Bercakap pasal test-drive, ini bukan kali pertama Sis memandu kereta Honda, sebabnya Sis sendiri memakai kereta Honda Jazz. Memang dari dulu Sis suka akan design dan juga nama Honda ini, sebab suka akan rekabentuk luar dan dalamnya, sebab tulah bila nampak keluaran Jazz terkini dulu, Sis terus membelinya, sangat puashati, jimat minyak dan tahan lasak.
Sebelum tu tahniah buat Honda yang telah mencapai jualannya sebanyak 900k sepanjang keluaran Honda dan Sis doakan moga terus maju mencapai berjuta-juta jualan lagi.
Sempena Nationwide Roadtour 'Terima Kasih 900k' (Johor), Sis di beri peluang test-drive kereta Honda terbaru dan agak besar sikit. Dah biasa bawa Honda Jazz kecik aje hehehe, ini kali kita nak pandu kereta besar. Ya Honda baru-baru ini telah mengeluarkan model terbaru Honda CRV 1.5L Turbo, HRV 1.5L Hybrid dan juga Civic 1.5L Turbo. Memang sangat 'gah' kalau lihat body keretanya, sangat mengujakan dan tak sabar nak memandunya.
Terima kasih Honda sediakan sarapan yang sangat 'banyak' dan mengenyangkan. Ada 4 set sarapan pagi kami pagi tu. |
Seawal pagi jam 8.30am Sis dah sampai di Eco Flora dan menunggu di Cafe Gold Beans untuk mendaftarkan diri. Sambil menunggu kengkawan yang lain sampai, Sis ronda-ronda pusing sekitar kawasan situ. Pertama kali juga sampai Eco Flora ni. Cantik, next time boleh datang sini lepak-lepak. Untuk seisi pertama ni, Sis bersama Uyul, Dilah, Wazy, Carinn dan juga Ynz dan untuk seisi kedua esoknya, ada lagi 6 blogger juga.
Selesai daftar kami di beri Tshirt untuk pakai, memang dah diberitahu awal-awal, so Sis dah stanby pakai inner lengan, kang kalau tak alert, mau nampak aurat huhuhu. Lepas tu kami dihidangkan pula dengan menu sarapan yang....kus semangat! Memang tak percaya pagi tu makan sarapan macam makan tengah hari hahaha. Bayangkan sampai 4 set menu. Yang tengok IG @sis_lin_ mesti tau kan menunya hahaha.
Video boleh lihat di sini : https://youtu.be/EPXpNC-8WeM |
Selesai makan sarapan kami di beri taklimat kata aluan dari Ms. Daphine Chen (Head of Brand Management), then product presentation juga test drive briefing, dan selepas itu barulah kami semua di bawa untuk Honda SENSING Demontration. Tang ini kena fokus betul-betul, crew Honda akan menunjukkan macam mana nak guna spesifikasi yang terbaru pada kereta Honda tu.
Bab ini kan woww sikit, sangat mengujakan Honda CRV 1.5L Turbo ni, dia ada Adaptive Cruise Control (ACC). Korang boleh set secara automatik dan tanpa menekan minyak, keretanya akan bergerak sendiri mengikut kawalan setting kelajuan korang dan akan berhenti secara perlahan dengan sendirinya. Canggih tak canggih! So kita control ajelah stering, bila korang tekan aje brek, automatik ia terus bergerak seperti biasa.
Sebelum tu kita photo group dulu ya.
Kami dah tak sabar nak test-drive!! Ajomm kita..
Vrooommmm...
Flag Off!
Jom kita ke Kluang! Seronok weii konvoi reramai ni, lama dah Sis ko tak berkonvoi gini. Untuk flag off pertama ni, Sis memandu CRV 1.5L Turbo bersama Dilah dan juga seorang dari crew Honda bersama dalam satu kereta.
Jom kita ke Kluang! Seronok weii konvoi reramai ni, lama dah Sis ko tak berkonvoi gini. Untuk flag off pertama ni, Sis memandu CRV 1.5L Turbo bersama Dilah dan juga seorang dari crew Honda bersama dalam satu kereta.
