CAFE-CAFE YANG MENARIK PERHATIAN 'INSTAGRAMMABLE' DI SANDAKAN

Sis Lin
6
CAFE-CAFE YANG MENARIK PERHATIAN 'INSTAGRAMMABLE' DI SANDAKAN | Kalau cakap Cafe aja, ramai yang sukakannya, lebih-lebih lagi jika tempat cafe itu menarik tempatnya, suasana, menu dan juga lokasinya. Kadang tu ramai datang ke cafe semata nak berOOTD diri sendiri sebab tempatnya cantik atau kerana menunya yang kreatif dan lain dari yang lain, betul tak?

Tak orang tak kita juga, Sis sendiri je kalau nampak cafe terbaru, menunya pun menarik perhatian, gedik-gedik nak pergi, nak amik gambo dan up di schomed, dan akhirnya, menunya terbengkalai sejuk kejung kat pinggan tak di makan hahahaha. Aishhhh biasa sangat macamtu, kena ubah sikap ni hahahaha.

Tapi itulah kelebihannya tarikan sebuah cafe. Kena kreatif dan kena selalu ada idea baru dalam persembahan menunya, mesti ramai yang datang. Dan baru-baru ini sewaktu Sis ke Sabah mengikuti MEDIA Fam Trip anjuran Tourism Malaysia, kami di bawa ke 4 buah cafe yang sangat popular bagi 'instagrammable' dan pelancung yang datang ke Sabah.

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/09/tempat-tempat-menarik-di-sandakan-sabah.html

Okay jom lihat cafe apa itu ya..




Balin Roofgarden 

Sekiranya korang tinggal di bandar Sandakan dan mencari tempat untuk bersiar-siar, Balin Roofgarden adalah tempat terbaik buat korang. Terletak di atas Nak Hotel (tingkat 9), Balin Roofgarden menawarkan pemandangan indah bandar Sandakan yang menghadap ke laut dengan suasana yang hebat dan makanan yang enak.

Masuk ke lift di Nak Hotel dan naik 2 tangga ke atas dan korang akan sampai ke taman bumbung Balin. Masa terbaik untuk datang ke sini ialah pada waktu matahari terbenam. Jangan ketinggalan jika korang mahu makan makanan barat dalam suasana yang indah dengan harga yang berpatutan.

Nak Hotel [Balin Roofgarden]
Jalan Pelabuhan Lama, Pusat Bandar Sandakan, 90000 Sandakan, Sabah

Di buka dari jam 9am sehingga jam 12am
Hubungi : 089-272 988

Website : http://www.nakhotel.com/Balin.html




San Da Gen Kopitiam 

San Da Gen Kopitiam terletak di tingkat bawah Nak Hotel dan diuruskan oleh pemilik yang sama yang menjalankan Balin Rooftop. Konsep San Da Gen Kopitiam ini kalau korang masuk kedainya seolah kembali ke zaman 60an tapi masih ada ciri-ciri dan unsur-unsur moden. San Da Gen Kopitiam menyediakan menu dan makanan ringkas yang bukan sahaja merangkumi makanan Coffeeshop Sandakan, tetapi juga menu kegemaran Malaysia tradisional. 

Salah satu menu hot seller ialah UFO Tarts yang merupakan menu yang wajib korang cuba apabila datang ke Sandakan. Cuma bagi Sis agak muak sikit kerana bau telur dia yang kuat sangat. 

San Da Gen Kopitiam
Jalan Pelabuhan Lama | Bandar Sandakan, Sandakan

Dibuka setiap hari dari jam 8am hingga 5pm
Contact: +6089238988





English Tea House & Restaurant 

Tea House & Restaurant Inggeris mengikuti gaya arsitektur khas British yang menawarkan teahouse gaya kolonial dan restoran. Selain menjadi tumpuan orang-orang Inggeris yang melawat Sabah, restoran itu juga dikunjungi oleh penduduk tempatan dan pelancong lain yang datang dari tempat-tempat yang jauh. Selain masakan tradisional Inggeris, ia juga menawarkan hidangan Asia.

Interior designnya menawarkan suasana yang hangat dan menyenangkan serta suasana yang sempurna untuk semua tetamu. Mereka juga melayani tetamu vegetarian dengan hidangan vegetarian yang asli. Dan English Tea House ni pernah di review oleh pihak TV3 dalam rancangan Jalan-jalan Cari Makan.

English Tea House & Restaurant
2002, Jalan Istana, 90000 Sandakan, Sabah

Di buka setiap hari dari jam 10am hingga 9pm
Contact : 089-222 544

Website : http://www.englishteahouse.org/




Lake Bistro and Bar Di Sepilok Bature Resort

Restoran terbuka ini adalah sebahagian besar kawasan tepi tasiknya di hiasi dengan kayu tropika yang gelap yang melengkapi seolah-olah berada di dalam taman. Masakan Pan-Asia daging lembu, ayam dan makanan laut, pasta, burger dan banyak lagi, tersedia dalam pelbagai hidangan masakan menu yang sangat sedap. Servisnya pun cukup cepat. Dengarnya kopi di sini sangat sedap, tapi Sis tak dapat mencubanya, banyak minum air kosong aje masa tu.

Ada macam-macam menu yang korang boleh cuba, untuk Sis, Sis makan kue tiaw goreng dia, sedap dan portion dia banyak gile!. Kenyang makan. Dan yang bestnya kalau korang datang makan sini, haaa korang berOOTD le sepuasnya, memang cantik pemandangan di sini. Termasuklah dalam tandas hahahaha.

The Lake Bistro and Bar - Sepilok Nature Resort
KM 22.5 (Mile 14), Jalan Sepilok,
Off Jalan Sapi Nangoh, PPM 255 Elopura, 09000 Sandakan

Facebook : https://www.facebook.com/SepilokNatureResort/

--------end

So korang yang nak ke Sandakan, bolehlah cuba ya antara 4 cafe yang menjadi tumpuan di Sandakan. Tak cuba mana nak tau kan, so silalah mencubanya...

Kalau korang nak lihat lebih banyak gambar dan aktiviti kami semua sepanjang pengembaraan kami di Sabah, korang bolehlah klik hashtag di IG dan FB seperti #TourismMalaysia, #MalaysiaTrulyAsia, #cuticutimalaysia, #vm2020, #CutiCutiMalaysia, #VM2020 #GoSabahExperienceMore #SabahOkBah #SyiokOSabah #MalaysianHospitality and #MasWingsMates ya.

Dan kami juga nak mengucapkan terima kasih, kerana pengembaraan media ini dianjurkan dengan kerjasama Malaysia Airlines, MASwings, Sabah Tourism Board, Sandakan Tourist Association, Myne Resort Kinabatangan dan Tabin Wildlife Resort.


P/S: Yang sedap di Sandakan ni, kopi dan kopiO dia, kaw gilerr!! ..

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. patut ler pengunjung ramai ek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn, memang top cafe di Sandakan ni @Rohaida...

      Delete
  2. wah... cantik cantik tempatnya sis lin... harus la nak pergi selalu, tenang je bila makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerrr tempatnya menarik dan juga menu-menunya semua sedap @Sheila ...

      Delete
  3. pergh tempat dia memng menarikbuat ootd..hahahaa..makan pun nampak sedp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa @Nadia, instagrammable gitu kannn tempatnya...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!