KENAPA TULANG KORBAN ATAU AQIQAH KENA TANAM? - USTAZ LOVE

Sis Lin
18
KENAPA TULANG KORBAN ATAU AQIQAH KENA TANAM - USTAZ LOVE | Pernah dengar tak orang tua dulu kata, kalau kita kurban lembu atau kambing, tulang-tulang tu semua kita kena tanam? Ada dengar? Kalau family Sis yer, arwah Atuk yang bagitau macamtu, sampaikan kami semua kalau makan tulang kurban, kami semua kumpul dulu, kemudian pergilah tanam di belakang rumah, Ermmm...

Tapi rupanya, ianya tidak perlu. Kenapa? Sis pun baru tau. Meh baca huraian dari Ustaz Love mengenainya. Cuma Sis ada edit sedikit dan copy dari sumber pelbagai sana sini untuk melengkapkan penjelasan mengenai kes ni. Ilmu ni, kena baca.

Kenapa Tulang Korban/Aqiqah Kena Tanam?

Perlu Ke Tanam Tulang Daging Kurban atau Aqiqah? 

Sebenarnya keistimewaan korban dan aqiqah itu bukanlah pada daging dan tulangnya, sebaliknya pada niat dan falsafah yang terkandung di sebaliknya.

Contohnya korban itu adalah sebagai memperingati peristiwa besar pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s.. iaitu pengorbanan agung yg dilakukan semata-mata kerana Allah.

Begitu juga dengan aqiqah, sebagai melahirkan rasa kesyukuran atas kelahiran anak, dan berkongsi kesyukuran itu dengan orang lain (melalui penyembelihan aqiqah dan membuat kenduri kesyukuran dan sebagainya).

Bukanlah daging korban dan aqiqah itu rasanya lebih sedap daripada daging lembu atau kambing yang kita beli di pasar-pasar, ataupun dagingnya lebih lembut ke, atau dagingnya akan menjadikan kita kuat bagai harimau ke (apa kes makan kambing bleh jadi sekuat harimau? Hahaha 😆

Hakikatnya, sama je daging korban atau aqiqah dengan daging biasa. Kalau daging korban atau aqiqah boleh dibuat masak kicap, begitu juga dengan daging hasil daripada sembelihan biasa.

Begitu juga dengan tulang temulangnya, serta tahi dan perut serta organ dalamannya yang tak dimakan. Sama saja mcm lembu-lembu dan kambing-kambing yg bukan untuk tujuan korban atau aqiqah. Buangkan saja di mana-mana sekalipun..

Jangan buat kat tepi masjid dah la.. Imam pakai minyak atar sebotol pun, jemaah tetap akan terbau najis. 

Buanglah di tempat-tempat yang sepatutnya. Di tempat pembuangan sampah la kan, takkan nak buang kat parking lot plak. Takde masalah nak buang macam tu. Tak perlu nak simpan atau kumpul-kumpul tulang, kemudian baru nak tanam, ini bukannya anggota mayat manusia nak kena tanam-tanam.

Cuma, kemungkinan orang dulu-dulu menggunakan kaedah menanam tulang itu sebagai suatu cara yang lebih bersih. Takde la bersepah-sepah tulang sana sini. Sebab manusia takde yang makan tulang, cuma makan sup tulang.. itupun cuma lendir-lendir dalam tulang, dan bukanlah memakan tulang itu secara direct dengan melakukan kokakkan (gigitan), yang makan tulang macam tu, hanya jin je ..

[Baca juga] : Sup Tulang Daging Korban 

“Salah seorang dari kalangan Jin telah memanggilku, dan Aku pergi bersamanya, membaca al-Quran kepada mereka.’ Dia membawa kami melihat kesan mereka dan kesan api mereka, dan mereka bertanya baginda mengenai makanan dan baginda bersabda : ‘Bagi kamu semua TULANG yang disebut nama Allah yang kamu perolehi, bagi DAGING pula, dan semua lebihannya bagi binatang kamu’. Nabi s.a.w. bersabda : ‘Maka jangan kamu beristijak (membersihkan diri) dengannya, kerana ia adalah makanan yang diperuntukan kepada saudara kamu’” (HR. Muslim)

Setakat ini, belum pernah menjumpai dalil yang menyuruh menanam tulang-tulang sembelihan korban atau aqiqah, jadi takde masalah kalau nak buang kat tong sampah ke, atau nak tanam dalam tanah ke, jangan gi buang kat rumah jiran dah la, hahaha 😆

Tapi bagus juga kalau kerajaan mewujudkan satu kawasan yang luas untuk menanam tulang-tulang korban yang dikutip dan disemadikan dalam satu lubang. Bayangkan beratus ribu tulang korban itu ditanam dalam setahun. Kalau dah 100 tahun akan datang, agakagak dah banyak mana tu?

