NASIHAT 18 - DIA TIDAK BAIK, KENAPA KITA PERLU BERBUAT BAIK? | Seseungguhnya Allah menyuruh setiap mukmin itu untuk berbuat baik kepada orang tuanya. Sungguh, amat berbeza tingkatan orang yang berbuat baik kepada orang tua kerana mengingati jasanya sahaja, dengan orang yang berbuat baik kepada orang tua kerana menurut perintah Allah swt.
Nilai yang lahir kerana perintah Allah itu jauh lebih berkualiti.
Sekiranya ada anak yang dilahirkan oleh sesaorang dan sejak mula lahir anak itu dibuang seperti diberikan kepada sesiapa yang lain. Ini sehinggalah anak itu dewasa dan mungkin sudah menjadi senang, barulah orang tuanya kembali kepadanya kerana menghadapi sesuatu kesusahan, lalu meminta bantuan kepadanya.
Aapakah agaknya si anak itu akan berkata jikalau dasar berbakti kepada orang tua itu adalah kerana punyai jasa, "Engkau dahulu buang aku, sekarang susah baru cari aku?".
Namun dalam agama, tidak. Kamu berbakti kepada orang tua kamu walaupun dia buang kamu mahupun dia tidak menjaga kamu kerana dasar sebenar berbuat baik kepada orang tua yang diajar Rasulullah saw bukan kerasa jasa juga mereka kepada kamu, tetapi kearana Allah swt yang menyuruh kamu berbuat baik kepada orang tua kamu.
Begitu juga perintah Allah swt untuk berbuat baik kepada kaum kerabat. Jikalau kaum kerabat itu tidak berbuat baik kepada kita, adakah kita tidak perlu berbuat baik kepada mereka?
Tidak, tetap perlu berbuat baik. Kerana yang menyuruh kamu berbuat baik kepada kerabat itu adalah Allah swt, bukan kerana kerabat itu baik kepada kamu. Kerana Allah juga.
Demikian juga kepada anak-anak yatim, orang-orang mukmin, dan juga tetangga yang dekat. Berkenaan jiran tetangga, kata Baginda Rasulullah saw, "Saya diwasiatkan oleh Jibril tentang jiran tetangga sehingga saya menyangka seakan-akan jiran itu menerima warisan". Seringkali Baginda diingatkan oleh Jibril tentang jiran.
Namun, zaman sekarang orang sudah tidak tahu siapa jirannya. Jirannya itu 40 rumah di kanan, 40 rumah di kiri, 40 rumah di depan, dan 40 rumah di belakang.
Di hujung bumi ini, semakin hari semakin sirna nilai-nilai murni yakni adab dan akhlak yang diajar oleh Allah melalui Rasulullah saw.
Perkongsian dari Buku Nasihat Buat Diri
P/S: Orang buat baik, kita balas baik, orang buat jahat, kita diamkan, tapi ...'diam-diam ubi'
buat baik berpada-pada...buat jahat jangan sekali!
ReplyDeleteBetul @Sunah...setuju 1000x gan ko!
Delete