Ye laa asyik tidur hotel aje kan, so kalau korang yang datang bersama family nak duduk seperti macam rumah sendiri, haaa mai le ke sini. Di SMS Private Stay ni, semua kelengkapan rumah ada, termasuk juga mesin basuh dan dapur memasak. Kalau anak-anak pula mesti seronok sebab ada kolam renang.
SMS Private Stay ni ada 2 jenis homestay. Yang baru-baru ni Sis duduk ianya adalah jenis kediaman 2 bilik. dan ada satu lagi jika korang yang datang hanya family kecil atau datang berdua, ada satu lagi jenis yang studio punya.
Beza dua tu hanya bilik aje, yang studio takde bilik, semua dalam satu ruang. Kalau yang dua bilik tu, seperti rumah biasa lah yang punya dua bilik. Kelengkapan semua sama.
Yang ini ruang bila korang melangkah masuk aje ke dalam rumah. Yang ini ada dua bilik, kiri dan kanan. Cantikkan. Color dinding tu buatkan hati jadi tenang aje melihatnya. Memang masa mula masuk, mulut tak habis-habis kata woww woww wowww sana sini hahahaa..
Cukup besar bagi Sis, boleh muat dalam 4 - 6 orang.
Meja makannya juga tersedia sekali dengan pinggan mangkuk cawan bagai. So korang tak payahlah susah-susah nak bawa pinggan ke cawan ke bila ke sini. Semua dah tersedia.
Kalau korang datang ramai, haaa pandai-pandailah korang nak buat hehehe. Setakat 4-6 orang cukup sangat.
Ini bilik yang sebelah kanan. Bilik yang ni agak besar sikit dari bilik satu lagi tu. Ia ada sekali dengan almari baju dan juga sejadah . Penyangkut baju juga sterika pun ada.
Biliknya juga ada penghawa dingin dan kipas, so ikutlah korang nak guna mana.
Tandas? Ada, untuk bilik ni, tandasnya di dalam bilik. Jap Sis tunjuk..
Haa ni rupa tandasnya. Tandasnya sama je dengan kedua-dua bilik. Ada heater air panas, kelengkapan mandi dan juga paling best, air dia besar..hehehehe
Sis kalau ke tandas hotel ke memana ke, mesti nak tengok airnya, kalau kecik aje, alahaii tak puas rasa mencuci air besar hahahahaha..
Dan yang ini pulak bilik yang sebelah kiri tadi tu. Bilik ni kecik sikit. Bezanya bilik ni takde almari baju. Cuma dia ada ala-ala pangkin duduk hujung sana dan view dari bilik ni sangat cantik okay!!!
Untuk bilik ni, tandasnya di luar. Kelengkapan bilik sama juga, biliknya ada penghawa dingin juga kipas siling, sejadah dan penyangkut baju.
Bahagian dapur dia pun luas. Kelengkapan semua lengkap termasuk pisau, senduk sudip, sudu-sudu, periuk, peti ais, microwave, dapur memasak, jug air panas, dan juga minuman dan makanan ringan. Cumanya makanan ringan dan air minuman tu, kalau korang guna, korang kena bayar yer. Tu tak termasuk dalam pakej.
Bahagian tepi dapur tu, haa ada mesin basuh. Kot laaa kalau korang lama duduk sini, haa korang bolehlah cuci baju. Rasanya mesin tu siap dryer, cuci terus kering rasanya. Lupa pulak Sis nak mebeleknya hehehe.
Atas tu adalah pemandangan dari balkoni. Memang tenang rasa tau kalau stay kat sini. Sunyi dari hiruk piruk sesak orang ramai. Then korang boleh lerr sambil berehat melayan Netflix ko!! Yaa Netflix!! Boleh layan cite horror movie sampai lebam hahahahaha...
Sis ko memang pantang bukak Netflix, memang horror movie lee yang Sis ko akan nengok dulu..hehehehe ni pun menaip sambil tv terbukak tu haaa Netflix hehehehe..
Kalau di siang hari, korang bolehlah turun berjalan kaki di kawasan sekitar yang memang ada macam-macam kedai dan cafe termasuk juga cafe Starbucks. Bawah rumah aje tau! Nak tengok pantai pun ada, yang bestnya tengah musim durian ni, nak makan durian pun ada kat bawah tu hehehehe.
Kedai 24jam pun ada. So memang kalau stay sini, korang tak perlu risau, semua ada.
Kalau malam pun dari rumahnya pun dah cantik. Suka sangat duduk balkoni sambil layan angin malam. Jiwa tenang gitu...argghh rindu nak ke sini lagi...
Alhamdulilah memang kami puashati menginap di sini. Terima kasih pada ownernya Syahmi, next time kami pasti datang menginap sini lagi ya. Kata nak BBQ kan hehehehe..
SMS Private Stay
Semuanya lengkap dengan kemudahan yang berpatutan setaraf penginapan RESIDENCE 5 Bintang MEWAH !
Lokasi menarik dan strategi di Bandaraya Johor Bahru.
- Danga Bay 1 Minit
- Woodland Checkpoint 3 Minit
- City Square 3 Minit
- JBCC 3 Minit
- Bazar Karat 3 Minit
- Angsana 5 Minit
- Paradigm mall 10 minit
- Legoland 20 Minit
- Midvalley Sogo 30 minit
Hanya jalan kaki ke :
- 1 minit (Restoran Mamak, 7Eleven, Starbuck, ATM )
- 1 Minit (Restoran Tepi Pantai Country Garden )
Untuk tempahan dan harga penginapan, korang bolehlah hubungi SMS Private Stay +60196070909
Atau klik link ini untuk whatsapp http://www.wasap.my/+60196070909 atau email untuk booking reservation@smsprivatestay.com
FaceBook : https://www.facebook.com/smsstay/
Instagram : https://www.instagram.com/smsprivatestay/
P/S: Eh..jom sambung Netflix horror movie hehehehe..
Sis yang dah stay rasa selesa.. PC yang tgok gambar Dan perkongsian Sis je pun rasa selesa.. Kalau pada pandangan selesa.. InshaAllah masuk pun nyaman.
ReplyDeleteYaaa @PC, sangat selesa dan rasa macam duduk rumah sendiri aje. Nanti kalau ada mai JB , bolehlah stay sini PC ...
DeleteHarga dia reasonable la dgn lokasi dan kemewahan suitenya. Mula kita ingat rumah teres atau kluster
ReplyDeleteKannn Kak @Seri, sangat selesa dan tenang aje di sini.. memang sangat sesuai kalau yang nak merehatkan diri.. Jom Kak kita stay sini hehehehe
Deletemenariknya kak, dhla cantik sgt deko nya...
ReplyDeletepemandangan pun cun.... mmg dh mcm gaya hotel mewah dh
Yaaa @Norhidana sangat menarik, selesa, luas dan berbaloi dengan harganya.. Mai lerr kalau nak rasa bercuti seperti duduk hotel 5 bintang ehehehehe
Deletecantik sungguh sis. lengkap segala & kemas teratur.
ReplyDeleteYerr @Mar, lengkap semuanya...
Delete