JOM BERMALAM DI MYNE RESORT SAFARI KOTA KINABATANGAN (BILIT)

Sis Lin
12
JOM BERMALAM DI MYNE RESORT SAFARI KOTA KINABATANGAN (BILIT) | Sebagaimana yang korang baca post entri Sis mengenai pengalaman Sis bermalam di dalam hutan di Tabin Wildlife Resort tu, dan untuk post kedua Sis ini, seakan sama juga tapi berlainan tempat, suasana dan aktivitinya. Bagi Sis, ini lagi mencabar 'keimanan dan kekuatan' seorang Sis Lin hahahaha.

Nak tau kenapa, nanti jap, baru nak menaip ni ha, jenuh oii cari idea nak share gan korang ni, sila baca sampai habis nanti ya.

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/09/menginap-di-dalam-hutan-tabin-wildlife.html

Serba ringkas mengenai Myne Resort Kota Kinabatangan (Bilit) : 

Terletak di tepi kolam Kampung Bilit, Sungai Kinabatangan Safari, ianya menawarkan bilik-bilik yang luas dan selesa dengan harga yang berpatutan. Chalet dibina ke lereng bukit dan menghadap ke Sungai Kinabatangan, memberikan suasana dan pandangan yang luar biasa.

Terdapat 12 chalet berkembar dan 2 chalet berkembar separuh, semuanya kayu. Bilik-bilik dihiasi dengan kayu, mempunyai katil yang selesa dan linen yang berkualiti tinggi. Semua bilik berhawa dingin dengan kipas siling, bilik mandi en-suite dengan pancuran mandian panas, T.V dan balkoni yang menghadap ke sungai. Terdapat juga bar lounge dan ruang makan dengan dek luas di mana korang boleh menikmati pemandangan Sungai Kinabatangan.




Dari Tabin Wildlife Resort, kami terus ke airport Lahad Datu untuk ke Sandakan menaiki penerbangan MASwings. Kalau dari Lahad Datu airport mengambil masa hampir 35 minit aje untuk sampai ke Sandakan, dekat aje. Tapi dari airport nak ke Bilit Kinabatangan ni haaa yang Jenuh oii dari dalam kapal terbang, sambung pulak duduk dalam bas 2 jam lagi, naik kematu punggung. Tapi ada aku kesah! Sis ko bantai membuta aje sepanjang perjalanan hahahaha.

Sesampai aje di Myne Resort, kami terus check in, dan kali ini yang bestnya, kami di tempatkan dalam satu bilik seramai 4 orang, Sis, Kak Seri, Sunah dan juga Rosilah. Best woo reramai satu bilik, riuh bab borak, dan 'bising' bab tidur kakakakah! Hanya yang faham aje yang memahami, Terima kasih awak dan awak..



Settle bab check in, pihak Myne Resort suruh kami semua siap sedia untuk Evening River Cruise menyelusuri Sungai Kinabatangan. Excited gile Sis ko bila kata nak naik cruise. Sampai amik video dan gambar hantar kat Suami hehehe. Tapi apa yang Suami jawab 'Baik-baik ada buaya', terus Sis ko erkkkkk..ada buaya ka???? ..terus hilang mood nak bergambar huhuhu..

Ternyata betul oii, sungai Kinabatangan ni ada buaya, hahahaha. Tapi kami ni dah macam geng buaya pulak, buaya pun tak hingin layan kami hahahahaha. Haa lagi satu lupa nak bagitau, kalau dah di Myne Resort ni, maaf laaa, line telefon memang tahap 'sendu', Sis pakai DiGi pun tak dapat nak buat apa dah, so memang layan aje la kehijauan keliling resort sambil ko amiklah gambar dan video bebanyak. Nanti dah ada line, ko uploadlah sampai lebam! Ada masa je kat atas bot, tibaa ada line hahahaha.



River Cruise petang tu, buaya tak nampak lagi, hanya nampak spesies monyet Proboscis yang ekornya panjang dan hidungnya besar tu jee yang banyak. Maaf le guna hp iphone8+ je, tu je yang mampu Sis ko zoom kan hehehe. Korang nampakkan ekornya terjuntai tu..ye ekorr, bukan benda lain ya..teruja gak Sis ko nengok monyet tu, binatang lain takde pulak muncul, mungkin dah senja kan, maka haiwan-haiwan dah balik sarang memasing.

