ROAD TO 4 MILLION PAGEVIEWS

Sis Lin
18
ROAD TO 4 MILLION PAGEVIEWS | Alhamdulilah sikit lagi masa, angka pageview blog Sis akan menjadi 4 juta pageview! Orang lain dah berbelas-belas juta, berpuluh-puluh juta, tapi blog Sis baru nak masuk 4 juta hehehe. Tapi tidak mengapa, masing-masing ada keistimewaan blog masing-masing. Jangan terlalu merendah diri kepada blog sendiri, sebolehnya berbangga sedikit, sebab.. apa yang kita usahakan apa yang kita tulis, sekurangnya ada orang nak bukak baca.

Banyak atau sikit pageviewnya, sekurangnya masih ada orang nak view baca, dan masih ada juga masuk dalam carian google atau di mana aje, dan orang jumpa blog kita. Itu yang harus dibanggakan. kalau takde siapa yang nak baca, maka pageview korang takde le menaik angkanya, sikit ke banyak, cepat atau lambat, tapi tetap naik kan? So berbanggalah!

Sis pun dulu segan dan malu nak letak perkembangan blog sendiri, sebab rasa apalah sangat pada blog Sis ni, walaupun dah menulis masuk tahun ke 11, dari zero, now alhamdulilah dah semakin boleh dibanggakan buat diri sendiri. Dari blogspot dah ada domain sendiri, dari sehari hanya pageview 1k, now melepasi 10k pageview sehari, sangat teruja dengan pencapaian blog sendiri.

Dari 2008 join MsjBox, dan pernah stop menulis hampir 2 tahun (2015 - 2017), bukannya apa, gara-gara pindah rumah dan takde wi-fi, so memang Sis takde update blog. Sis pulak jenis tak reti nak update guna handphone. So akhir tahun 2017 baru aktif balik menulis dan terus masuk JDT blogger dan sekarang bersama JOCOM, hinggalah now terus aktif menulis.

Walaupun blog Sis ni merapu merepek meraban aje, tapi tak sangka juga ramai datang membaca dan ada certain post entri masuk dalam no-1 page carian google. Memang mengujakan!

Siapa nak puji dan bangga dengan blog sendiri kalau bukan empunya blog. Kalau sampai tahap ko menyampah dengan blog sendiri, seeeloknya ko delete aje blog ko. Tu bukan ko menulis sebab minat, tapi ko kejar pageview, mengharap orang nak baca blog ko, dah kenapa???

Sis menulis kerana minat, ke mana Sis pergi, apa Sis buat, apa Sis makan, dan apa saja aktiviti Sis, Sis suka kongsikan di sini tapi ada batasnya, tak semua benda kita boleh cerita. Orang nak baca atau tidak terpulang. Kita kongsi tu sebab kita anggap blog kita ni sebagai diari kita, esok-esok dah tua dah tak boleh menulis, semua kenangan kita masa muda bersama kawan, family semua ada di sini.

Anak-anak, cucu-cucu, siapa saja boleh membaca. Bukan kita nak expose diri kita ke media, tapi niat kita untuk berkongsi, tak kisahlah cerita apa pun, kita kongsi dan kalau mereka di luar sana suka dan mencari infonya, sudah tentu blog kita akan jadi rujukannya. Tak ke rasa berguna penulisan kita?

Orang kata 'manusia mati meninggalkan nama', maka begitulah esok-esok kalau kita dah takde, orang akan ingat siapa 'Sis Lin', dan mereka boleh baca di sini.

Tapi kalau korang menulis nak mengejar rating, nak berlawan pageview, nak kejar followers, Sis no komen laa..setakat ni Sis buat, Sis tulis apa yang Sis suka, lain-lain tu, Sis amik kira no dua je laa. Kalau ramai datang membaca, itu satu advance buat blog Sis.

Bab income pun sama, jangan terlalu mengharap, awalnya dulu pun Sis menulis, takde fikir benda ni semua. Sekarang aje baru ada 'blog menjana pendapatan', zaman awal Sis blog, takde semua ni, menulis suka-suka aje, so kira advance juga laaa buat blog sendiri kalau ada yang nak berkolaborasi dengan blog kita. Kalau takde jangan sedih..mungkin bukan rezeki kita.

So berbanggalah korang dengan blog sendiri, jangan terlalu merendah diri kalau blog tak banyak pageview. Mungkin ada ciri keistimewaan yang lain blog korang.

Tapi ingat, tak semua orang membaca apa yang kita kongsikan, dan suka atau gembira melihat kebahagiaan kita, so hati-hati dengan apa yang kita kongsi.



Sebelum nak tidur semalam, jam 10pm sempat skrin shoot stats di blog sendiri. Moga ianya akan terus naik naik naik dan terus naik..Itu satu pencapaian yang sangat dibanggakan buat Sis sebagai empunya blog. 

Jadi korang berbanggalah kepada blog sendir, dan enjoy menulis, maka kemudiannya akan menyusul dengan yang tidak disangka-sangkakan.. Jangan memaksa diri dan jangan menjadikan ianya beban kepada diri korang, tapi jadikan ianya satu minat dan kepuasan pada diri sendiri..!

Yang penting, banyakkan membaca info dan tips dari sifu-sifu blogger untuk menaik tarafkan blog korang. 

Happy blogging korang!


P/S: Terima kasih buat smeua pembaca @akusislin serata dunia!! ..

إرسال تعليق

18تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. eeee bestnyaaaaa...pv lebih 10k sehari!!!

    moga satu hari nanti tercapai juga macam ni...ameen!

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah @Sunah...moga nanti blog Sunah pun mencecah ribu-ribu juga pageviewsnya, janji rajinlah update blog yaa heheheh

      حذف
  2. Tahniah
    Blog hebat
    Blogger dah jutawan

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah @Wak..belum cukup hebat lagi Wak, masih banyak lagi nak kena perbetulkan dan belajar ...

      حذف
  3. الردود
    1. Hahahaha selebriti laaa sangat ek @Tatie hahahaha

      حذف
  4. Wow hebatnya pageview Lin.. tahniah ya. Kak Sue memang dan pernah rasa rendah diri sebab pv rendah tapi bila pikir balik apa niat memula buat blog Kak Sue redha kan ja lah.. Yang penting kita happy dengan apa yang kita buat.. tulis dan kongsi benda yang baik sebab semuanya bakal di tanya nanti kat sana nanti..

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah Kak @Sue, usaha sebaik mungkin untuk diri sendiri, bila nampak hasilnya, alhamdulilah sangat membanggakan kann...
      Kita menulis macam diari Kak, kalau buat macamtu mesti seronok..dan jangan terlalu memaksa...

      حذف
  5. الردود
    1. Sangattt setuju...aku menulis bukan kerna namaa..gitu Kak @Seri...

      حذف
  6. Tahniah sis Lin. Kite tertinggal sikit belakang sis. Hehe. Good luck!

    ردحذف
    الردود
    1. Go @Bella..blog Bella pun power..hebat! Teruskan menulis dan brkongsi resepi heheheh

      حذف
  7. Tahniahhhhh....
    Sy belom rajinnn spenuhnyaaa....sobbs...one day dah rajin...sy nak tukar ke domain gak la..hoho.....

    ردحذف
    الردود
    1. Kipidab @Nona, masa membuatkan ko kurang rajin, nanti ada masa update, jangan di biarkan blog tu ...

      حذف
  8. tahniah sis, semoga terus maju jaya dalam berblog:)

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!