Ada ibubapa yang mengambil cuti daripada kerja kerana untuk memberi sokongan moral kepada anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan ini. Banyak dilihat di dalam status Facebook dan Twitter, Instagram ibubapa yang berkongsi perasaan gementar dan takut mereka. Seolah-olah ibubapa pula yang menduduki peperiksaan.
Sebenarnya selain daripada sokongan moral, sokongan dalam bentuk spiritual juga boleh membantu anak-anak kita menduduki peperiksaan dengan tenang. Kita juga insyaAllah akan terasa tenang kerana sokongan spiritual ini adalah dalam bentuk kita berusaha meminta doa daripada Allah.
Ia juga adalah bentuk tawakkal setelah usaha kita membantu anak kita belajar dan usaha anak kita belajar dengan bersungguh. Apa-apa yang berlaku sebagai natijah kita serahkan semuanya kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang maha merancang dan maha mengetahui atas segala sesuatu.
Doa Ketika Anak Menghadapi Peperiksaan :
1. Al-Fatihah 7 kali
2. Selawat 7 kali
3. Subhanallah 44 kali
4. Alhamdulillah 44 kali
5. Allahhu Akbar 44 kali
6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
7. Teruskan dengan bacaan doa berikut:
"Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim, Ya Latif, Ya Jabbar, Ya Khaliq, Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu, lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu".
Amin Ya Rabbalalamin..
Juga boleh baca doa ini setelah selesai solat hajat atau solat fardhu.
بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØْمنِ الرَّØِÙŠْÙ…
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. pada hari esok (dan berikutnya) anak-anak kami, anak-anak didik kami, anak-anak saudara kami dan anak-anak sahabat kami yang amat kami kasihi akan berjuang menghadapi peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. Oleh itu, Ya Allah Kau kurniakanlah kesihatan walafiat, ketenangan jiwa, permudahkanlah, bukakanlah seluas-luas pintu ilham kpd mereka untuk memahami soalan, dapat menjawab semua soalan peperiksaan dengan jitu, tepat, cepat dan sempurna, dilembutkan hati pemeriksa agar memberi markah paling tinggi & kasihan kepada mereka. Ya Allah Yang Maha Esa..Kau lapangkanlah dada mereka untuk menggunakan segala ilmu yg telah diajar oleh guru-guru kepada mereka. Kau kurniakanlah kepada mereka keputusan yg cemerlang untuk bekalan dunia & akhirat.
Moga amalan oleh ibubapa semasa anak di dalam dewan peperiksaan ini akan memberi kejayaan yang didambakan. Ia juga akan dapat memberi ketenangan kepada anak yang sedang berjuang di dalam dewan peperiksaan dan juga kepada ibubapa yang menunggu di luar.
Segala hasilnya nanti kita serahkan kepada Allah jua. Moga Allah jayakan semua anak-anak yang sedang meduduki peperiksaan. Aamin aamin,
P/S: Masa anak-anak Sis exam dulu hingga sekarang, Sis buat tenang, jangan banyak cakap dan membebel, kang anak stress, so diam dan relax hehehe.
semoga dipermudahkan segala urusan untuk anak2 yg ambil UPSR tahun ni. aamiin
ReplyDeleteAaamiinn, insyaAllah @Umi ..
Deleteteringat zaman dulu2 nak amek upsr...eh tak teringat dah lah, lama nya 20 tahun lepas...hahhahaha
ReplyDeleteHahaha engko tak ingat, lagikan Sis ko ni yang tua @Sunah hahahah
Deletesemoga dipermudahkan urusan anak2 yg mengambil upsr esok termasuklah anak saudara kita, Indah
ReplyDeleteAaamiinn, good luck buat anak saudara Kak @Seri, sama juga dengan anak saudara kita Kak..
DeleteTerima kasih atas perkongsian sis...anak dara exam PT3 hujung bulan ni...
ReplyDeleteSama-sama @Suria, good luck buat anak SA ya ..
DeleteSelamat menghadapi UPSR kepada murid2 tahun 6
ReplyDeleteAamiinn, good luck buat semua ya @Wak ..
DeleteInfo sangat berguna untuk anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan. Juga sesuai diamalkan oleh ibu bapa. Semoga kita & mereka semua berjaya. Inshaa Allah
ReplyDeleteAlhamdulilah, moga bermanfaat buat kita semua ya ...
Delete