Pasar Tamu ini menempatkan lebih 90 peserta dengan gabungan dua hari yang berbeza iaitu pada hari Sabtu dan hari Rabu pada jam 3.00 petang sehingga jam 9.00 malam. Pelbagai barangan jualan di jual di sini bagi memastikan korang tidak perlu ke banyak tempat untuk mencari barangan keperluan dapur dan makan malam. Bagi yang inginkan suasana santai, pasar tamu ini juga menyediakan kawasan makan berkanopi, dan sekali sekala adanya hiburan seperti busking untuk program sambutan dan sebagainya.
Hasil sungai seperti ikan sungai dan udang galah menjadi pilihan penduduk di sini. Manakala hasil laut, daging, telur ayam, telur masin dan durian merah merupakan daya tarikan utama pengunjung ke pasar tamu ini.
Sis dan rakan-rakan sempat ke pasar tamu Sandakan sewaktu majlis perlancaran #MakanSandakan baru-baru ini. Dan semestinyalaa kami beli macam-macam dan beli makanan yang lain dari yang lain hehehe.
[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/09/menginap-di-dalam-hutan-tabin-wildlife.html
Selain itu, pelbagai makanan dijual dengan lebih daripada 30 jenis makanan. Dan harga yang di jual sangat berpatutan. Kalau macam Sis dari Semenanjung, pastinya masuk pasar tamu ni terus jadi jakun, sebabnya bermacam jenis makanan yang tak pernah Sis makan dan jumpa, semua ada di jual di sini terutamanya Buah Tarap.
Memang pada mulanya dah fikir macam-macam nak cari, beli dan mencuba, tapi bila dah masuk ke pasar tamu ni, terus jadi gelojoh bila nengok semua makanan semua sedap-sedap hahahaha. Nasib baik ada Sunah yang bantu menahan Sis ko ni, kalau tak, semua benda nak di belinya kekekeke..
Bagi penggemar buah tempatan, ramai yang lebih menggemari durian yang dikatakan raja segala buah. Tidak hairanlah, ramai yang sanggup mengembara jauh untuk mendapatkan durian pelbagai jenis walaupun harganya mahal. Bagaimanapun di Sabah, ada satu lagi buah tempatan yang popular dalam kalangan warga tempatan iaitu buah tarap.
Pokok buah ini tumbuh subur di kawasan beriklim tropika dan mudah didapati di Sabah. Ia berbentuk bulat dan beratnya boleh sampai satu kilogram (kg). Kebiasaannya buah yang masih muda mempunyai kulit berwarna hijau pekat, manakala buah yang sudah masak pula mempunyai kulit berwarna hijau kekuningan.
Buah tarap yang sudah masak sangat mudah dikopek untuk diambil isinya. Sekali pandang, bentuk luaran buah ini seperti cempedak dan nangka, tetapi bentuknya lebih bulat. Isi buah ini pula berwarna putih susu manakala isi cempedak atau nangka berwarna kuning. Menariknya, mereka yang mahu makan buah ini hanya perlu menggunakan tangan untuk membelah kulit dan mendapatkan isinya.
Sis beli di pasar tamu sebiji hanya RM5 sahaja, penuh isi sekelilingnya. Kami makan reramai di situ. Suka masing-masing dapat merasanya, alhamdulilah.
[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/09/makan-makan-di-sandakan-restoran-dovist.html
Meh nengok apa lagi yang menarik di pasar tamu...
Menarik perhatian sungguh pokok ni..nasiblah jauh, kalau dekat dah Sis ko beli 2/3 jenis hehehe.. |
Keropok Lekor. Yaa walaupun kat Johor ada, tapi kat Sandakan ni agak menarik pulak nengok keropok lekur dia kan.. |
Yang ini Kerabu Rumpai Laut. Memang sedap! Sis beli RM 2 kemain banyak dapat. Rasa dia dia kenyal-kenyal macam sotong. Serius sedap! |
Pisang Bakar. Yang ini Kak Seri beli. nampak menarik, lain dari yang lain. |
Ini adalah ikan asin mayong. Sis beli dan telah pun masak dan makan,. Yerr sedap!! Nak bagitau apa dia pun tak reti hahaha tapi sedap. Sepeket RM 5. |
Kalau yang ini memang banyak jual, memana aje pergi ada di jual. Paling femes, amplong dan kuih cincin tu. |
Hehehe yang ini agak lawak. Sis ko pestime duk tenung ikan bilis mata biru tu dan waaa ternyata memang biru laaa mata dia, Sunah duk gelakkan Sis ko hahaha jakun!! |
Dan ini laaa kuih tersedap Sis makan di Sandakan. Kuih Pasong namanya. Rasa dia macam kuih tepung pelita. Sangat sedap. Pak kal laa kontrol makan sebab lepas tu kami nak ke makan malam. |
Sebenarnya banyak lagi yang di jual, tapi idok lee semua Sis ko nak amik gambarnya. Kang jadi pasar tamu plak blog Sis ko hahahaha.. tunjuk sikit-sikit udah ler kan, korang kena pergi sendiri hehehe..
Ehhhh menjeling pulak dia, kemain sombong ek ko...nanti ko!! Datang Johor Sis ko picit-picit mukak tu hahahahaha...Jual? Entah tak tanya pulak jual ke tak budak sekor ni.. hahahaha..
[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/09/tempat-tempat-menarik-di-sandakan-sabah.html
Kalau korang nak lihat lebih banyak gambar dan aktiviti kami semua sepanjang pengembaraan kami di Sabah, korang bolehlah klik hashtag di IG dan FB seperti #TourismMalaysia, #MalaysiaTrulyAsia, #cuticutimalaysia, #vm2020, #CutiCutiMalaysia, #VM2020 #GoSabahExperienceMore #SabahOkBah #SyiokOSabah #MalaysianHospitality and #MasWingsMates ya.
Dan kami juga nak mengucapkan terima kasih, kerana pengembaraan media ini dianjurkan dengan kerjasama Malaysia Airlines, MASwings, Sabah Tourism Board, Sandakan Tourist Association, Myne Resort Kinabatangan dan Tabin Wildlife Resort.
P/S: Sis cuba kontrol makan semua benda sebab takut perut alah, kang jadi lain pulak...huhuhu
hahahha teringat kucing tu menyombong giler...rupanya sebab dia nampak anjing kat belah sana tu...sebab tu dia camtu...
ReplyDeleteKannn, sikit pun tak toleh, menjeling kemainn mata dia kann @Sunah, geramm nengokkkk
Deletebestnyer
ReplyDeleteIyerr @Wak, best sangat...
DeleteRasa nak culik aje kucing tu.
ReplyDeleteTq Lin merasa kita makan buah tarap
Kan kan Kak @Seri, geramm nengok, kemain sombong dia hahahaha
DeleteSesama Kak ...
Paling best kalau ke tamu .. semua pun ada. Murah pula tu 😁
ReplyDeleteKannn @Mia, kalau boleh semua nak di belinyaa, nasib baik jauh naik kapal terbang hahahaha...
Deleteunik makanan borneo ni..
ReplyDeleteKannn @Wani, yang unik kita rasa hehehe
DeleteDatang tempat rong mesti akan nampak laian dari lain..sukanya tengok
ReplyDeleteYaaa mesti akan cuba yang lain dari yang lain kann @Nadia, kalau tak rugi kalau tak merasa..
Delete