Sis pertama kali sampai sewaktu menghadiri roadtour Terima Kasih 900k bersama Honda Malaysia. Dan di situlah Sis pertama kali sampai di Ekoflora dan juga duduk makan di Gold Beans 93 ni, ternyata semua menu-menunya sangat sedap.
No pork No lard, bagi mereka yang rasa was-was jangan pergi. Tapi memang dah di nyatakan dan di jelaskan bahawa semua bahan mentahnya adalah dari pembekal yang halal, wallahuklam. Nak makan ye makan, kalau rasa curiga, jangan datang.
Meh nengok antara menu yang ada dan yang Sis makan haritu.
Itu antara sajian di waktu pagi yang di sajikan kepada kami masa tu. Semuanya sedap-sedap belaka, Licin kami semua makan, lagi-lagi menu Salmon tu, sangat sedap!!!..Memang tak sangka juga sebenarnya, pepagi lagi dah ada menu seperti Salmon tu, biasa time lunch aje kan, tapi kat Gold Beans 93 ni ye ada.
Menu nasi lemaknya pun sedap, dan kalau korang just nak makan salad or tengah eat clean, haaa boleh juga makan di sini.
Bila dah petang, masa sebelum Sis balik, di sajikan pulak dengan aneka kek, dan manisan buah macamtu, woww sangat kannn...Ini bukan hanya sebab untuk event masa tu jer tau, tapi menu semua ni memang ada di jual di sini. Korang boleh minta dan order sama macam ni semua.
So korang kalau nak ke sini, haaa jomlah, kalau time siang lawaa amik gambar di sini, juga kalau time malam, lagi lawaa nak berOOTD. Harga pun tak mahal, berbaloi dan mampu makan dan bayar seperti cafe-cafe yang lain.
GOLD BEANS 93 COFFEE SHOP
Di buka setiap hari dari jam 8am hingga 7pm .
Beralamat di : Lot K, Spring Labs, Jalan Ekoflora Utama, Taman Ekoflora, 81100 Johor Bahru.
Facebook : https://www.facebook.com/goldbean93
P/S: Serius Salmon tu memang sedap!! Korang cubalah..
nampak sedap2 semuanya
ردحذفIyerrr @Wak, semuanya sedap-sedap, alhamdulilah ..
حذفMenarik semuanya tp PC ni kalau ada manisan.. Haaa bulat la mata.
ردحذفHahahaa manisan dia memang sedap @PC ..kalau ke Johor boleh cuba nanti ..
حذفKalau dekat KL for sure amik cuti dan pergi lepak sini..ni jauhhhhhhh...huwaaaaaa....SAlmon tu menggoda
ردحذفKannn, salmon tu memang sedap @Suria ..portion dia besar ..
حذفNak gi breakfast la kat sana..
ردحذفJomm, bawak kita nanti yaa Kak @Seri hahahaha
حذف