MACAM MANGGIS TAPI BUKAN MANGGIS. YANG INI NAMANYA MESTA

Sis Lin
10
MACAM MANGGIS TAPI BUKAN MANGGIS. YANG INI NAMANYA MESTA | Nampak sama tapi berbeza rupanya, cuma rasa dia lebih sedap mesta ni dari manggis. Kalau Sis, Sis suka mesti ni dari manggis. Isinya putih sama je macam manggis, cuma isinya jarang sekali jumpa ada biji di dalamnya, dan rasanya lebih manis dari maggis dan ada sedikit ' rangup' gitu hehehehe.

Tapi bukan senang nak jumpa mesta ni. Kalau manggis ye senang, tiba musim ada lah manggisnya. Tapi kalau mesta ni ada masa tertentu aja.

Yang ini pun, mesta dari kebunnya kawan anak Sis. Keluarga ada kebun mesta ni. Mereka jual hanya rm10 sahaja sekilo. Tu yang masa kat Klang haritu, singgah kejap rumahnya di Subang untuk memborong mesta ni.

Apa beza keduanya ?

MESTA
Bentuk, warna dan isi seperti buah manggis
Berasal dari Pahang (Terutama Daerah Temerloh)
Pokoknya lebih kecil dan rendah
Buah mesta berbentuk 'ovate'
Isi yang manis dan kurang berjus
Kurang getah berbanding manggis
Kurang biji atau tiada biji
Susunan ulas yang hampir sekata (biasanya 6 ulas)
Tekstur isi halus dan agak kering (kurang berjus)

MANGGIS
Nama lain adalah 'Manggis Kampung'
Pokok lebih tinggi dan besar berbanding mesta
Buah berbentuk bulat atau bulat leper
Banyak getah dan ini sebabkan risiko Gamosis
Isi manis dan berjus
Bentuk buah adalah Bulat
Buahnya adalah bergetah
Terdapat isi 5-6 ulas dan mempunyai biji
Susunan ulas tidak sekata (1-2 ulas saiz besar)
Tekstur halus dan berjus


Sekali pandang memang sama, tapi bentuk tu lain. Maggis dia bulat, tapi mesta dia bolat bujur di bawahnya. Warna ke cara nak makannya semua sama. Yang beza bentuknya aje.

Korang pernah cuba tak? Bagi yang dah pernah cuba mesti suka mesta dari manggis.


Sebab buahnya takde biji, Sis suka kopek macam tu, then terus masuk molot kesemuanya. Perghh memang sedap oii. Manis buah dia sedap gilerr.. hahahaha..

Sebenarnya manggis ni bukan buah peberet Sis, sebab tak berapa suka makannya. Nanti habis semua tangan kena getah manggis atau mesta tu. Cuma nasib baik getahnya color purple, so purple adalah warna kegemaran Sis hahahahaha..


Haa apalagi, ada dua bekas mesta dan pulasan di rumah ni. Siapa nak mai lerr..hahahaha. Pulasan tu iyee memang kegemaran Sis. Bukan senang nak jumpa pulasan tau, sekali kalau dah jumpa, memang Sis akan beli berkilo-kilo heheheh..

Padahal tak sedar diri tuan punya badan tengah batuk uhuk uhuk uhuk. Pagi tadi Suami membebel dalam phone, dia punya membebel boleh retak skrin handphone Sis ko hahahahaha..adeiii menyesal tunjuk dia buah pulasan tu huhuhu...


Hehehe tapi shedap! Hahahaha...batuk sendiri tanggung laaaa...
Eh siapa yang tak tau lagi? Nak makan buah pulasan ni kena pulas kulitnya, baru senang nak makan. Itu sebablah namanya pulasan..

Bukan kata saja-saja mak bapak dia bagi nama pulasan, tapi sebab makannya kena pulas hahahahaha...ada yang baru tau ke? hehehehe..

Okay nanti sambung..
Jom nengok Netflix sambil makan mesta dan pulasan..



P/S: Belum apa-apa, Suami dah tanya, raya haji nak masak apa? Ermmmm....
Tags

إرسال تعليق

10تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Mesta ni spesis manggis juga.
    Pokoknya sama seperti manggis cuma rendang tetapi lambat membesar.
    Wak ada tanam beberapa pokok di dusun dan ada yang sudah berbuah.

    ردحذف
    الردود
    1. Yerr @Wak..
      Kalau Saya lebih suka mesta dari manggis sebab lebih manis..
      Waaa bolehlah terjah dusun Wak hehehehe

      حذف
  2. biasa buah-buahan ni jarang beli sebab kat kampung ada dah. suka sangat bila tiba musim buahan. macam-macam buah dapat makan.

    ردحذف
    الردود
    1. Bestnyaaa @Mar ada kebun...kalau tiba musim buah balik kampung mesti seronokkan ...

      حذف
  3. Assalamualaikum lin...sedapnya tengok..dua2 tu buah2an feveret mama..

    ردحذف
    الردود
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull..Yer Maaa, kat rumah ni dah macam kebun pulak, ni tadi anak beli buah longan dengan pisang pulak hahahaha

      حذف
  4. ooo ada beza eh? yang lonjong tu kat sini dia jual campur jek dengan manggis bulat.. ingatkan kejadian dia tu je yg berbeza..

    ردحذف
    الردود
    1. Iyoooo yooo, macam sama tapi tak samaa @Hernee...hehehehe

      حذف
  5. hahaha.. kita baru tahu.. ingatkan sama je.. :D

    https://www.nurulsyahirah.com/2019/08/company-trip-kota-kinabalu-dan-kundasang-sabah.html

    ردحذف
    الردود
    1. Kannnn sama juga Sis masa mula-mula tak tau, ingat sama rupanya manggis dan mesta lain jenisnya @Syahirah ..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!