Sebelum nak sampai ke Miyakori Coffee, mata dah nampak woww dah, bila nampak design deretan kedai-kedai yang sangat cantik! Bangunan-bangunan putih yang tersergam indah sangat cantik luas mata memandang. Dah macam kat negara omputih! Sampaikan ada pengantin pun datang buat photoshoot wedding mereka di sana. Indehhh sangat!
Tapi yang menarik perhatian Sis, konsep cafenya Miyakori Coffee ni. Ianya seperti konsep cafe tapi dalam rumah kecil. Dan bila masuk ke dalam cafenya, ternyata memang ruang agak terhad di dalamnya. Kira boleh masuk dalam 10 hingga 15 orang aje, lebih dari tu, agak sempit le. Ada juga ruang di luar, tapi kalau waktu siang, panas gilee, takkan ko nak duduk di luar pulak.
Menu dia pun sama macam kedai roti yang lain juga, ada pelbagai jenis roti dan minuman yang di sediakan. Dan antara yang menjadi perhatian dan yang jadi pilihan pengunjung adalah set hidangan waffle.
Yang ini namanya Chocolate Browmies Waffle. Memang ramai yang kesini akan order yang ini. Kadang tu bila dah order, tangkap gambar, sampai aiskrim dia cair ko hahahaha kesian waffle tu...siapo le tu hahahaha.
Rasa dia sedap. Sebab makan waffle dengan brownies dan aiskrim cokelat , maunya tak sedapkan..korang cubalah .
Yang ni pula Shibuya Honey Waffle. Yang ni kalau yang sukakan rasa waffle kosong dan makan dengan aiskrim vanilla, haaa boleh cuba yang ni. Sesedap tekak laaa bila makan. Kombinasi waffle dengan vanilla dan madu tu, kira menjadi manisnya.
Maaf sesangat, harga Sis lupalah. Tapi tak berapa mahai harganya, sangat berpatutan dan berbaloi. Boleh share 3/4 orang kot. Melainkan kalau ko gelojoh nak makan sorang hahaha.
Kan Sis kata di Miyakori Coffee juga ada jual beraneka roti. So memang banyak jenis roti ada. Untuk pengetahuan korang, roti yang di jual di sini adalah limited. Bila roti datang pagi dalam kuantiti tersedia, dan jika habis di jual, maka tidak ada lagi 'topup' ya.
So kalau korang suka akan roti tu, haa beli bebanyak dan lebih, sebab bila dah habis, takde lagi tambahan hehehe.
Kalau seketul Sunah tu apalagi, pantang nampak benda hijau, dia suka sangat makan/minum Matcha (green tea), apa je le yang ada matcha, mesti dia suka. Nasib baik time marah tak jadi Mak Ko Ijo! Hahahahaha..
Ececece kami fefeling macam influencer plak masa ni 😆
Korang nengok tu...macam-macam ado, nak cite dan tunjuk semua pun jenuh Sis ko nak upload, so jadilah Sis ko takat tunjuk gambar ni je hehehehe. Tu pun korang terliur pulak kang hehehe. Sampaikan si Farah tu pun tidur kekeyangan amik gambar, tu belum makan lagi hahahaha.
Kat sini Sis try juga Caffee Latte dia tanpa sugar tu, perghhh sedap juga, nak telan pun seksa jiwa raga ku, mana taknya, mereka yang lain tu sesajee je minum air sesedap hahaha. Nasib Sis ko ni kuat iman di mulut tak order lain hahahaha...
Korang nampakkan tahap kepanasan masa tu, perghhh panas gilee!! Kalau tak panas, dah berOOTD Sis ko di situ...
Di mana Miyakori Coffee ni?
Miyakori Coffee x PanKobo
焼きたてパンの面包工房
Alamatnya :
K01-09, Eco Palladium,
Jalan Ekoflora, 7, Johor Bahru, Johor
Di buka dari jam : 8am to 8pm
Google Maps: https://goo.gl/maps/ZztUR66Q18NAGpqTA .
Korang silalah pergi ya ..
Nak pergi meh ajak Sis hahahaha ..korang belanjer!
P/S: Dia punya panas masa ni cecah 34'c oiii...kalau tidak, habis Sis ko gan Sumah berOOTD sakan di luar kedai..phewww.. rentunG!
Eco Palladium ni konsep bangunan dia macam kat Batu Pahat tapi bangunan2 utk café tu memang cantic. Miyakori ada kat City Square jugakkan, ngopi2 memang best sambal tengok bawah sebab café nya kat lobi tepi, eh, gayat plak kita cerita ni
ردحذفYang kat BP tu tak pernah pergi lagi Kak @Seri, tapi memang sama bangunannya putih gitu..Yerr betul kat CS pun ada Miyakori ni, menu dia pun berbeza juga.
حذفNanti bolehlah cuba di CS plak...
cantik area luar kedai tu. lenkali kalau gi JB bolehlah singgah. Mount Austin ni dekat dengan Taman Daya kan? SIL sy duduk situ
ردحذفMemang sangat canti, kalau berOOTD memang lawa...
حذفBetul, masuk ikut Mount Austin, Ecoflora area belakang dalam sana ..
cantiknya sis tempat ni.. x penah sampai lagi.. geramnya tengok waffle tu..
ردحذفNanti bawak anak-anak buat photoshoot @Dilah, tempatnya pun lapang, suka anak-anak kalau nak berlari bagai..
حذفcantik tempat ni..ingatkan kat mana la kan...sambil makan sambil berootd...OOTD je lebih kang
ردحذفTau takpe, macam kat negeri omputih kan @Rohaida, padahal Johor aje..hehehehe
حذفcantiklah tempat ni. tak pernah sampai lagi. makanan kat situ nampak.sedap-sedap je.
ردحذفYup tempat cantik, makanan pun sedap, dan banyak juga Cafe sebelah-sebelahnya tu @Mar ...
حذفroti dengan cip coklat tu sedap okayyyyy
ردحذفSis ko makan sesuap kot @Sunah, lepas tu hilang dek sambar gan lelain hahahaha
حذفminta banyakkan lagi suggestion tmpt makan yang best area eco ni
ردحذف