Dulu Sis juga peminat kaktus ni. Ingat lagi pergi Cameron, memborong kaktus sampai rm50 hengget ko! Sekali bawak balik Johor, tak sampai seminggu, kiokkkk semua kering cokelat mampos! Geram ke tak geram. Padahal dah menjaga, siram dan letak bawah bumbung lagi, pun kojol. Terus lepas tu dah jadi malas nak tanam..ermmm
Then sejak-sejak ni geram pulak nengok kaktus Mat Gebu tu, kemain gemuk
Agak baja apalah yang dia gunakan..hahahaha So bagi korang yang suka dan minat nak menanam kaktus ni, Sis kongsikan sedikit petua yang boleh membantu korang untuk menjaga kaktus tu ye.
[Sumber] : http://homekaktus.blogspot.com/2013/12/tips-penjagaan-pokok-kaktus.html
Tengok tu kaktus Mat gebu. sampai dah berbunga, Oii tengok kaktus le bukan tengok tangan dia, tangan jari dia memang gebu. |
Berikut merupakan cara-cara menjaga pokok tersebut:
- Elakan kelembapan pada pokok kaktus anda kerana ini akan merosakan kaktus tersebut. Jangan meletakan pokok kaktus korang terdedah kepada cahaya sedikit.
- Jangan letak pokok korang di tempat yang terselindung dan mempunyai tahap kelembapan yang tinggi.
- Jangan menjemur pokok kaktus di bawah terik cahaya matahari. Kebanyakan orang salah faham bahawa pokok kaktus tahan dengan cahaya matahari tetapi hakikatnya tidak semua pokok katus tahan akan cahaya terik. Pokok kaktus yang ditanam di rumah tidak boleh dibuat begitu. Kesannya pokok kaktus tersebut akan terbakar di hujungnya menjadi warna coklat dan kehitaman.
- Tanaman kaktus tidak boleh disiram setiap hari kerana ini akan menyebabkan pokok tersebut lembap. Sebaiknya siram kaktus tersebut sebanyak 2 kali seminggu menggunakan spray. Ciri tanaman yang lembap adalah hujungnya terasa lembik.
- Kaktus juga harus diberi baja yang boleh didapati di kedai menjual bunga. Baja tersebut harus dimasukan ke dalam tanah dan kemudian harus ditimbus kembali.
PENANAMAN
Pokok kaktus akan bertambah sihat dan segar di dalam persekitaran terbuka serta banyak cahaya, tetapi tidak dapat hidup sempurna di dalam persekitaran yang lembap, basah dan bernaung. Campuran tanah yang hendak digunakan mestilah peroi dan berongga untuk membolehkan pengaliran air serta udara yang baik supaya campuran tanah dalam keadaan kering.
Campuran tanah yang sesuai perlu mengandungi satu bahagian tanah peroi atau tanah bakar, satu bahagian bahan organik tanah gambut dan satu bahagian pasir. Campuran ini perlu ditambahkan baja asas seperti baja organik NPK 8:8:8 atau NPK 10:10:10 dan kapur (GML) dengan sukatan 100 hingga 150 g, kedua-duanya bagi keperluan 20 hingga 30 pasu kecil (Kira-kira 15 cm).
PENYAKIT DAN SERANGGA
Selalu, punca pokok kaktus rosak dan musnah ialah air dan kelembapan yang tinggi serta berterusan. Keadaan ini perlu dikawal terlebih dahulu, termasuk cahaya dan naungan. Serangan penyakit dan serangga selalunya tidak begitu ketara. Bagaimana, sesekali perlulah disemburkan racun kulat atau setangga sebagai langkah pencegahan.
Serangga seperti koya, hamama dan kutu terip sering didapati menyerang pokok kaktus, selain reput batang dan akar. Untuk kawalan, dinasihatkan supaya mengguna racun seragga sesperti malathion dan diazinon serta racun kulat seperti thiram, captan atau dithane.
Sekian..moga bermanfaat .
#SisSharing
P/S: Tapi macam nak hunting kaktus lagi laaa hehehehe.
