KENAPA EK KENTUT BAU BUSUK?

Sis Lin
12
KENAPA EK KENTUT BAU BUSUK? | Kann kann, kenapa ek kentut bau busuk? Ada ke siapa-siapa sini yang kentutnya wangi? Kalau ada meh sini kentut kat Sis meh, nak gak bau wangi macam mana tu? Hahahaha.

Selama hidup ni belum pernah lagi hidu bau kentut yang wangi, busuk ada lerr. Busuk biasa satu hal, ada yang busuk dia gile bau macam pekung!. Tak boleh bawak bincang punya bau. Sekali kena, mau kecut lobang hidung ko.

Jenis Sis kalau nak kentut, Sis ko kentut jer, nak malu apa, nak simpan buat apa, kentut kalau simpan lagi tak elok untuk kesihatan, simpan toksin dalam badan katanya hahaha. Elok dilepaskan, supaya sama-sama kita kongsikan baunya, samaada bau kentut tu sihat ke tidak 😆

Tapi jenis yang kentut sesenyap tu lagi bahaya, dah kentut senyap. bila berbau, ehhhh semua tak ngaku, elok laa kentut bunyi, ada masa yang bunyi tu tak berbau tau. Yerr nak kentut tu, kentut aje, cuma toleh gak le kiri kanan, jangan ko kentut bersepah plak, nayaa je dek kena jeling gan orang hahahaha.


Menurut Dr Patricia Raymond yang merupakan doktor dan ahli American College of Gastroenterology telah menerangkan kepada Refinery29/MSN tentang mengapa ada hari tertentu kuantiti kentut kita banyak dari biasa.

1. Terlalu banyak udara dalam badan

Terdapat dua sumber utama angin kentut kita, iaitu angin yang dihasilkan oleh usus besar kita dan angin yang kita telan yang akan melalui saluran penghadaman.

Angin udara yang kita telan itu akan menghasilkan kentut yang tiada bau. Ia boleh masuk ke dalam badan kita apabila makan terlalu cepat, mengunyah chewing gum atau minum banyak air karbonat bergas.

2. Pemakanan sihat

Bagus amalkan pemakanan sihat. Insha Allah ia menjamin kelangsungan hidup dan kesihatan yang baik. Tapi ada sedikit kontra yang perlu kita hadapi apabila makan cara begini.

Kita akan kentut busuk. Ya, kentut busuk sebab buah-buahan, sayur-sayuran, whole-grains dan legumes akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan hidung. Ini juga termasuk bawang, brokoli, kobis, dan lain-lain.

3. Penyerapan

Ini pula berkaitan dengan kentut yang tiada bunyi tapi ‘membunuh’ deria hidung kita. Kentut yang berbau sangat busuk ini terjadi apabila badan kita mempunyai masalah untuk menyerap nutrien tertentu, terutama gula dari karbohidrat dan diikuti oleh lactose.

4. Dalam penerbangan

Kajian menunjukkan semakin tinggi altitude, semakin menyebabkan gas dalam badan kita mengembang. Keadaan itu akan menyebabkan badan kita alami kembung dan akhirnya kembung perut.

5. Serius kentut banyak dan busuk

Walaupun kuantiti dan ‘kualiti’ kentut kita berbeza setiap hari, Dr Raymond menyatakan pendapatnya, jika berlaku kekerapan kentut dan kembung yang disusuli rasa sakit atau ada simptom lain seperti cirit-birit atau sembelit, kita wajar bertemu dengan doktor.

Ini kerana ada simptom penyakit yang dikaitkan dengan pengeluaran angin kentut berlebihan dan berbau busuk seperti IBS dan celiac disease.


P/S : Biar kentut busuk jangan HATI BUSUK! ..

إرسال تعليق

12تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Tak perasan pulak kalau kentut wak bau busuk.

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaa cuba Wak kentut dan suruh orang cium @Wak ...

      حذف
  2. menarik gila entri ni..tekun aku baca kat dobi..hahahahha

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha nanti Sis kentut ko cium eh @Sunah hahahaha

      حذف
  3. betul...biar kentut je bau cam haremmmm hati biar wongiiii

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha kannn @Sheila, kentut busuk rela di cium, tapi hati busuk, ermmm kita jauhkan diri,..

      حذف
  4. Hehehe. Simpan kentut jadi penyakit kan Sis.

    ردحذف
    الردود
    1. Iyerrr simpan toksik racun dalam badan katanya @PC hahahaha

      حذف
  5. Ayat last tu win...hehehe..manade kentut wangi..dalam badan banyak toksin..confirm busuk punya

    ردحذف
    الردود
    1. Betul @Suria, kalau baca tu, makan yang makanan sihat pun salah satu unca kentut busuk hehehehe

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!