Waktu Dhuha merujuk pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah, kira-kira 20 minit selepas terbit matahari. Waktu Dhuha berakhir apabila matahari berada tepat di tengah-tengah langit, kira-kira 9 minit sebelum masuk waktu Zohor.
Terdapat banyak manfaat dan kebaikan yang boleh diperolehi dengan mengamalkan solat Dhuha. Sebelum itu, apakah cara mudah dan betul untuk melaksanakan solat sunat Dhuha?
Di sini Sis kongsikan langkah-langkah mudah solat Dhuha berserta doa Dhuha sebagai panduan korang.
1. Bilangan rakaat
Solat Dhuha dilakukan dengan 2 rakaat untuk setiap kali solat, dan boleh diulang sehingga 6 kali solat (2 rakaat x 6 kali solat) setiap hari.
2. Lafaz Niat Solat Dhuha
Usolli sunnataddhuha rok’ataini lillahi ta’ala
Maksud: Aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala
3. Bacaan Dalam Solat
Dari segi rukun, tertib dan syarat sah solat, solat Dhuha adalah sama seperti solat wajib yang lain. Tiada penetapan khas untuk pembacaan surah bagi solat ini. Namun begitu, terdapat bacaan surah tertentu yang digalakkan oleh para ulama’.
Untuk rakaat pertama, anda digalakkan untuk membaca surah as-Shams dan surah ad-Dhuha pada rakaat kedua. Walaubagaimanapun, ini hanyalah galakan. Terserah pada korang untuk membaca surah yang korang ingini.
Bagi bacaan-bacaan lain pula seperti sujud, rukuk dan sebagainya, adalah sama seperti solat biasa.
4. Doa Dhuha
Allahumma innaddhuhaa’a dhuhaa uka,
walbahaa’a bahaa uka, waljamaala jamaaluka,
walquwwata quwatuka, walqudrota qudrotuka wal’ismata ‘ismatuka.
Allahumma inkaana rizqi fissamaa’i fa’anzilhu,
wa’inkaana fil ardhi fa’akhrijhu wa’in kaana mu’assiron fayassirhu,
wa’in kaana harooman fathohhirhu, wa’inkaana ba’idan faqorribhu,
bihaqqi dhuhaa ika wabahaa ika wajamaalika waquwwatika waqudrotika aatini maa ataita ‘ibaadakassolihiin.
Maksud: Ya Allah, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu, kecantikan ialah kecantikanMu, keindahan ialah keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu, dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah. Jika ada di dalam bumi, keluarkanlah. Jika sukar, mudahkanlah. Jika haram, sucikanlah. Jika masih jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan. keindahan, kekuatan, dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Semasa sujud akhir sebelum tahiyyat akhir, bacalah sebagaimana berikut sebanyak 40 kali:
Wa-Hab li yaa-waH-Haa bu ‘il-man wa hikmatan, waar-zuq-niy, yaa-raz-zza-qu kun liy mu-saH-Ha-laa
Maksud: Berikan kepadaku, wahai Tuhan Yang Maha Memberi akan ilmu dan hikmah dan murahkanlah rezeki kepadaku, wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Rezeki jadikan ia mudah bagiku.
Kelebihan Solat Dhuha
Umum mengetahui bahawa solat ini dikaitkan sebagai amalan yang dapat membuka pintu-pintu rezeki. Dengan mengamalkannya, seseorang itu akan memperolehi rezeki yang melimpah ruah serta hati yang tenang.
Harus diingatkan di sini bahawa rezeki itu tidak semestinya datang dalam bentuk wang ringgit dan harta benda sahaja. Ia juga boleh datang dalam pelbagai bentuk seperti:
- Dikurniakan kesihatan tubuh badan
- Rezeki yang mencukupi serta berkat, anak-anak yang soleh dan solehah
- Dapat mengerjakan ibadat umum dan ibadat khusus
- Dipermudahkan urusan dalam seharian kehidupan sebagai seorang Muslim.
- Selain itu, dengan mengamalkan solat Dhuha juga, seseorang itu akan mendapat keampunan dari Allah swt.
Kita disarankan untuk mengamalkan solat sunat ini dalam kehidupan seharian. Tak dapat buat hari-hari pun, janji bila ingat kita buatlah.
Pada awalnya mungkin korang berasa berat untuk melakukannya. Tetapi apabila ianya menjadi sebahagian dari rutin harian, korang pasti berasa nikmat dan seronok mengerjakannya.
"Barangsiapa yang menjaga sembahyang dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan." - Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi
Semoga panduan ini dapat menjadi titik perubahan dalam kehidupan korang dan Sis juga, sebagai seorang Muslim.
#SisSharing
P/S: Sibuk dengan hal dunia, terkadang lupa juga nak buat solat Dhuha..Allahuakbar!
Terima kasih Sis perkongsian. Moga kita boleh amalkan tunaikan solat sunat dhuha dan solat sunat lainnya juga.. Aamiin.
ReplyDeleteSama-sama @PC, moga bermanfaat buat kita semua termasuk Sis juga..
DeleteAaminnn..
Antara ibadah sunat yang dituntut..salah satu cara kita mensyukuri segala rezeki dari Nya..
ReplyDeleteYerr @Sunah, jomlah kita sama-sama mulakan perlahan-lahan tanpa tinggal walau sehari, ingat je buat! aamiinn
DeleteAssalamualaikum lin..alhamdullilah mmg bagus kalau dpt lakukn setiap hari kn..tu la mama pun kekadang buat kekadang terleka dgn masalah duniawi masyaAllah..
ReplyDeleteTerima kasih lin dgn ingatan dan perkongsian ilmu ini...
Waalaikumussalam Mama @maszull..yerr Mama, rasa macam lama sangat tinggalkan Dhuha, rasa sesal pada diri, terlalu dengan duniawi, moga kita istiqomah dan jalani Dhuha dengan tenang ye Maa..
Delete