Nanti Sis nak mencubanya, so Sis kongsikan di sini dulu, cuma gambar Sis taknak letak, tunggu gambar dari Sis punya aje okay, hehehe.
Akan tetapi, nasi goreng sotong di Kampung Nelayan Paka, tetap menjadi pujaan hatiku hahahaha..
Ko tunggu yaa sotong, sekejap lagi Sis ko sampai hehehe..
1. Nur Sobah Cafe KG Nyior Paka
Kata Abejaq.com, Orang Paka, Kerteh kalau tak tahu pasal kedai ini memang pendek umur, hahahaha. Terletak di Kg Nyior bertempat di bahu jalan utama Paka – Dungun, Terengganu. Tempatnya agak selesa kerana ruang parking kereta yang agak lapang dan ruang kedai yang agak besar dan bersih.
Menu sarapan adalah menu tradisi masyarakat Terengganu seperti nasi dagang, pulut kuning,nasi lemak dan nasi kerabu. Roti canai pon ada jual di sini di samping kueh mueh seperti karipap, kueh ketayap, Che Mek dan sebagainya.
*Yerr, Sis dah mencubanya juga, memang sedap.
2. Restoran Nasi Lomak NS, Taman Murni Perdana, Paka
Ini satu lagi tempat sarapan pagi di Paka yang korang tak sepatutnya tercicir daripada itinerary percutian korang, kata Abejaq.com. Sekali cuba pasti korang akan terasa nak lagi. Lokasinya di bahu jalan menghala ke kawasan perumahan Taman Murni Perdana atau lebih dikenali dengan Taman UDA.
Apa yang menariknya di sini? Menurut Abejaq.com. seperti mana nama restoran, semestinya nasi lemak la makanan istimewa di sini. Memang sedap sehingga menjilat jari katanya..Berjuadahkan aneka pilihan lauk seperti kerang, paru, sotong, ayam rendang, ayam goreng dan sebagainya semestinya akan memikat hati korang.
*Yang ini Sis pernah makan bersama Suami. Memang betul sedap sambal kerang dia.
3. Warung Haji Zaid, Kerteh
Terletak di bahu jalan besar Paka-Kerteh, warung Haji Zaid menyajikan nasi lemak yang marvellous dengan aneka pilihan lauk seperti kerang, daging, ayam goreng dan sebagainya. Abejaq.com kata, dia memang suka sangat makan nasi lemak ayam goreng + kerang di sini. Ayam goreng dia memang sedap dan rangup.
Di samping nasi lemak, ada jugak makanan tradisi lain seperti nasi dagang, pulut kuning, laksam dan sebagainya. Sememangnya tempat yang wajib singgah..
*Okay nanti Sis nak cuba yang ini!
4. Café Kak Yah, Kerteh
Café Kak Yah Café yang bersih yang menghidangkan nasi lemak, roti canai, lontong dan makanan-makanan tradisi lain. korang juga boleh dapati produk-produk keluaran Muslim sebagai alternatif kepada produk yang lazimnya di jual di pasaran.
Baik apa yang istimewa di sini? Nasi lemak di sini memang istimewa kerana ianya mempunyai keunikan tersendiri.
*Tak pernah singgah sebab Sis biasa stay Paka aje, jarang ke Kerteh.
5. Hentian Mesra Corner
Lokasinya berhampiran dengan Mesra Mall. Ruang warung yang agak lapang dengan kapasiti yang boleh menerima pelanggan yang agak ramai dalam sesuatu masa. Tiada masalah parking kereta sebab ianya terletak di bahu jalan Kerteh Kemaman.
Kata Abejaq.com, hidangan yang agak berbeza di sini kerana ada pilihan nasi goreng yang mana agak jarang korang boleh jumpa di kawasan sekitar. Selalunya hidangan biasa adalah nasi lemak, nasi dagang, pulut kuning dan sebagainya. Namun, bukan...tapi nasi goreng yang special di sini.
Yang special di sini adalah nasi kerabu. Nasi kerabu di sini memang menepati piawaian nasi kerabu asli Kelantan. Perisanya cukup dengan perasa budu, sambal tumis nasi kerabu, ulam yang cukup, bawang putih jeruk, “solok lada” dan sebagainya. Dengan pilihan lauk yang memang sesuai dengan nasi kerabu seperti ikan goreng tepung, telur masin, daging goreng/bakar dan ayam goreng. Ayam gorengnya memang tak di nafikan sedap dan rangup.
*Yang ini baca je pun dah terliur, okay nanti gi Mesra Mall, boleh cuba ni!!
Kredit : www.abejaq.com
Makaseh Abejaq!
P/S: Rasanya ada lagi tempat makan menarik, nantilah Sis JJCM ye dengan Suami heheheh.
aduii..rasa nak pergi semua tempat tu...
ReplyDeleteKannn, jom lee @Rohaida hehehe...
DeleteNi kena duduk lima malam di hotel bajet, baru leh makan sepuasnya
ReplyDeleteHahahaa jom duk homestay Kak @Seri, sini banyak homestay hehehehe
Deletekita tak pernah cuba semua tu...macam mana ni???
ReplyDeleteMakanya kenalah datang Paka yer @Sunah hahahaha
DeleteBoleh try ni kalau ke Pantai Timur.
ReplyDeleteYaa silalah mencuba, hanya di Paka & Kerteh aje ada ni @Uyul hehehe
Deletekedai kak yah tu pernah try, yg lain2 tak pernah... almaklum asal balik kg mmg sarapan kt umah je... jarang2 mkn kt luar... klu mkn mlm pernahla... pasni nk tryla kalu balik kg lg
ReplyDeleteKannnn, kalau Sis sebab datang jumpa Suami, so memang pusing pagi petang malam @Norhidana cari makan heheheh
DeleteNice.. Terbaik review nya. Boleh masuk wishlist saya ni..
ReplyDeleteYaaa moga bermanfaat ya @AZ ..
Deletekalau g sana boleh singgah one of kedai suggested.
ReplyDeleteThanks sis
Singgah jangan tak singgah tau @Farah hehehe
Deleteterengganu syurga makanan..lagi2 yang celop tepong..sedakkk :-)
ReplyDeleteKannn, segalanya kalau boleh nak di celupkan tepung kan @Hayati..hehehehe
Delete