JOM TENGOK WAYANG DI EMPEROR CINEMAS RNF MALL JOHOR!

Sis Lin
6
JOM TENGOK WAYANG DI EMPEROR CINEMAS RNF MALL JOHOR! | Mesti korang baca memula agak blur dan terkejutkan? RnF Mall ada panggung wayang? Hehehe yaaa sudah ada panggung wayang dah. 21hb Ogos 2019 telah secara rasminya di buka. Tapi 20hb Ogos sebelum tu Sis laaa yang merasmikan kumpulan pertama bersama media lain mendapat jemputan sewaktu majlis perasmiannya. Dan dapat menonton tayangan perdana filem 'Angel Has Fallen'.

Untuk pengalaman sendiri, Sis sangat teruja mendapat jemputan sebagai media, sebabnya inilah kali pertama Sis menjejakkan kaki ke RnF Mall ni, dan keduanya rasa bertuah sebab menjadi kumpulan media pertama yang dapat merasa dan nikmati pengalaman menonton filem Angel Has Fallen tu dalam panggungnya. Memang 'gah' gile bila masuk panggung Emperor Cinemas ni.

Masa mula sampai RnF Mall ni agak blur sekejap, maklumlah pestime katanya, sambil fikir 'mana nak parking ni'. Nasib baik PR dah bagitau awal-awal, bahawa emperor Cinemas tu atas Gaya Grocer, so Sis masuk parking memang gigih cari parking yang dekat area Gaya Grocer. Ternyata betul. Kalau korang park di area Gaya Grocer, korang akan masuk lift dari parking, dan keluar lift, Emperor Cinemas tu betul di tingkat atasnya. Naik aje escalator tepi Gaya Grocer tu. Tak payah jalan jauh.

Masa Sis sampai masih takde siapa lagi, ada juga rakan media lain yang dah sampai, cuma Sis tunggu partner Sis, Jiaying dan sambil tu Sis ronda-ronda area RnF Mall tu. Perut kemain lapar, dari malam semalamnya jam 9pm buat IF Fasting, aje gile dah jam 2pm esoknya tak makan lagi. Jiaying sampai aje, kami terus register dan Sis terus ajak dia makan, nasib baik dia nak teman Sis makan Kyochon hehehe. Sedap gile!! Nanti cite.



Selesai makan, Sis dan Jiaying terus ke Emperor Cinemas, masa tu dah ramai rakan media sampai dan register termasuk seketul Sunah dan Ajan. Apalagi, bergambarlah kami semestinya hehehe. Lucu sangat props yang disediakan, betapa besar gabak popcorn dan minuman Sis hahahaha. Gelak kalau nengok gambar ni. Macam real hahahaha 😆

Kalau korang bergambar, haa jangan lupa guna hastag # yang dalam gambar tu. Dan tag @emperorcinemamy tu ya. Nanti mereka repost IGs korang di IG. Takde dapat hadiah apa pun, cuma sekadar check-in dan berkongsi pengalaman, yang korang dah pun sampai situ hehehe.

Facebook Page https://www.facebook.com/RnFMallJB/
Instagram https://www.instagram.com/rnf_mall/



Selepas dah register dan bergambar, kitaorang di bawalah meninjau di kawasan-kawasan sekitar dalam Emperor Cinemas ni (Media Tour). Memang dekorasi dan interior design dia sangat mewah! Yee laa kalau tak, takkan katanya panggung wayang mewah pertama di Malaysia wooo.

Then lepas tu kami di bawa masuk dalam Hall 1. tak silap Sis ada 8 Hall kesemuanya. Masa ni kita orang diperkenalkan dengan orang-orang kuat di sebalik tabir Emperor Cinemas ni. Apa yang meariknya pada Sis, nombor di kerusinya, korang kalau tak nampak nombor tempat duduk kerusi korang memang tak taulah nak cakap hahaha. Tak payah nak suluh-suluh, nengok kerusi aje dah
nampak.

