SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1440H/2019 | Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua rakyat Malaysia dan khususnya pembaca blog @akusislin. Kepada yang lain-lain Sis ucapkan selamat bercuti.
Dan Sis juga mengucapkan Selamat Menunaikan ibadah haji dan ibadah qurban. Semoga ibadah yang dikerjakan diterima Allah s.w.t.
“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.
Semoga kisah pengorbanan Nabi Ibrahim masih segar dalam ingatan.
Apa sahaja yang kita korbankan keranaNya, semoga diterima dan mendapat ganjaran daripadaNya, inshaaAllah.
Korang raya di mana tu?
Sis pagi nanti macam biasa, ke rumah Emak, Suami semua solat hari raya mesjid depan rumah Emak aja, then petang nak ke rumah adik menjamu masakan daging kurbannya. Katanya nak masak sup tulang power! Perghh sedapnya..
Sis masak tak? Of course le masak, rendang daging, ayam masak merah semua dah siap dah masak tu. Cuma Subuh nanti nak masak sayur lodeh. Tahun ni Suami kata tak payahlah masak kambing, nanti dapat daging kurban, banyak sangat makan daging katanya.
Betul juga kann, so masak apa seadanya ajelah kali ni.
Dan terima kasih buat Suami, tak sangka raya haji pun dapat hadiah ek hehehe ..
So, korang...enjoy the hari raya ya!
Makan daging tu beringat-ingat tau!..
P/S: Selamat Hari Raya Aidiladha! Semoga takbir yang bergema membawa seribu keberkatan bersama-sama erti pegorbanan sebenar.
Salam Aidiladha Sis sekeluarga. Betul.. Daging fresh ni lain macam sedapnya tapi kena berpada maknanya.
ReplyDeleteSalam Hari Raya Haji buat @PC juga...
DeleteKann PC, dapat terus masak sup, sedapnyaaa
Salam Aidiladha 1440H
ReplyDeleteMaaf zahir dan batin
Selamat Hari Raya Haji juga buat @Wak..
DeleteMaaf salah silap ya Wak ..
Salam Aidil Adha sis..weii dapat hadiah apa haaaa
ReplyDeleteSelamat hari raya @Sunah ...
DeleteDapat hadiah jam tangan lor hahahaha
Selamat Hari Raya Sisssss.
ReplyDeleteSelamat hari raya haji juga buat @Uyul ..
DeleteSelamat hari raya Aidiladha Sis...
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Haji @Suria ..
Delete