SENAMAN UNTUK KURUS

Sis Lin
16
SENAMAN UNTUK KURUS | Haaa baca tajuk je semua buat muka eh. Nape? Terasa ke hahaha. Yo laa, dah beraya, makan daging banyak sangat, kembung sana sini otot badan, tak reti-reti nak buat senaman ke haaa.

Pandai cakap je Sis ni kan, sendiri tak buat pun senaman. Siapa cakap tak buat? Ada bukti ka? Ehhh Sis ko senam sit up hari-hari, main skipping lagi, naik turun tangga lagi, mop lantai, sapu lantai ke depan ke belakang, tu bukan senaman ke haaa? Walaupun hanya dalam rumah, at least ada juga keluar peluhnya. Dari terus tak buat, kan?

Kau ingat senang nak kurus? Harini senam esok kurus ke? hahaha. Kalau Sis ko ada magic, Sis ko kuruskan badan sendiri, dan bagi korang yang dah puas kurus tu gemok plak 😆 .

So harini Sis nak kongsi sedikit artikel dari womenonline magazine ni yang menulis pasal senaman untuk kurus. Yang sedang usaha nak kurus tu, bolehlah baca ya, yang rasa dah kurus tu, nak baca pun boleh. Ilmu percuma je kan..

Pelbagai cara diet yang boleh buat korang kurus cepat tetapi senaman untuk kurus ini sebaiknya korang berikan perhatian.

Melakukan senaman untuk kurus  adalah cara terbaik untuk memiliki  bentuk tubuh yang ideal. Lagipun, korang perlu tahu, lemak yang menimbun di perut sebenarnya lebih berbahaya daripada lemak yang ada di bahagian tubuh yang lain.

Jika berat badan korang sudah melebihi daripada had yang sepatutnya, korang perlu mengawal pengambilan makanan serta kena rajin melakukan senaman untuk kurus. Korang yang memiliki berat badan yang berlebihan sebaiknya bersenam sekitar 45 minit sehari, minimum empat hari dalam seminggu. Selain itu, jenis senaman juga menentukan keberhasilan korang untuk menurunkan berat badan.

Berlari merupakan pilihan yang kurang tepat buat korang yang terlebih gemuk!
Ini adalah kerana otot orang gemuk akan menahan berat badan. Jika dipaksa untuk berlari, maka sendi-sendi dan otot akan menahan banyak beban. Ia mungkin akan mengakibatkan kecederaan.

Senaman aerobik, senaman low-impact atau berjalan cepat boleh juga menjadi senaman alternatif.
Menurunkan berat badan seharusnya bertahap, bukan terlalu drastik. Semakin banyak berat badan yang cuba korang turunkan dalam waktu singkat, maka semakin banyak juga berat badan korang akan bertambah.


Info Ekstra!
Berikut beberapa senaman untuk kurus yang boleh korang sesuaikan dengan bentuk tubuh korang bagi mendapatkan hasil yang baik.

1. Tubuh Kurus

Jika korang memiliki tubuh kurus,tentunya korang sukar untuk mendapat massa otot. Korang disarankan untuk memilih senaman yang dapat menguatkan otot-otot atau ‘core muscles' dengan senaman beban selama 45 minit setiap senaman.

Selain itu, korang boleh juga melakukan senaman lenturan tubuh seperti pilates, tai chi dan yoga.

2. Tubuh Ramping

Korang beruntung jika memiliki bentuk tubuh jenis ramping. Ini adalah kerana ia lebih mudah membentuknya dengan senaman. Senaman yang tepat adalah ‘circuit training'. Senaman ini mampu meningkatkan denyutan jantung dan meningkatkan metabolisme serta pembakaran lemak ketika sedang beristirahat.

3. Jenis Gempal

Jika korang tersenarai dalam kategori tubuh jenis gempal atau gemuk, korang cenderung mudah kembali gemuk. Ini adalah kerana massa otot anda tidak dapat bertahan lama dan sukar dibentuk. Pilihan senaman bagi korang tentunya senaman untuk kurus yang dapat membakar lemak dan mampu membentuk otak.

Korang diserankan melakukan senaman kardiovaskular seperti berenang dan berbasikal.

Follow : @WOMDOTMY on Instagram | womenonlinemagz on Facebook



P/S: Sis ko masih lagi diet 'cut sugar' dalam minuman, alhamdulilah bertahan sebulan dah!
Tags

إرسال تعليق

16تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Good sharing Lin.. betui la tu kat rumah turun naik tanggah empat lima kali sehari kira senaman lah jugak kan.. Senaman bukan untuk cantik dan kurus aja, tapi untuk badan lebih sihat kan Lin..

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn Kak @Sue, peluh mencurah-curah juga ke depan ke belakang buat kerja, kurus aje yang tak hahahaha janji sihat..

      حذف
  2. Betul tu sis...slowly start senaman...mana yang mampu buat...weekend pi jogging...cuma kena jaga pemakanan je la..SA kan dalam pantang 3 bulan ni...no daging, no seafood...jenuh sis....kadang curi2 gak la..

    ردحذف
    الردود
    1. Dah usia banyak ni, tak boleh push senam sangat @Suria, buat ikut kemampuan, stamina orang lain berbeza semua kan...janji ada senam sikit jadi laa..
      3 bulan tu lama uuu, Sis tengah pantang gula dalam minuman pun, jadi tak keruan di buatnya, now dah sebulan cut sugar..

      حذف
  3. Kalau boleh nak dapat berat ideal dan sihat. Semakin berusia ni banyak perkara perlu difikirkan.

    ردحذف
    الردود
    1. Sangat @PC, niat nk kurus sebab senang nak beribadah kan PC ..

      حذف
  4. Senaman untuk sihat, itu yang betul

    ردحذف
    الردود
    1. Yer @Wak, sihat supaya senang kita nak beribadah ...

      حذف
  5. Last bsenam sabtu lalu, mop rmh kat kpg, bpeluh siak. Pastu rehat memanjang sebab jem tulang2 kaki 😂😂

    ردحذف
    الردود
    1. Hahaha kannn, melengas luar dalam kuar peluh kann, itu katanya tak bersenam kan @Shirven hehehehe

      حذف
  6. Baru nak minta kuasa magic sis bagi kita terus kurus haha...

    In one of the articles that I read, katanya berjalan tu better than running esp for those yang 4-5 series esp yang baru nak berjinak-jinak dgn bersenam. By the way, good sharing sis.

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha kalau ada magiclah kann, jangan kata kurus, nak kaya pun boleh hahahaha...

      حذف
  7. sekarang ni rajin aerobik dan zumba aje kat rumah...nak berlari macam tak mampu sebab berat da naik sangat...kaki cepat sakit kalo berlari...takpe, buat sikit2 sampai tubuh dah biasa, bole berlari balik

    ردحذف
    الردود
    1. Fuyooo, meh datang sini, nanti kalau ada zumba kita pergi yokkk @Sunah hehehehe

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!