MAYBELLINE SALE BUY 1 FREE 1 DI WATSON!

Sis Lin
10
MAYBELLINE SALE BUY 1 FREE 1 DI WATSON! | Iyerr tarak bohong punya, Maybelline tengah sale kat watson buy 1 free 1. Korang dah pergi ke jenguk? Sis ko sudah hehehe. Kebetulan semalam anak Sis tak kerja, so dia ajak merayap ke Midvalley then apalagi, tanpa lepaskan peluang, kita kasi 'ketuk' poket anak hahaha.

Alaaa Sis ko ni manalah makeup-makeup bagai, hanya pakai bedak, eyeliner (wajib pakai sebab mata sepet), mascara dan lipstik aje, foundation tu pun kalau rajin lee baru menepek, kalau tak bedak two way tu aje Sis ko sental kat muka, pun jadilah, dari muka tak makeup kang, macam hantu kak Limah pulak hahaha.

Masa masuk watson tu, Sis ko siap tanya budak salegirl tu dulu, Sis tanya dia, barang apa yang sale buy 1 free 1? Terus dia kata Maybelline je Kak. Ooo okay apalagi, tepuk dahi nengok harga. Yang sale pulak tu yang memang Sis pakai. Foundation Fit-Me tu pun sale juga rm45.90 buy 1 free 1 juga, tapi sebab haritu baru beli foundation, so malas nak beli lagi. Cuma beli bedak two way, primer, juga lipstik, yang lain tu beli sebab makan pujuk si anak suruh beli huhuhu.


Inilah antara barang yang Sis beli semalam. Berbaloi laa oii beli. Mana nak dapat buy 1 free 1. Kalau ada yang kata masih mahal tu, takpe, mungkin Sis yang tak pernah dan selalu soping, so tak tau banding harga sebelum dan selepas sale, tapi takpe, janji puashati dapat beli hehehe..

Oh! Ya, sale dia sampai 2hb September ni aje ya. Cepat selagi stok masih ada.

Lepas soping anak kata nak belanja makan hehehe. Tang ni Emaknya happy aje, kebetulan memang lapar. Ingatkan nak ajak makan kat Boat Noodle, tapi anak ajak pulak makan kat Kenny Rogers..makanya Emaknya follow ajer.


Nak cakap set apa, Sis ko dah lupa, anak yang order, Sis ko makan aje hahaha. Tapi nak cite satu je, Sis kan tengah cut sugar dalam minuman, sekali mintalah budak tu air mint lemon tanpa gula, bila dapat je airnya, kusss semangat masam nak kojol hahahaha. Berkerut-kerut kening Sis ko minum hahahaha betul-betul takde gula..phewwww...last-last separuh aje Sis ko minum 😣

Lepas makan kemanakah kami?


Adeiii lepas makan budak ni soping lagi! Tadi dia dah soping kat watson, ni dia soping pulak kat Sephora. Tengok ajelah tu berapa bag dah soping, apa aje entah dia beli, semua barang makeup, pening Emaknya. nasib baik Emaknya ni tak bermakeup, kalau tidak, kena ketuk gak minta belikan makeup juga hehehe.

Lepas dari Sephora masuk pulak Sogo, soping baju dalam dan seluar dalam hahahaha maklum bulan depan nak holiday kan, so kita beli sesiap dulu hehehehe. Lupa pulak nak amik gambonya kakakakakah! G-string ada sale wooo!!


Siap dah soping bagai, kami terus balik, kalau tak Emaknya ajak balik, memang tak baliklah budak ni, semua nak dibelinya, reward diri sendiri katanya, yelaa nakkkkk...Mak faham, ianya satu kepuasan! Tapi agak-agak lerr, esok-esok kan boleh soping lagi hehehehe.

Janji Emaknya dapatlah kasut sepasang dari Tomaz dan baju 2 pasang hehehe..makaseh Adik Yana, moga dimurahkan dan ditambahkan rezekinya berganda-ganda lagi..aamiinn..

Sebelum balik singgah ke JTL Container minum Tea Signature sambil menunggu kereta anak cuci. Sis minum tea ni, Tea-nya takde gula, nak letak gula pun boleh, lebih sedap original, refreshing tea gitu. Kalau korang minum, rasa fresh giler tekak masuk badan. Sangat sedap dan bau tea-nya wangi . Sejenis tea cina. Siap kete cuci, terus balik.

Itulah kisah Sis dan anak semalam. Pagi tu Sis sakit kepala, sampai sambung tidur tak sedar Suami col pepagi tu, nasib baik tengah harinya dah okay, petang baru keluar. Cuaca panas sangat mungkin, itu yang sakit kepala.

Okaylah, harini agak bizi sikit. Curi-curi masa bukak blog. Nanti sambung lagi ya..
OkBai..


P/S: Syukur alhamdulilah atas kurniaanMu yang seadaanya ini..
Tags

Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. amboiii semua tunjuk mekap buy 1 free 1 ni ekkk...nak g memborong jugak lerrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe apalagi, marilah kita serbu lagi @Sunah hehehhee

      Delete
  2. Ni bukan cete pasal tajuk jer, ni cete macam2 ni, hahahaha. Sebenarnya maybelline salu sangat buat sale buy 1 free 1 ni, Lin. Baby Skin tu memanjangnya buy 1 free 1, kita pun pakai jugak tu kadang2 malas memang ku sapu two way cake aje terus, hehehe. Eh, yg Sephora punya pore eraser lagi best tau, sohlah Yana belanja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha semua dalam satu, tapi tajuk jadi tarikan gitu Kak @Seri hehehe..
      Yang Sephora tu dia ada juga beli Kak, semalam dah tanya Yana..hehehehe..
      Sama kita, kadang malas pakai foundation, pakai je bedak two way tu tepek..

      Delete
  3. buat-buat pejam mata tak tengok gambar... sambil baca... hihihi.. cuaca memang panas sekarang ni... mia pun kerap sakit kepala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha silalah pergi @Mia hehehe..
      Yerr Mia, sampai sakit kepala panasnya...

      Delete
  4. Replies
    1. Hehehe silalah pergi watson berdekatan ya @Anies..

      Delete
  5. dahh mintak takde gulaaaa memang masam kojol laaa jawabnya hahaha. Good good sis! Memang kalau nak fit dan kurus serta sihat kena cut sugar. Tapi sugar dalam makanan pun kene cut gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, masam tak boleh bawak bincang @Uyul oiii hahahahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!