Pernah ada kaktus yang comel2 tu, tapi mati dah pokok kaktus tu. Sebab letak dalam bilik dan tak dapat cahaya matahari langsung. Huhu
ردحذفHehehehe samalah kita @Amirul, bela pokok kaktus comel-comel tu sekali tak sampais ebulan, kiokkk semua hahahaha
حذفramai kasi sy pokok kaktus at the end mati sbb sy x jg hehe
ردحذفKannn, apalah silapnya kan @Anies, memang tak pandailah nak bela kaktus huhuhu
حذفbenci aku cactus ni. lebih dari dua bulan dah mati. haih
ردحذفHahahaha sama aku, jadi serik nak bela kaktus @Tatie, tapi sejak-sejak ni geram nengok orang punnyaaa
حذفDah brp kali beli semua mati, sebab memang tak dijaga pun, dgn anggapan cactus tu mampu hidup sendiri, hahaha. Iman lagi best, dari beli, bawa balik, dibiar jer dalam bungkus sebab lupa, hahhaha. Itulah bezanya orang beli kerana minat dengan orang beli kerana cantik je
ردحذفSamalah kita Kak @Seri, dulu lagi banyak beli dan bela kaktus ni, sekali tak sampai sebulan mati semua..
حذفAgaknya tangan tak serasi nak bela kaktus.
Kes Iman tu dah macam tahap membunuh kaktus hahahhaa
dulu2 rajin jugak bela kaktus ni..siap berbunga2 lagi...tapi bila terlalai sikit jaga dia, terus kiokkkk...hahahha! malas lah nak bela lagi!
ردحذفHahahahaa sama je le ek @Sunah dengan semua orang yang di atas hahahahahaa
حذفJommm tanam cactus 🌵
ردحذفHahahaa nanti ko semaikan, aku bawa balik ke @matgebu hahahaha
حذفNi kalau pergi Cameron Highland, nak borong banyak banyak sebab kat sana murahhh
ردحذفSis ko dulu gitulah, borong kemain banyak, sekali balik Johor, tak sampai sebulan mampos semua @Uyul ..
حذفSalam sis nak tanya,saya baru beli mini cactus ni and saya curious kita kena tukar ke pasu cactus ni ?
ردحذفWaalaikumusaalam, kalau mini cactus tu, biasa pasu akan di tukar selepas beberapa bulan dulu. Tunggu cactus tu subur dan membesar sikit dulu yaa..
حذفBagaimana nak hilangkan kutu putih yang banyak di kaktus saya😢
ردحذفJirus atau sembur dengan air beras atau ada jual di kedai ubat racunnya..
حذفMini cactus tu boleh membesar x eh...Ke saiz dia sama ja..?? Btw thanks sebab kongsikan tips✨
ردحذفDia membesar juga dari saiz sebenar... tapi tak tau lee akan membesar sebesar mana..setakat ni yang Sis punya, besar sedikit aje hehehe
حذفSalam sis, kalau cactus tu jadi lembik kenapa ya? Bila tekan dia lembik2 gitu.
ردحذفRasa kalau jadi lembik sebab terlebih air.. jangan siram direct terus ke kaktus, guna spray aje dah memadai..
حذفassalammualaikum sis... nak tanya baru2 ni ader beli kaktus comel tpi kenapa die jadi hitam mati sbb sembur air tkder la terlalu kerap..
ردحذفWaalaikumusaalam.. Rasanya akar dia tu dah rosak atau mati.. better keluarkan, try buang tanah lama lama pada akarnya then gantikan dengan tanah baru dan letak baja penyubur atau pengalak akar..
حذفterima kasih dengan pembelajaran kaktus ni...sangat bermanfaat bagi saya yg baru terjerumus.
ردحذفAlhamdulilah, sama-sama..
حذفAssalam sis...nak tanya saya baru beli kaktus mini ni. Saya nak letak dalam bilik sebagai hiasan. Bilik tak dapat sunlight dan setiap malam akan pasang aircond. Kalau setiap pagi saya keluarkan so that kaktus dapat sunlight, sudah memadai ke?
ردحذفWaalaikumusalam.. Rasanya okay, janji ada dapat sinaran matahari pagi sekejap.. nak siram pun, guna spray pun dah okay, sebab aircond tu dah melembabkan dia..
حذفKalau letak dalam bilik kan,lepastu pasang lampu terang untuk cactus tu boleh ke sis? hidup ke tak cactus tu sis? saja tanya sebab kiter baru beli cactus kecik kecik comel comel haha
ردحذفBoleh D, memang hidup, janji jangan lupa spray-spray kan pokok tu, jangan di biar kering..
ردحذف