Dari Eco Flora kami ke Tealive Taman Bukit Indah. Dimana korang boleh juga menang sebuah kereta Honda Jazz dengan setiap pembelian minuman Tealive. Yaaa minum dan menang kereta, siapa yang tak nak oii!
Dengan hanya beli minuman Tealive, tangkap gambar bersama banner dan hantar ke wahtsapp hotline atau ke laman web https://m.facebook.com/notes/tealive-asia/tealive-x-honda-road-to-breakthrough-contest-tc/663616804118442/ . #TealiveXHonda .
Mudah je kan? Haa silalah pergi hehehe.
Macamana nak join? Mudah je..
Macamana nak join? Mudah je..
- Korang eli mana-mana minuman Tealive.. Snap gambar korang di standee Tealive X Honda: Road To Breakthrough
- Lengkapkan slogan "Tealive and Honda are...." (tidak kurang dari 90 patah perkataan) Boleh dalam bahasa Eng/BM/Chinese.
- Whatsapp gambar & slogan ke +6017 619 4750 beserta Nama Penuh, No. K/P dan Alamat Email.
Dari Bukit Indah kami tukar driver, now Dilah pulak drive, Sis duduk sebelah sambil update IGs dan IG hehehe. Masuk highwaylah baru betul power nak test keretanya. Di suruh tekan minyak, kami tekan, terus go go terus hahaha. Sememangnya Honda CRV 1.5L Turbo ni memang power!!
HONDA CRV 1.5L TURBO
- Jimat dalam penggunaan minyak. Mampu mencapai 7L bagi setiap 100km.
- Dilengkapi dengan ciri keselamatan aktif, termasuk fungsi seperti Adaptive Cruise Control (ACC) dengan Low Speed Follow (LSF), Collision Mitigation Braking System (CMBS) dengan Forward Collision Warning (FCW), Lane Keeping Assist System (LKAS), Lane Departure Warning (LDW) dan Road Departure Mitigation (RDM).
- 6 bag udara. Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Pengendalian Tangkas (AHA), Bantuan Mula Mendaki (HSA), dan Honda LaneWatch Camera sebagai ciri standard untuk semua varian.
Selepas dari Kulai, kami stop pulak di Simpang Renggam. Masa ni bertukar kereta pulak. Dari CRV 1.5L Turbo, kami bawa pulak HRV 1.5L Hybrid. Memang di nantikan Sis nak sangat pandu kereta HRV ni, sebabnya anak Sis kemain suka dengan kereta ni, tak tau apa keistimewaannya. So kita test-drive dulu.
Korang tau tak nak bezakan kunci kereta enjin biasa dengan kereta hybrid? Kalau Honda, perbezaannya pada kunci dan logo dia tu. Nampak ada color biru-biru tu kan? Haaa tu le bezanya enjin biasa dengan hybrid, so senang nak kenalpasti kuncinya kan.
Pertamanya sewaktu memandu HRV 1.5L Hybrid ni, mulanya Sis fikir kalau dah hybrid, mesti tak laju kan hahaha. Tapi ternyata kelajuan dia setanding juga dengan Jazz Sis hahaha. Boleh tahan laju juga perginya kalau tekan minyak. Senang cakap takde goyang woo. Cuma bagi Sis kurang selesa dengan tempat duduknya, mungkin sebab dia agak sporty sikit, so kerusinya agak kecil, untuk Sis berbadan besar ni, agak kurang selesa sikit.