Kemudian kami berpusing-pusing lagi dan sehinggalah nampak matahari terbenam. Cantik sekali kalau di lihat dari depan mata, dalam gambar nampakmacam tak real, tapi nengok dengan mata sendiri, masyaAllah...cantik sangat! Setelah itu kami terus pulang dan rehat, sambil menunggu makan malam tersedia dan juga aktiviti malam. Jeng jeng jeng....katanya 'Night Walk' lagi, tapi kali ni lagi mencabar!



Siap makan makan semua, kami semua bersiap-siap berkumpul dan di berikan briefing sebelum menjalankan aktiviti masuk hutan 'Night Walk' di malam hari. Waktu tu dalam jam 8pm, tapi gelapnya macam dah jam 10pm. Terkejut juga kami semua sewaktu keluar ke kawasan depan Myne Resort, tiba-tiba di penuhi dengan 'Babi Hutan', perghh dah macam mini zoo ko dia kat situ reramai, tapi jangan risau, dia jinak dan tidak mengganggu manusia. Melainkan kalau dia rasa terancam demgan korang.

Okay dah, lupakan pasal binatang tu, moh lee kita ke hutan..phewww, mulanya kan Sis agak takut nak masuk, dalam hati berkata, kalau tau Suami ni, mau kena marah dan tidak izinkan, sebab Suami memang tau, Sis ko ni jenis yang mudah 'nampak', takut tersampuk masa tido, tapi alhamdulilah, berkat zikir dan istighfar, takde apa-apa yang berlalu. Cuma time Sis tidur, Sunah kata......



Bermulalah perjalanan kami semua menuju ke dalam hutan. Bunyi-bunyian burung, sunyi sepi hutan, yang dengar hanya nafas semput memasing dan cahaya lampu picit sahaja yang memecah kesunyian. Sis ko yang banyak molot ni pun, terus terkunci molotnya bila dah masuk hutan, duk zikir bebanyak, takut oii...tapi iman tu kuat! Nak juga harung hutan...dan sampailah kami ke sebatang pokok yang besar tinggi.

Pokok tu adalah Pokok Merbau. Adalah dipercayai pokok merbau ini telah wujud sejak Perang Dunia II dalam tahun 1940 semasa pemerintahan kerajaan Jepun.



Menurut orang-orang kampung, penduduk Kampung Bilit sangat bimbang akan keselamatan anak-anak gadis mereka. Oleh itu mereka mencari jauh ke dalam hutan tempat persembunyian yang sukar ditemui oleh askar-askar Jepun ketika itu. Dalam perjalanan tersebut mereka telah terjumpa dengan pokok merbau ini di mana ia mempunyai pintu masuk semulajadi yang boleh memuatkan seorang pada satu masa. Oleh itu pokok merbau ini merupakan tempat  persembunyian yang terbaik untuk memuatkan 10 hingga 20 orang bersama bekalan makanan pada masa itu.

Sorang demi sorang masuk, dan Sis ko pun tak lepaskan peluang, pun masuk juga. Ooo begitu kisahnya, okay..*nak cakap dan tanya banyak masa tu, tapi sebab dalam hutan, Sis kunci mulut dulu..



Hampir 1 jam lebih sudah kami di dalam hutan, kami masih lagi berjalan dan meneruskan perjalanan, sampailah OM (Pakcik Guide Tour) bawa kami ke tempat-tempat burung tidur dan kami dapat lihat secara dekat, juga yang terujanya bila nampak Hornbill (Burung Kenyalang) yang sedang tidur dalam sebatang pokok sambil paruhnya terkeluar dari batang pokok.

Kalau korang tak betul nengok atau tak tau apa benda tu, mesti korang ingat itu besi kan? Heheheh sebab ramai yang komen kat gambar dan bertanya Sis, 'Besi apa tu Sis?' hehehehe..bukan besi, tapi itulah paruhnya Hornbill. Dalam jam 9pm lebih juga kami gerak balik ke Myne Resort dan balik ke bilik memasing berehat dan mandi. Line tenet takde, makanya, mandi dan terus tido.



Esoknya bangun, selesai sarapan, ada lagi satu seisi Morning River Cruise lagi. Kali ni Sis, Sunah, Kak Seri dan juga Rosilah yang paling awal sampai ke bot hehehehe sebab kami yang paling awal turun sarapan. Dan semestinya pepagi gitu nak tengok apa? Yaaa nengok buaya ko! Ternyata memang ada buaya sungai Kinbatangan ni hohohoho..tak habis-habis Sis Lin dengan buaya ek hahahaha..