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/08/emperor-cinemas-redefines-cinematic.html






Emperor Cinemas - Monkey Cafe 

Haaa bab ni memang best! Sis rasa memana panggung wayang pun takde sebanyak ini kot menu makanan dalam cafe panggung wayang mereka. Ini namanya Hong Kong Style hahaha. Datang panggung kalau perut lapar jangan risau. Emperor Cinemas ada Monkey Cafe yang menjual makanan dan minuman juga dessert yang sedap semuanya.

Ada juga jual Egg Waffle (takde dalam gambar). Kalau kat Hong Kong, memang laku keras Egg Waffle tu. Cafe kat sini ada dua, satu area bawah, satu lagi korang kena naik tangga tepi tu, then atas pun ada juga. Jangan lupa bergambar di tangga ya hehehe.


Lepas aje selesai makan, kami semua dipanggil masuk semula dalam panggung untuk menonton filem Angel Has Fallen tu. Dalam hati menyebut 'janganlah aku tido nanti' hahaha, sebab perut dah kenyangkan. Tapi....jangan kata nak tido, nak pergi buang air pun sayang nak tinggalkan tempat duduk, sebab ceritanya best woo.

Kena pulak sound sistem Dolby dia paduuuuu..mantap dan bergema seluruh alam ruang ...hahahaha, nak cite banyak pun tak reti, korang baca post media release Sis tu. Tapi Sis kalau bab nak review filem ni memang tak pandai sangat nak tulis, so korang baca review dan sinopsis filem ni dari blog Hans ya .

[Baca sini] : https://www.rollodepelicula.com/2019/08/review-filem-angel-has-fallen.html

Cuma tu laa Sis kata, ceritanya memang paduuu, meletop sana sini, tapi paling best tak bosan!. Untuk filem ni Sis bagi 4 bintang. Orang lain Sis tak tau ler kan..



Habis nengok filem Angel Has Fallen tu, melepak plak kami di SF Coffee, malam masih muda katanya hehehe. Oh! Lupa nak bagitau, kat RNF Mall ni ada Surau, so korang jangan risau. Suraunya di tingkat bawah sekali aje. Ada papan tunjuk arah Surau.

Menonton wayang sudah, sembang-sembang pun sudah, so apalagi, tak reti nak balik ke haaaa. Sebelum balik, Sis suruh model payung si Sunah dan Ajan bergaya berposing depan pintu masuk RnF Mall tu, cantik sangat kan tanglung hiasannya. Lepas tu kami terus balik.

Apa-apa pun memang bestlah panggung Emperor Cinemas ni, puashati dan berbaloi. Tiket pun murah. Dan kalau korang daftar member VIP, ada plak dapat macam-macam. Siap dapat 2 tiket percuma sebagai hadiah harijadi. Baca di media release Sis tu ya.



So Sis sudah, korang bila lagi? Jom @jdtblogger kita nengok wayang yok reramai yok...!! Rasa lama beno tak gather-gather kan..Okaylah untuk hari ini. Sis nak layan 'She Was Pretty' KDrama dulu. Dah episod 10 dah Sis nengok, best gile citenya!

Jom...selamat malam semua..



P/S: Satu je nak cakap..parking RnF Mall dia mahai kedaung oiii!!! 😑

إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. gaya...gaya...ape gaya...Jaya Grocer la sis kuuu....tak pernah failed sis kuu ni menghiburkan daku secara tak sengaja....hahahahhaha

    ردحذف
    الردود
    1. kakakakakakah!!! Ooo Jayaaa ek...ku fikir Gayaaaaa @Sunah hahahahaa

      حذف
  2. الردود
    1. Hehehehe sekarang semakin canggih panggungnya @Wak ..

      حذف
  3. waaaa nice wayang.. sy kaki streaming kat rumah je haha

    ردحذف
    الردود
    1. Ooo Ssis juga, sekarang kaki netflix aje kat rumah @AZ hehehe

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!