HONDA HRV 1.5L HYBRID
- Enjin 1.5 liter twin-cam i-VTEC Atkinson-cycle dengan 132 PS pada 6,600 rpm dan 156 Nm pada 4,600 rpm
- Motor elektrik 22 kW (30 PS)/160 Nm, dengan bateri lithium-ion Blue Energy
- Sistem Sport Hybrid i-DCD dengan gabungan kuasa 152 PS dan 190 Nm
- Transmisi automatik dwi-klac tujuh-kelajuan
- Ruang kargo hingga 404 liter, 991 liter jika tempat duduk belakang dibaringkan
Tambahan:
Suis kawalan stereng Intelligent Multi-Information Display (i-MID)
Kit baiki tayar sementara, bagi menggantikan tayar simpanan
Warna: White Orchid Pearl, Lunar Silver Metallic, Modern Steel Metallic
Dari Simpang Renggam kami terus ke Kluang untuk makan tengah hari. Keadaan jalanraya masa tu pun agak perlahan, cuaca jangan cakaplah, panas berdenting, makanya perut dan tekak pun jadi lapar dan haus. Padahal Honda ada sediakan snack setiap sorang untuk di makan dalam kereta tapi duk sibuk update sana sini, mana ada masanya nak makan dalam kereta tu hehehe.
Makan tengah hari di Barney's Western Food. Terima kasih Honda dan Barmey;s, sedap sangat makanan yang di sediakan. Harap dah kenyang jangan mengantuk hahaha. Jom kita ke Kluang Mall.
Masa hari yang kami pergi tu, itu adalah hari pertama Honda Nationwide Roadshow Terima Kasih 900k (Johor), dan ianya bermula di Kluang Mall. Bagi korang yang masa tu pergi ke Kluang Mall, mesti ada dapat free gift dari Honda kan? Dan jangan lupa register untuk berpeluang memenangi sebuah kereta dari 9 buah kereta terbaru Honda. Mana tau rezeki korang kan?
Kalau korang takde masa nak pergi roadshow atau kedai Honda berdekatan, selain dari beli minuman Tealive tu, korang boleh juga daftar melalui online di sini https://www.honda.com.my/microsite/900k/
Atau juga kalau korang pelanggan unifi, korang boleh mendaftar di lamam web https://unifi.my/unifixhonda/ . #khabarbaik
Wanna know how??
1. Download myunifi App
2. Update your profile!
3. Answer simple question about the campaign & submit your entry
4. Honda HR-V Hybrid could be yours!
So download myunifi App now!
Exclusive for all our unifi customers. More info on https://unifi.my/unifixhonda/
T&C Apply.
Wanna know how??
1. Download myunifi App
2. Update your profile!
3. Answer simple question about the campaign & submit your entry
4. Honda HR-V Hybrid could be yours!
So download myunifi App now!
Exclusive for all our unifi customers. More info on https://unifi.my/unifixhonda/
T&C Apply.
Nak lebih lagi, haa jangan lupa daftar sambil mendengar radio SYOK - https://en.syok.my/win/syok-ing-honda-giveaway dan mendaftar di sana. #SyokXHonda.
It's so simple, just register yourselves by filling up the form and tell them why do you want to win a Honda car.
50 best slogans will be shortlisted and chosen from this contest to attend the Grand Event on 28 September 2019 and during the Grand Event, 1 lucky winner will stand a chance drive home a Honda Hybrid car for free!
Isn't it awesome? Good luck and hope to see you there on 28 Sept!
It's so simple, just register yourselves by filling up the form and tell them why do you want to win a Honda car.
50 best slogans will be shortlisted and chosen from this contest to attend the Grand Event on 28 September 2019 and during the Grand Event, 1 lucky winner will stand a chance drive home a Honda Hybrid car for free!
Isn't it awesome? Good luck and hope to see you there on 28 Sept!
So Apalagi? Mana tau rezeki korangkan!
Jom laa mendaftar! Jangan kata hakak tak payung aaaa...
Dari Kluang Mall kami ke Showroom Kedai Honda di Iptimas Motor Sdn Bhd, Taman Emas, Kluang. Bagi orang-orang Kluang boleh datang terus kesini mendaftar juga untuk Terima kasih 900k tu. Mudah aje, amik salah satu nama kereta idaman korang, dan tangkap gambar di banner tu. Dan kemudian daftar secara online dengan scan barcode tu atau ke laman web.
Iptimas Motor (3s Centre) Sdn Bhd
Jalan Bintang, Taman Emas, 86000 Kluang, Johor
Iptimas Motor (3s Centre) Sdn Bhd
Jalan Bintang, Taman Emas, 86000 Kluang, Johor
Senang sangat korang! Kami semua siap daftar sekali itu jam juga hehehe. Manalah tau kot dapat bawak balik Honda CRV 1.5L Turbo tu kan hehehe.