Katanya guide tour kami, pagi time burung-burung keluar mencari makan, monyet juga, dan buaya pun sama hahahaha tapi, kalau awal pagi senang nak nengok buaya, sebab pepagi buaya timbul, nanti kalau dah banyak bot lalu lalamg atas sungai, buaya akan tenggelam dan tak munculkan diri, adeii seremmm di situ bab tenggelam tu, sekali dia main cak cak kang...aje nayaa ek! ..satu pengalaman yang baru buat diri Sis okay!!



Hehehehe kami macam menonton wayang aje gamaknya kan hahahaha. Tapi korang janganlah lepas ni takut pulak, enggak ada apa-apa, memang di sini banyak buaya tapi mereka sentiasa kenyang. Tak heranlah nengok korang..errrrr entah ek...ke masa tu dia takut gan suara Sis Lin ko hahahaha.

Tapi seriuslah, memang lutut Sis mengigil oii, takut, macam-macam Sis ko fikir...nampak je senyum gelak, tapi ketar lutut oii...Sis ko suruh bot beredar tapi abang guide tours kita senyum ajee, lagi datang mendekat ada laa...adeii bikin kaget tau!!..


Habis seisi beramah mesra bersama haiwan-haiwan di pagi hari, kami naik ke darat dan bersiap pulak nak check out. Sebabnya kami akan pergi makan tengah hari yang agak jauh tempatnya, memakan masa 2 jam lamanya untuk sampai. Jadi jom kita bersiap!

So korang yang sukakan akan flora dan fauna juga suka nak explore hutan rimba dan melihat hidupan haiwan liar, maka bolehlah ke Myne Resort ya. Memang korang seakan berada di kampung. 'Back to Nature' gitu. Masa nilah korang isikan masa korang dengan hirup udara segar tanpa line internet! ..

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/09/tempat-tempat-menarik-di-sandakan-sabah.html

Myne Resort
Kampung Bilit, Kinabatangan, Sabah
Tel: +6089 278288 / 278291

Email: inquiryresort@myne.com.my, inquiry@mynetravel.com.my
Facebook: Myne Travel & Resort



Kalau korang nak lihat lebih banyak gambar dan aktiviti kami semua sepanjang pengembaraan kami di Sabah, korang bolehlah klik hashtag di IG dan FB seperti #TourismMalaysia, #MalaysiaTrulyAsia, #cuticutimalaysia, #vm2020, #CutiCutiMalaysia, #VM2020 #GoSabahExperienceMore #SabahOkBah #SyiokOSabah #MalaysianHospitality and #MasWingsMates ya.

Dan kami juga nak mengucapkan terima kasih, kerana pengembaraan media ini dianjurkan dengan kerjasama Malaysia Airlines, MASwings, Sabah Tourism Board, Sandakan Tourist Association, Myne Resort Kinabatangan dan Tabin Wildlife Resort.


P/S: Serius, sangat selesa menginap di sini..tenang damai dan aman hidup tanpa bunyi wahtsapp!!

Post a Comment

12Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Aaaa buaye tuuu kene ngapp nanti pergi dekat-dekat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaah insyaAllah buaya tu semua dah kenal kami sebagai pengunjung @AZ hehehehe

      Delete
  2. Cantiknye myne resort. . Jalan kat myne safari tu best siap ada temlat persembunyian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann kannn cantikk sangat @Marina...rasa macam nak repeat pulak lagi ..

      Delete
  3. Replies
    1. Yup, sangattt menarik, aman tenang dan damai menginap di Myne Resort ni @Hasliynda ..

      Delete
  4. semalam masa edit gambar kat pokok merbau tu tersentap sekejap...terpaksa aku crop gambar tu walau dah kasi terang guna photoshop...da la edit kul 12 malam dah..malam jumaat lak tu....hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa suruh online sampai memalam, haaa kann dah nampakk @Sunah huhuhu...oii terus meremang rasa...

      Delete
    2. saya tak ambik satu pun gambar kat pkok merbau tu. sebab rasa semacam. hahaa. sebab tu tak ada gambar. ihsan kimi je gambar dalam pokok tuu

      Delete
    3. Ko sama dengan Sis, tapi Sis amaik masa nak masuk dalam tu @Illa, agak dah okay rasa tu, baru berani masuk...

      Delete
  5. Nasib ada pokok besar tu kan..kalau tak habis anak dara jadi mangsa Jepun tu semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer betul @Suria, kalau tak, anak-anak gadis tu tak tau mereka sorok di mana...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!