PERNAH MAKAN LIANG SANDWICH BAR?

Sis Lin
16
PERNAH MAKAN LIANG SANDWICH BAR? | Ada yang pernah makan? Sedap rupanya ye. Sis pun pertama kali mencuba dan makan. Tu pun anak Sis, kakak yang mengajak. Dia dah makan berkali-kali, so kebetulan masa tu ke City Square, anak ternampak, terus dia kata 'Mak cuba ni, mesti Mak suka nanti', so kita pun cubalah.

Mulanya Sis ingat kata sandwichkan, so ingatkan ye laa macam sandwich roti tu, rupanya bukan. Bila nampak mereka masak di situ secara live, rupanya kulit luar dia tu roti canai lor. Cima saiz dia macam besar sikit. Rasa memang roti canai hahaha.

Ini adalah makanan orang Korea sebenarnya. Dan duta dia tu pelakon Korea Jay Chou tu..eh pelakon ke dia ek hahahaha hentam je Sis ko kata pelakon sekali model hahahaha.




Ianya ada bermacam jenis dan menu, korang kalau tak reti nak pilih, ko tanya je kat kaunter dia, hot seller yang mana. Macam Sis anak Sis yang order, so Sis ko bedal aje, janji Sis bagitau anak nak daging dan yang pedas hehehe.

Maka orderlah Korean Grilled Beef. Anak punya Chicken. Yerr anak Sis, Kakak tak makan daging. Kenapa? Panjang ceritanya...kena bukak post lain hahahaha



Eh kejap, ingat-ingat lupa Sis tingkat berapa kedainya ek, tingkat 3 kot, tapi seingat Sis laluan nak ke CIQ tu haa. Kan ada Subway haaa deret depan tu le kedainya Liang Sandwich Bar ni.
Betul...Korang order baru dia masak. Masak pun secara live depan tu. Korang boleh nengok.

Tak lama pun masaknya, dalam 5 minit, ikutlah apa dan berapa banyak ko order. Kena beratur order, bayar then tunggu nombor panggil.



Haaa tu dia semua menu yang ada, korang pilihlah nak cuba yang mana. Pestime order memang blur, kalau boleh semua ko nak makan kan kan hahahaha. Anak Sis kata semua sedap, sebab dia dah cuba semua kecuali yang rasa daging hehehehe.

Harga pun patut juga kalau kata mahal, sebab portion dia tu besau oii, makan satu kenyang perut. Ehhhh tak caya plak, try lee ko order yer..


Kang ada pulak tanya dan komen, halal ke tak? Huhuhu..
Makan tanpa was-was..No Pork No Lard ..sekian..


P/S: Terus rasa teringin..adoiiii cari pasal betullah ko Sis Lin !!!

إرسال تعليق

16تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Roti canai berinti gitu ala ala ye Sis. Tapi nampak menarik dan mengenyangkan ni.

    ردحذف
    الردود
    1. Iyerr begitulah @PC, besar, penuh dan sekali makan kenyang...

      حذف
  2. Liang ni dah dua tiga cawangannya skrg kat JB kan, kita ada nmpk kat Paradgm Mall jugak, ada letak gbr bdk pompuan melayu dgn tagline Riang apatah tu... Lupa plak. Setakat ni belum teringin lagi nak makan, ni ala street food jugakkan, kalau jalan2 takde idea nak makan apa, bolehlah try

    ردحذف
    الردود
    1. Yerrr Kak @Seri, banyak cawangan tapi yang kita nampak dan tau kat CS aje, lain tempat tak tau, tak nampak lagi..mungkin juga ada di Paradigm tu..
      Nanti cubalah, sedap rasanya..

      حذف
  3. rupa dia mcm roti canai ye kak roti nya?
    mmg kenyang mkn nih... menarik, tp tak pernah jumpa lg... almaklum dana ni jrg lah jln2 ke supink2 complex kak oi

    ردحذف
    الردود
    1. Kulit luar dia macam roti canai, cuma saiz dia besar @Norhidana, lembut bila gigit, walau sejuk pun tetap lembut.

      حذف
  4. Alaaaa...kenapa sedap sangat ni....

    ردحذف
  5. tak pernah lagi makan yang ini, dulu gila makan Hot & Roll.

    ردحذف
    الردود
    1. Ooo pestime dengar Hot & Roll tu..nanti boleh cuba Liang Sandwich Bar ni pulak @Nasa ..

      حذف
  6. macam kebab pulak ek rupa dia...

    jay chou tu artis taiwan..kita minat dia tau dulu2..minat lagu dia..hihihi

    ردحذف
    الردود
    1. Iyerr macam kebab tapi bukan kebab hahaha ianya sandwich..
      Oo Taiwan ek..ingat-ingat lupa laaa...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!