Selepas dah selesai meninjau di showroom Honda tu, kami semua gerak untuk pulang ke Johor. Masa ni kami dah tukar kereta yang terakhir, iaitu Honda Civic 1.5L Turbo. Masa pergi duk naik kereta besar dan tinggi, sekali nak balik, naik kereta sedan, terus rasa janggal pulak rasanya hahahaha. Tapi selesa gile masa mula naik, dari adjust kerusinya aje Sis dah suka hehehe.
Kalau dah memandu macam mana nak amik videonya kan? Hahaha. Last sekali bawa Honda Civic 1.5L Turbo ni, barulah minta Dilah amik video Sis memandu dan Sis amik video dia memandu. Yer kami pemandu berhemah, so masa memandu kami tidak pegang handphone, kan Dilah kan wakakakakakah!
Nak tengok video Sis memandu, sila ke Youtube Sis, korang jangan lupa subscribe walaupun youtube Sis ko sendu sendi jer hahaha.
Kalau dah memandu macam mana nak amik videonya kan? Hahaha. Last sekali bawa Honda Civic 1.5L Turbo ni, barulah minta Dilah amik video Sis memandu dan Sis amik video dia memandu. Yer kami pemandu berhemah, so masa memandu kami tidak pegang handphone, kan Dilah kan wakakakakakah!
Nak tengok video Sis memandu, sila ke Youtube Sis, korang jangan lupa subscribe walaupun youtube Sis ko sendu sendi jer hahaha.
HONDA CIVIC 1.5L TURBO
- Honda Civic 1.5l Turbo pula yang pertama kali diperkenalkan bagi model Civic dijanakan oleh enjin 1.5 liter DOHC VTEC Turbo dengan hamburan kuasa sehingga 173 PS pada takat 5,500 rpm dan tork puncak 220 Nm antara 1,700 hingga 5,500 rpm.
- Bagi 1.5 Turbo ini, selain kuasanya telah diperhebatkan, enjin ini turut disokong oleh sistem Dual-VTC yang membantu meminimakan sisa gas di dalam silinder. Selain itu, turbin berdiameter kecil juga turut membantu meningkatkan lagi responsif enjin.
- Honda Civic 1.5L Turbo ini turut dilengkapi dengan Walk Away Auto Lock di mana ia boleh mengesan kunci bergerak sejauh 2.5 meter dari kenderaan dan pintu akan terkunci secara automatik. Malah ia juga ditampilkan dengan Kawalan Menghidup Enjin di mana enjin boleh dihidupkan dengan menggunakan butang kawalan pada kunci yang sekali gus akan menghidupkan penghawa dingin dan enjin.
- Ini termasuklah enam beg udara, Bantuan Kestabilan Kenderaan, Isyarat Berhenti Kecemasan, Bantuan Mula Mendaki, tali pinggang keledar pra-tekanan dan ISOFIX.
- Terjual dengan lima pilihan warna iaitu White Orchid Pearl, Crystal Black, Lunar Silver, Modern Steel dan Dark Ruby Red (sama seperti warna yang ditawarkan seperti pada Honda City dan HR-V).
Masa otw balik Johor, keadan trafik dah mula slow, sebab time orang balik kerja. Tapi masih boleh bergerak. Sampai di Johor, last pit stop kami tentunyalah kembali ke Eco Flora tu semula, ye ler kereta kami semua park sana, kalau tak, dah ku bawa balik dah Honda Civic 1.5L Turbo tu ke rumah kakakakakah .
Sampai di Cafe Gold Beans, ehhh ada lagi plak makan, merangkap minum petang yang tak berapa nak petang. Puashati giler, dapat test drive, makan pun kenyang, balik penuh dengan senyuman.
Bagi Sis Honda setakat ni is the best! Sis sendiri pengguna kereta Honda Jazz so memang semuanya terbaik! Hantar servis pun di layan bagus, cepat dan semua staff peramah.
