Tak kiralah siapa pun mereka, datang dari mana, tua ataupun muda, tapi nilai pertemuan dan menjadi kawan itu, sangat bernilai buat Sis. Mula-mula memang agak kekok, janggal, ada yang macam 'bisu' juga pun ada, tapi lama-lama bila 'enjin' sudah panas, jangan kata bisu, terus seisi 'membawang' pun ada kakakakah!
Nak masuk dalam kelompok baru ni, diri kita ni kena keluar dari kepompong, jangan takut jangan sombong dan jangan malu nak bertanya, kadang kita fikir dia sombong, tapi bila kita mulakan dulu, oo ternyata, sama naik juga kepohnya dengan kita hahaha. Sapo le tu 😅 .
Dan alhamdulilah, sepanjang 5 hari 4 malam Sis bersama lebih dari 20 orang blogger, influencer, media, dan juga mereka yang dari Tourism Malaysa dan Sabah, kami semua bekerjasama dan mereka semua sangat sporting! Tak tau Sis nak cakap macam mana, tapi mereka memang semuanya happening! Sebab itu sampai ke harini Sis ko tak boleh move on, masih terdengar-dengar gelak tawa suara mereka bersama.
Meh layan beberapa memori gambar bersama mereka yang akan menjadi kenang-kenangan buat Sis di Sabah.
Aku Rindu Sabah Bah!!
Di Sepilok Sunbear bersama Geng gila-gila |
Di atas rooftop hotel berselahan dengan San Da Gen Kopitiam. |
Mereka yang sangat sporting! |
Di Pasar Tamu Sandakan. |
Suka nengok gambar ni, cuma Sis takde sebab Sis yang amik gambarnya hahahaha. |
Kami di Sandakan Food Festival. Memasing gile cendol Durian hahaha |
River Cruise..kami mencari buaya hahahaha |
Terima kasih buat semuanya. |
Sis cuba update yang semampunya dan kongsikan info dan apa sahaja yang boleh buat rujukan korang. Dan satu aje Sis ko nak cakap 'Sabah SELAMAT'....Yerr selamat, janganlah korang kalau kata ada yang nak ke Sabah, atau sebut aje Lahad Datu ke, Tawau ke, atau apa je, korang kata 'Selamat ke?', alhamdulilah, kami semuanya selamat, semuanya dipermudahkan, malah masih banyak lagi tempat menarik yang nak kena pergi ni.
Percayalah, Sabah Selamat.
5 hari 4 malam tu bagi Sis, memang tak cukup nak jelajah Sabah..insyaAllah ada rezeki Sis datang lagi. Datang nak makan seafood! Yaa makanan sana memang sedap oii!!..Patut kata kalau ke negara Borneo ni puasa makan, rupanya memang benar.
Okaylah, cukup dulu Sis update ni, nanti Sis sambung lagi, masih nak mebelek gambar dan menulis semua details untuk korang semua. Tunggu ya..
P/S: Sunah!! Jom masak asam pedas ayam...
sy belum pernah jejak kaki ke Sabah lagi...kene kumpul duit lebih sikit
ReplyDeleteInsyaAllah ada rezeki mai Sabah @Sheila, sana banyak tempat boleh jalan dan makan yang sedap-sedap...
Deletetengok gambar pun dah tau best..sambung story cepat sis
ReplyDeleteIyerrr, semua tempat makan sedap, semua tempat yang di lawati pun best @Juju, nanti Sis kongsikan..
Deletebestnyaaa. tak rindu saya ka. hahahahah
ReplyDeleteHehehehe rindu kamu selalu @Farah..
DeleteRindu sis Lin juga hahahaha
ReplyDeleteKekekeke mai datang Johor yaa @Mercikkk ..
Deletebestnya kak, jalan2 makan2... dana tak pernah sampai lagi sabah, sarawak pernah la sampai sekali
ReplyDeleteSama laaa Sis @Norhidana, pesrime sampai Sabah ni, sana memang sangat best!!
Deleteda kenyang makan asam pedas ayam ni..hahhahah
ReplyDeleteHahahaha sila makan habiskan yaaa @Sunah ..
DeleteMacam menarik jer sis explore kali ni...cepat update nak tau apa yang best lagi..
ReplyDeleteYaa kali ni sangat adventure @Suria, masuk dan keluar hutan, juga redah Sungai lagi..perghhhh memang sangat mengujakan..
Deleteseronoknya..mesti banyak lagi tempat menarik kat sana..hah..cepat cerita
ReplyDeleteSeronok..walaupun padat jadual tapi njoy sangat @Rohaida..nanti Sis kongsi ya...
DeleteBestnya menyabah.
ReplyDeleteMenyerawaklah sekali.
Hahahaha menyerawak insyaAllah tahun depan @Wak hahaha
DeleteDaku pun rindu sabah bahhhhh. Tak leh move on lagi niii =)
ReplyDeleteKannnn rindu kengkawan semua @Illa ...
Delete