Dan bila dapat aje jemputan ke hi-tea, Sis laa orang yang paling excited hahaha. Tak tau kenapa, dari dulu sampai sekarang, kalau boleh nak pergi hi-tea tu pun nak dressing cecantik gitu, nak berOOTD dengan kengkawan ke atau siapa-siapa ajelah dengan penuh 'klas' gitu. Jangan gelakkan Sis, tapi itu kejujurannya yang sebenarnya hehehe.
Dulu masa Suami belum sibuk, memang rajin kami berhi-tea, sana sini habis semua hotel atau cafe kami pergi berhi-tea, tapi masa tu tengah tak aktif blog, so tak dapatlah share gan korang hehehe. Dan agak beza sikit kalau berhi-tea berdua dengan kita berhi-tea ramai-ramai. Suasana tu agak bezalah.
Korang suka tak hi-tea? Kalau suka meh Sis kongsikan tempat yang best untuk korang berhi-tea sempena promosi September hingga Oktober di Suasana Suites Cafe.
Nampak tu, cantikkan set hi-tea dia. Yaa dah kata 'Tiffin High-Tea', so semestinyalah hidangannya dalam magkuk tingkat. Sangat-sangat Sis teruja nengok mangkuk tingkat tu semua. Mula ingat color oren aje, sekali kejap tu, haaaa mereka keluarkan semua set, dan berbeza-beza mangkuk tingkatnya, cantik gile!! . Dan korang akan di hidangkan set hi-tea tu bersama mangkuk tingkat seperti dalam gambar tu.
Untuk pengetahuan korang mangkuk tingkat itu dari JEIWA [Johor Empowerment of Intellectual Women Association]. Cantikkan..
Minum petang ni untuk 2 orang .
Setiap set ada 2 jenis makanan (nasi lemak & mee hoon goreng), juga 7 jenis kuih tradisonal melayu dan juga nyonya (termasuk keropok). Kuihnya juga akan di buat pusingan setiap minggu, so nanti time korang pergi, mungkin kuih lain pulak. Beserta juga minuman yang boleh korang pilih, korang boleh pilih samaada teh tarik, kopi, teh atau pun jasmine tea juga chinese tea.
Dan untuk Nasi Lemak dan Mee Hoon goreng tu, setiap satu set ada 4 (2 nasi lemak dan 2 mee hoon goreng). Makan puas-puas, tak payah berebut-rebut hahahaha. Berbaloi kann...?
Kalau ingat-ingat agak kelakar juga, masakan makan keropok je sedap, padahal keropok aje...tapi korang jangan tak tau ya, keropok ada banyak jenis, dan bukan semua keropok tu sedap. Sebab keropok ada yang keropok ikan dan ikannya pulak ada macam-macam jenis. Sis cakap sebab Sis selalu beli keropok kalau ke Mersing dan juga balik Paka, so dah tau beza mana sedap dan tak sedap.
Ternyata keropok di Suasana Suites Cafe ni memang sedap! Kami makan sampai susah nak stop. Makan cecah pulak dengan sosnya tu, lagi bertambah sedap. Sampai bertambah semangkuk lagi di meja kami hahahaha. Yaa keropok tu korang akan dapat sekali dengan set Tiffin High-Tea tu, atau korang boleh juga beli dalam pek asing, ada saiz kecik dan besar.
We JOCOM |
So korang apalagi, jangan lupa booking meja korang ya.
Tiffin High-Tea ni hanya ada pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja.
Bermula jam 2pm hingga 5.30pm .
Suasana Suites Cafe [Tingkat 33A]
82c , Jalan Trus
80000 Johor Bahru
Korang boleh mula menempah meja bermula dari 20/9 sehingga 26/10/2019 nanti.
Harga untuk 2 orang hanya RM 48 sahaja.
Untuk tempahan meja boleh huhungi terus En Hakim +60 17 283 5226.
Jangan lupa LIKE dan SHARE, untuk dapatkan 1 scoop aiskrim dengan harga RM 1 sahaja!
Atau ke page facebook : https://www.facebook.com/sscafejb/
P/S: Teringat-ingat dia punya durian goreng..sedap giler!
eh banyak update...tapi tak naik kat sidebar...huhuhuhuhu
ردحذفTau takpe, awat ntah tak masuk reading list @Sunah...ermmmm
حذفmangkuk tingakt dia lawa sangat..suasana pun nampak menarik
ردحذفKannn @Nadia, sangat selesa kalau nak berhi-tea di sini...
حذف