[Baca sini] : https://www.sislin76.com/2019/08/seharian-menunggu-di-pusat-servis-honda.html
Bagi korang yang ada niat nak beli kereta, cubalah ke pusat showroom kereta Honda berdekatan dan cuba test drive, pasti korang akan sukakannya. Dan juga jangan lupa register untuk peluang memenangi sebuah kereta terbaru dari Honda!
How to Win? FOLLOW The Step :
STEP 1: Scan The QR code or visit honda.com.my/microsite/900k
STEP 2 : Click New Entry and Fill in Your Details
STEP3 : Click Submit . A Confirmation email will be sent to you.
STEP 4 : VISIT ANY Honda Authorised Dealer Near You.
STEP 5 : AT the authorized Dealer, Rescan The same QR code or visit honda.com.my/microsite/900k
STEP 6 : CLICK Existing entry and key in your IC No.
STEP 7 : Complete all task / either one for earning entry E-tickets
- Search and snap a hidden car name emblem ( look at the pic above , you can find it on any Honda Sales Gallery ) +1 entry
- Test Drive a Honda Car +1 entry
- Register a Honda Car. +1 entry
- Honda Owner ( With Service history of any nature at any Honda Authorized Service Centre within the past 12 months prior to the date of registration in the contest ) +1 entry
STEP 8 : Key in the dealer`s email address
STEP 9 : Your E-ticket will be emailed to you OR request the dealer to print out the e-ticket.
STEP 10 : Attend our Grand Finale at the end of Sept 2019.
Terima kasih 900k 💘
HONDA The Power of Dreams .
P/S: Pilihan Sis, tentunya Honda CRV 1.5L Turbo! Terus rasa nak booking! Jeng jeng jeng...
Bestnya sis jalan2 bawah Honda. Kalau highway lengang lagi best. Vtec on sajaaa :D
ReplyDeleteIyerr @Nur, best tak terkata, pengalaman yangs angat tidak dapat dilupakan hehehe
DeleteWaaa best nye... Nak sebijik kereta hehe
ReplyDeleteHahaha nak sebijik? Sila daftar senagai bakal pemenang ye @AZ hehehe
DeleteWak pandu Honda juga
ReplyDeleteHonda EX5
Wowww Honda EVo ye @Wak ..hebattt!
Deleteperghhh rajinnya seketul sis lin menaip panjang gilerrr...hahahah!
ReplyDeletelawa sehhhh CRV1.5L Turbo tu!! Lagi2 sebab kaler merah...seksiiii
Rajinkannn, ingat senang nak karang cerita ni @Sunah hahahaha...hebat tak hahahaha..
DeleteYerr CRV tu memang jadi tumpuan mata Sis ko!
Bestnya .. mmg minat gila dengan honda crv ni.
ReplyDeleteKannn Sis pun dah terpukau dan tergodaaa gitu @Mia hehehe
DeleteAssalamualaikum lin...best la lin dpt job bawa honda yg lain dr honda jazz kn...mmg seronokkn rasanya bawa kete beso tu...
ReplyDeleteWaalaikumuusaalam Mama @mazul..yerr sebab dah biasa bawa kecik, sekali dapat drive yang lebih besar, sangat mengujakan Maaa
DeleteMemang seronok dapat pandu uji ketiga-tiga model Honda ni, lebih-lebih lagi civic turbo tu
ReplyDeleteKannn @Wazy, kalau Sis suka Honda CRV Turbo tu Wazy ..
DeleteSesetengah varian Honda CRV Malaysia memaparkan suite Honda Sensing Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan, seperti Warning Departure Warning , Sistem Pengawalan Jalur Lantian, Tuntutan Berlepas Jalanan, Amaran Peralihan Hadapan, Sistem Penggerudian Tebatan Tangki, Kawalan Pelayaran Adaptif, dan Kelajuan Rendah Ikut.
ReplyDeleteYup...thanks John..
DeleteProduk honda mobil yang terbaik salah satunya honda CRV
ReplyDelete