Sebagai nama yang popular DOOKKI adalah konsep makan yang mengenyangkan dan lazat, yang terdiri daripada 2 hidangan. Yang pertama makan bermula dengan hidangan 'signature' Korea asli yang sangat disukai 'Topokki' yang dimasak secara pilihan (sos) dengan cara buffet dan seterusnya ke hidangan ke-2 'Nasi Goreng Kimchi', dengan menambah baki sos, nasi, kimchi, jagung manis dan lain-lain dan di masak secara live action cooking di depan pelanggan.
Untuk memastikan pelanggan dapat menikmati rasa yang paling asli dari Korea, Dookki menawarkan pelbagai Topokki, semua bahan yang disediakan diterbangkan khas dari Korea. Masakan Korea yang lain, termasuk 'Eomuk' (Korea Fishcake), Kimnari (Korea Rumpai Laut Roll), Yangnyeom Fried Chicken dan mi mi pun ada juga.
Sama ada korang pernah atau tidak ke Korea, korang boleh menikmati Dookki, dengan cara Korea yang asli. Pelayan restoran mereka juga mesra dan akan sentiasa membantu korang dalam pemilihann dan juga dalam membuat DOOKKi, dari mencampur sos untuk pot Topokki mahupun ke hidangan ke-2 Kimchi Fried Nasi.
Setiap kali korang makan di sini, korang pasti balik dengan perut yang penuh dan berpuas hati.
Tempat :
DOOKKI @ JB – R&F Mall L1-117/118
DOOKKI@ Sepang – IOI City Mall Putrajaya L1-12B
Harga : DOOKKI Tteokbokki buffet which include free flow soft drinks is priced at :
Adult RM35.80 nett/pax
Child (110-140cm) RM18.80nett /pax
For a 90 minutes All You Can Eat Fun & Full-filling dinning experience.
Ala Carte “Double Cheese Ring” is available at RM16.80 nett/ order & Snow Cheese at
RM9.80 nett/order
NO Pork NO Lard
Facebook Page : www.facebook.com/mydookki/
Instagram : @mydookki
Website : www.dookkisg.com
For further information, contact Dawn Lee (Marketing Manager) at Mobile +65-9021 5599
Email : dawn.dookkisg@gmail.com
P/S: Korang cubalah, memang puashati!!
sedappp saya suka!!!
ردحذفKamu suka, saya lagi suka @Sunah !! Hahahahaha
حذفHarga pun berbaloi tu...siap buffet lagi
ردحذفYaaa betul, makan sepuasnya @Suria..kalau di KL ada di ioi Mall..
حذفHarga dia ada berlainan ke? Maksud saya rm35 tu makan dan ambil je apa yang nak . Ada kena cas apa-apa tak? Dan nak kena makan 90minute tu ke?
حذفHarga takde lain, sama je, cuma yang double cheese tu je harga add on..yang rm35 tu makan sepuasnyaaa....takde cas apa-apa pun kalau lebih dari 90 minit tu...
حذف