Mana la tau kot-kot ia akan bertukar menjadi minyak mentah.. tapi cukup ke tempoh 100 tahun tu? Rasanya perlukan berjuta tahun kan? Hehehe ..

Berkenaan tulang korban atau aqiqah yang dimakan binatang, perlu diketahui bahawa tiada sucinya tulang-tulang korban itu (sehinggakan ada yang menyangka tulang korban tak boleh dilangkah dan sebagainya). Yang sucinya adalah ibadah korban yang kita lakukan. 

Sebab Allah bagitau dalam al-Quran :

“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.” (al-Hajj : 37)

Sekalipun ada binatang lain (seperti anjing ke, serigala ke, semut ke, lalat ke dan sebagainya) nak makan sisa-sisa daging pada tulang itu, maka itu adalah bahagian mereka.. tak perlulah kita risaukan sangat pasal tulang-temulang itu, kita dapat makan dagingnya aje dah bersyukur.

Wallahuaklam
#SisSharing


P/S: Tak sabar rasanya nak masak sup tulang kurban, hirup makan dengan sambal kicap, yumsss!!

إرسال تعليق

18تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Sangat jelas pencerahannya, Lin. Thanks for the info

    ردحذف
  2. Nice, perkongsian ilmiah yang menarik.. Terima kasih kerana berkongsi.

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilaj, sama-sama @AZ ...selamat hari raya haji AZ .

      حذف
  3. Bagus perkongsian sis ..sedap plak tgok sup tulang tu ha..SA pun buat .blom update lagi sbb tgh sakit perut..3 hari dh terbaring

    ردحذف
    الردود
    1. Heheheh tu gambar sup tulang tahun lepas punya @Suria hehehe..
      Moga SA segera sembuh, ada salah makan laa tu ...

      حذف
  4. Saspen kita tengok tajuk..huhuhu..sebab selama ni tak pernah tanam tulang2 tu..ingatkan memang kena tanam, rupanya ada penerangan lain..

    Maceh sis untuk info ni..

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehe tajuk kena suspen, kasi gempak sikit @Sunah hahahaha..
      Sama-sama Sunah ...

      حذف
  5. Thanks sis for sharing. Bila agaknya dapat makan sup tulang orang pasir gudang ek?

    ردحذف
    الردود
    1. Sesama @Uyul..hehehe nanti Sis masak, Sis coling-coling ya ...

      حذف
  6. Alhamdulillah...tq share sis lin. Akak tauu..dulu saya sampai takut nak ambik lauk korban atau akikah...sebab tak rajin nak uruskan sisa tulangnya.

    ردحذف
    الردود
    1. Yerr Kak @Azian, kita pun sama juga dulu atuk kata macamtu, tapi rupanya baru tau kisah sebenarnya ...

      حذف
  7. Assalamualaikum lin..perkongsian yg baik ni mekacih lin.

    ردحذف
  8. Bagus entry sis. Cx pon ragu² dulu sbb yela, org tua² kita pesan. Sedangkan takde dalil sahih. So skrg dah tahu. Satu lg , masih mushkil, betul ke dgg korban tak blh bagi haiwan lain makan kalau kita tak habis?

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah @CX, sama la katanya orang dulu-dulu kan..sekarang baru tau..
      Eh menjawab soalan itu, tidak betul sama sekali, baca balik yang atas tu haa, tulang atau daging juga ada bahagian untuk binatang lain kalau nak bagi makan pun..

      حذف
  9. Pencerahan yang sangat bagus..SA selalunya kumpul dalam plastik dan terus buang dalam tong sampah..Abah memang dah jelaskan benda yang sama dari dulu

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, Atuk Sis aje dulu suruh tanam @Suria, mungkin sebab tu le taknak sepah tulangnya...bukan sebab memang kena tanam..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!