KFC GREEN CHILI CRUNCH TU, TAK SEDAP BAGI TEKAK AKU | Sejujurnya, ye kena tulis dengan jujur, sedap itu subjektif, ikut tekak masing-masing, jangan kerana post ini, korang nak kecam Sis pulak ya. Bagi tekak Sis, sorry to say, KFC Green Chili Crunch ni atau lebih viral orang gelarnya 'Kfc lumut' tak sedap bagi tekak Sis.
Entah, memang teringin sangat nak mencuba dan rasa, sebab sejenis Sis tak suka baca apa orang kata, mesti nak cuba dan rasa sendiri, baru boleh kata. Dan akhirnya dapat juga merasanya. Makaseh anak Sis,Yana yang belikan untuk Emaknya.
Pertama kali bukak dan lihat aje KFC tu, Sis ko dah ada bau semacam, erkkk..ni bau cili ke bau hangus ni? Memang ayamnya panas, tapi bau dia ada sumting yang kurang senang di hidu.
Okay takpe, kita cuba rasa dulu.
Tengok pada tekstur dia, memang nampak rangup dan rapuh kulitnya, dan nampak hijau cilinya. Tapi bila dah gigit..ermmmm apakah ini rasa cili hijaunya?? Erkkkk ini bukan rasa cili hijau, ini rasa hangus, hangit! Rasa pedas cili pun takde. Kecewa sungguh rasa hati..Tak tau nak kata macam mana.
Apakah semua KFC Green Chili Crunch ni rasa macam ni atau mungkin rezeki tidak menyebelahi Sis dapat yang digoreng agak hangus? Ke tempat korang rasa sama macam Sis rasa?
Serius tak tau nak cakap apa rasanya, tang mana yang rasa cili hijaunya entah...rupa ada, rasa tak kena dengan tekak Sis. Last-last makan seketul paha tu je ler. Lebih bagi kat anak bujang.
Bila ditanya sedap ke Amat? Anak kata, makan je laa dari membazir hahahaha. Dah fahamlah maksud yang tersirat jawaban si Amat tu kekekeke.
Kita makan sedap kata sedap, tak sedap kata tak sedap, ikut memasing punya tekak. Tapi sebenarnya, sebelum mencuba KFC Green Chili Crunch ni, memang banyak Sis baca dan dengar, semua kata tak sedap, sebab itulah Sis ko nak cubanya sendiri, bagi puashati..
So sekarang puashati aku! Rasanya lebih sedap KFC Salted Egg yang sebelum ni atau pun McD 3x Pedas tu woo..korang dah cuba?
[Baca sini] : https://www.sislin76.com/2019/07/aku-dah-makan-dah-ayam-goreng-mcd-extra.html
Apa-apa pun, jangan kecam dulu, sila pergilah mencuba sendiri dan rasa KFC Green Chili Crunch ni ya, tengok apa kata tekak korang plak. Kalau sedap, alhamdulilah laa, mungkin rezeki Sis dapat yang hangus! .
Tolong, ada kan balik KFC Salted Egg tu, itu lebih sedap!!
Harga boleh tahan mahai..2 ketul tu tak silap RM 17.50 kot...ingat-ingat lupa Sis.
Okaylah..harap pihak berkenaan alert le dengan rasa ayamnya setiap kali keluar promo ya.
Sis ko suka mencuba, so salahkan diri sendiri aje hehehehe
P/S: Nak cuba yang promo Marrybrown plak, ramai kata sedap! Mesti cuba!
Yang ni PC tak cuba lagi.Biasa yang suka nak mencuba En Suami.. PC ok je.. Kena dengan tekak ulang beli.. Tak kena cukup sekali.
ردحذفTrylah @PC, nengok apa plak rasanya, atau tempat Lin yang rasa macamtu huhuhu
حذفNi mesti api kuat sangat sampai hangus di luar, dgn green chillibtu tentulah hangus sekali, hihihi. Kita belum cuba dan tak ada hati pulak nak mencuba sebab setiap kali kfc buat promo mesti indah khabar dari rupa
ردحذفYerr Kak @Seri, masa mula buka jee, terus sumting wrong baunya, bila makan entah apa rasa, takde rasa cili hijau, rasa hangus...
حذفkenapa teruk benar ropa ayam yang sis dapat ni? hahaha
ردحذفTau takpe @Mawardi, sebab tu Sis kata rasa hangus rentung!
حذفtak pernah teringin nak cuba yang ini...bila sis da komen, ok, lagi la tak payah cuba
ردحذفHahahaha cubalah, kot tempat ko sedap plak @Sunah ...
حذفSaya dah cuba 4 kali. 3 kali sedap dan 1 kali kurang sedap. Saya cuba di cawangan yang berbeza. Rasa berbeza bagi cawangan yang berbeza. Dari segi rupa memang kurang sikit, tapi dari segi rasa sedap bagi saya.
ردحذفTu ler, ingat nak cuba di cawangan lain ke, tapi fikir-fikir, dah jadi malas @Jannah...tapi memang kecewa huhuhu
حذف