SELAMAT PAGI - KELEBIHAN HARI ISNIN

Sis Lin
12
SELAMAT PAGI - KELEBIHAN HARI ISNIN | Morning korang! Selamat pagi Isnin 19/8/2019. Macam mana hujung minggu korang? Bercuti kemana? Ada yang ke Awana Kijal ke? Atau ke Mesra Mall ke? Kakakakah 😆.

Bagi yang baru balik bercuti tu, haaa harini Isnin, jangan nak Monday Blues plak ye. Mana le tau, kang pergi ofis, tersengguk-sengguk mengantukkan, tu biasa tu simptom hari Isnin hehehe. Yang dah mulakan kerja, selamat bekerja, semangat! semangat! Teruskan bersemangat mencari rezeki. Mudah-mudahan bertambah rezekinya nanti hari ini.

Bagi surirumah macam Sis ni, dah tak kisah dah, hari Isnin ke hari Ahad atau hari apa sekalipun, sama aje, cuti selalu hehehe. Cuma pepandailah nak isi masa lapang tu supaya lebih bermanfaat. Kalau tak nanti pandai plak mulut cakap 'Eh cepatnya dah hari isnin' hahahaha. Selalu macam tu kann...

Jadi tak kisahlah hari apa pun, setiap hari itu ada kelebihan tersendiri, termasuk hari Isnin ni. Tau apa kelebihan hari Isnin? Jom kita baca sesama ya.

Selamat bekerja korang! .


Peristiwa Hari Isnin ~ Hari Isnin adalah hari Pelayaran & Perniagaan. Kerana telah dijelaskan bahawa pada hari Isnin terdapat 7 kelebihan iaitu:

1. Nabi Idris, A.S. telah naik ke langit pada hari Isnin,
2. Nabi Musa, as. Telah pergi ke bukit Thursina pada hari Isnin untuk menerima wahyu,
3. Turunnya Dalil tentang ke-Esa-an Allah,
4. Lahirnya Rasulullah Muhammad saw,
5. Malaikat Jibril, as. turun untuk pertama kalinya bertemu Rasulullah,
6. Semua amal perbuatan Umat diperlihatkan kepada Rasaulullah saw pada hari Isnin,
7. Wafatnya baginda Rasulullah Muhammad S.A.W.

Oleh kerana itu, barang siapa yang berlayar atau ingin mengadakan perjalanan maka seeloknya lakukanlah pada hari Isnin. Selain itu, Ummat Islam juga digalakkan untuk melakukan puasa sunat pada hari Isnin.

Hadis Rasulullah tentang Kelebihan hari Isnin dalam Islam:

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda; "Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa" (Riwayat Imam Tirmizi).

Abi Qatadah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda menjawab; "Itulah hari aku dilahirkan dan hari aku diutuskan (menjadi Nabi) atau hari diturunkan wahyu kepadaku" (Hadis riwayat Imam Muslim).

Zikir Hari Isnin

Ù„َاحَÙˆْÙ„َ ÙˆَÙ„َا Ù‚ُÙˆَّØ©َ Ø¥ِÙ„َّا بِاللهِ الْعَÙ„ِÙŠِّ الْعَظِÙ…ِ
"La Haula Wala Quwwata Illa Billah", maksudnya tiada daya dan kekuatan (untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan suatu yang manfaat) selain Allah SWT.

Fadhilat Zikir ini Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan". (Hadis Riwayat Tabrani)

So , sesiapa yang ada Monday Blues... mari kite amalkan ni bersama-sama..



P/S: Jom ke kedai nak siang ikan! ..
Tags

Post a Comment

12Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Banyak peristiwa berlaku pada hari Isnin. Terima kasih Sis kongsi info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr @PC, kita aje yang tak tau dan suka monday blues kan hehehe

      Delete
  2. So far tak pernah lagi suffer monday blues. I love mondays but this are a good info. Takde monday blues pun tak salah nak amalkan. Thanks for the info :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa @Tqa ..moga bermanfaat buat kita semua...

      Delete
  3. tq utk share kak... walaupun dana takde lah cuti lama tp agak blues jgk la... tp kene semangat, hari isnin kerja selalunya agak banyak menanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semangat! Jangan monday blues sangat @Norhidana..lagi blues lagi tak jadi kerja hehehe

      Delete
  4. Seronok baca kebaikan hari Isnin, julia pun lahir hari Isnin kak alhamdulilah...setiap hari ada kelebihan tersendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr @Julia, sama Sis, Sis pun lahir hari Isnin ..mungkin sebab tu juga suka hari Isnin hehehehe

      Delete
  5. Banyak kelebihan hari isnin ni.
    Yang penting sebab ia datang lebih awal daripada Selasa dll.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa @Wak..awal permulaan untuk semua hari...

      Delete
  6. saya la tu monday blues tadi..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu jangannn, tak elok untuk kesihatan @Sunah hehehe hei sokmo yaaa

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!