NIAT PUASA HARI ARAFAH 9 ZULHIJJAH 1440H/2019 | 9 Zulhijjah 1440 Hijrah bersamaan 10 Ogos (Sabtu) berdasarkan kalendar Islam di Malaysia merupakan hari yang disunatkan berpuasa Hari Arafah kepada seluruh umat Islam di negara ini.
Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah saw: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).
Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah saw ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Rasulullah saw juga bersabda: “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.”
Sementara itu, puasa pada hari Arafah terutamanya di Malaysia menimbulkan kekeliruan ramai iaitu mengenai hari yang tepat untuk menunaikan ibadah puasa sunat tersebut memandangkan tarikh hari Arafah di Arab Saudi dengan Malaysia ada kalanya tidak sama pada setiap tahun.
Dalam Ibadah Haji pelaksanaannya menurut tempat dan ketetapan waktunya, iaitu pada tarikh 9 Zulhijjah semua jemaah haji diwajibkan berwukuf atau berada di Padang Arafah. Dalam ibadah puasa pula waktu pelaksanaannya adalah mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Maka bagi umat Muslim yang tidak mengerjakan ibadah haji mempunyai tarikh yang sama 9 Zulhijjah seharusnya malah disunnahkan berpuasa walau di mana saja mereka berada di muka bumi ini.
Ianya tidak terikat dengan kedudukan geografi politik, ketika jemaah haji wukuf di Arafah, kita puasa Arafah, walaupun kita di Malaysia berbeza sehingga 5 jam, yang terpenting harinya. Kerana apabila kita puasa pada hari berikutnya, maka jama’ah haji sudah tidak lagi berada di Arafah, sehingga tidak boleh dikatakan puasa Arafah.
CARA LAFAZ NIAT PUASA SUNAT HARI ARAFAH (WUKUF)
Hari Arafah mempunyai kelebihan yang besar dalam syariat Islam. Maka, puasa pada hari tersebut mempunyai kelebihan dan fadilat yang besar juga.
Sehubungan dengan itu, seorang Muslim digalakkan berniat untuk berpuasa pada hari Hari Arafah kerana pada hari tersebut ialah peluang untuk membersihkan segala dosa yang dilakukan.
Jemaah Haji Tidak Disunatkan Puasa
Bagi orang yang sedang mengerjakan ibadah haji, maka tidak disunatkan berpuasa, sesuai dengan sabda Nabi saw dibawah ini:
Dari Abi Hurairah r.a., ia berkata, “Rasulullah saw telah melarang puasa pada hari Arafah di Padang Arafah.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Dawud, Nasa-i, dan Ibnu Majah)
Mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu.
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
#SisSharing
Sumber: Pelbagai
P/S: Selamat berpuasa korang semua ! .. Jangan lupa bangun sahur ..
Alhamdulillah. Terima kasih Sis perkongsian.. InshaAllah boleh puasa ni.
ردحذفSyukur, sama-samalah kita mencari rdho Allah ye @PC ...
حذفSemoga tak terlupa...mekasih Sis Lin
ردحذفInsyaAllah sama-sama kita ya Mama @Azian ...
حذفAssalamualaikum lin...bestnya tapi sayangnya tahun ni x dpt nak berpuasa ketika Allah Bagi Cuti (ABC)
ردحذفWaalaikumussalam Mama @Maszull...insyaAllah Mama, wanita uzur ni banyak kelebihannya. tak dapat berpuasa, kita buat amalan lain ya Maa, moga sama-sama kita mencari redha Allah ..
حذف