RESEPI AGAR-AGAR TEMBIKAI YANG SEDAP | Kelmarin lepas facebook tiba-tiba kuarkan memories gambar puding tembikai yang Sis buat bertahun sudah di wall facebook. Sis belek dan belek, oo Sis rupanya share dia facebook aje masa tu, sebab masa tu Sis tak aktif menulis blog dah hehehe.
Makanya tergerak nak copykan balik resepi agar-agar puding tembikai ni dan kongsikan di blog Sis. Korang ingat Sis ko ni tak pandai nak bikin dessert ke? Hahaha. Kalau masih ada yang ingat, selepas aje buat agar-agar ni, punyalah konpius berpanjangan dan jadi satu masaalah bila Sis kongsikan di facebook bertanya macam mana nak potong agar-agar ni menjadi bentuk tembikai hahahaha.
Bermacam komen beserta gambo imaginasi yang mereka keluarkan, memang lawak! Hahahaha. Sebab masa tu memang tengah viral agar-agar tembikai ni. Cuma Sis pun tak taulah samaada sama atau tidak agar-agar dengan puding tembikai? Nengok rupa macam sama, tekstur pulak nampak beza.
Agar-agar nampak licin, puding plak Sis nengok agak kasar sikit. Tapi ehhh entahlah..janji rupa tembikai sudah!. Resepi Sis ni Sis dah tak ingat amik mana, Sis copy balik je dari facebook gambar puding tembikai Sis ni. Mohon halal aje la tuan punya resepi ya. Tapi resepinya memang sedap!
Korang cubalah.
Resepi Agar-Agar Tembikai Yang Sedap
Bahan-Bahan:
1 paket agar-agar serbuk (10 gram)
3 keping roti gardenia
4 cawan air
3/4 cawan gula
1/2 cawan susu pekat manis
1 biji telur
1 cawan susu cair
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
Cincau di potong kecil
Sedikit pewarna hijau/merah
*Kalau takde cincau guna habatussauda macam Sis guna tu.
Cara-Cara:
- Masak agar-agar bersama gula dan air hingga agar-agar dan gula hancur.
- Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.
- Masukkan susu cair, roti dan susu pekat manis dan telur. Blend halus
- Setelah agar-agar dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.
- Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.
- Tutup api. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai).
- Biar keras sedikit. Pastu sedikit lagi warna asal (satu lapisan nipis aje), curahkan di atas lapisan hijau tadi.
- Biarkan dahulu, tunggu keras sedikit.
- Adunan selebihnya di warnakan merah (yang dicampur dengan cincau/habussauda) curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi.
- Biar sejuk. Simpan ke dalam esbok.
Selamat mencuba! Sis pun nak buatlah..
P/S: Tiba teringat magkuk tupperware sebelah kiri tu, sampai sekarang kawan tu tak pulangkannya huhuhu.
mengancam merahnya tu
ReplyDeleteHehehehe iyerrr sedap pun sedap @Sheila..cubalah..
Deletemana yang da dipotong bentuk tembikaiiiii
ReplyDeleteEntah cari balik gambonya tak jumpa plak @Sunah hahahahaa
DeleteHebatnya dah nampak mcm tembikai jugak nih,sedap makan sejuk-sejuk.
ReplyDeleteIyerr @Haulia, nanti cubalah, dan ada juga blogger lain pulak lagi cantikk bentuk tembikainyaa
DeleteFuh.sedapnya..kegemaran PC ni Sis..
ReplyDeleteIyerr sama Sis , cuma lama tak buat dessert ni @PC ..
DeleteBuat lah siss....nak rasaaaaaaaaaaa...
ReplyDeleteOk, sy egt cite tupperware tuu..dari raya dua tahun lepas kan..sis cerita..hahaha
Nanti Sis buat ek @Nona, siap aje ko tak datang makan siap ko! Hahahaha
Delete