuka punya...yang penting rajin masak hehehe

      Delete
  5. beli dan jangan tak beli..

    dapatkan feel shopping dan terus rasa bahagia..

    bila bahagia rezeki akan mencurah-curah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat benar, bila dapat membeli yang kita suka dan guna, satu kepuasan, memasak pun jadi seronok kann Tuan @Hanafi hehehe

      Delete
  6. Yeee memang best kuali diy...saya la saksi dan testimoninya..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha lepas ni nak suruh engko masak, baru betul test kuali DIY @Sunah hahahaha bukan test drive hahahaha

      Delete
  7. tengok design macam tefal dah.. kalau dah bagus, murah, baik beli. bukan selalu boleh jumpa macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr sekali pandang macam Tefal, berat pun berat, yang best senang cuci @AZ ..

      Delete
  8. tengah menggoda kita ke apa sis lin ni gamaknya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha apalagi, DIY dah bukak tu, sila terjah @Sheila hahahaha

      Delete
  9. beli n guna pakai tu yg penting kan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!