MAKAN-MAKAN DI SANDAKAN - RESTORAN MAKANAN LAUT PASIR PUTIH (BARU) | Yes! Akhirnya dapat makan makanan laut (seafood) di Sabah. Memang Sis ko nantikan kemunculan seafood-seafood ni hahahaha. Tak kisah orang kata jakun atau gelojoh, janji namanya seafood. Yaa seorang Sis Lin suka makan seafood, walaupun hari-hari telan ubat opss..
Kalau di Sabah, terutamamya di Sandakan, selain dari Restoran Sim-Sim yang popular tu, korang kena cuba juga makan di sini, Restoran Makanan Laut Pasir Putih. Alhamdulilah kami berpeluang untuk datang makan di sini selepas check out dan sejauh 2 jam perjalanan dari Myne Resort untuk ke sini.
[Baca juga} : https://www.sislin76.com/2019/09/bermalam-di-myne-resort-safari-kota.html
Apa yang menarik dan menu apa yang di sajikan? Jom kita lihat.
Menu pertama di hidangkan adalah Yee Mee bersama Lobster. Yaa lobster korang! Ko tengoklah isi dia yang terjojol-jojol kuar tu, menelan ayaq liuq masa sampai..tapi opssss kamera eat first hahahaha makanya sabar yerr Sis Lin hahaha.
Dan menu kedua menyusul kemudian, Ikan Kerapu Masak Stim. Sis rasa ikan ni di stim dengan kicap soya cair, sebab rasa dia ada asin-asin sikit. Tu tekak Sis laaa, tekak yang lelain tak tau laa. Oleh sebab Sis tak berapa gemar isi ikan kerapu, maka Sis makan tang ketiak dia aje laa..sedap!
Dan kemudian menyusul pulak menu ayam. Ayam ni di stim atau di kukus dengan bawang putih, chinese style, yang ini memang sedap, makan dengan sos bawang putih berlada tu, perghhh banyak ketul gak Sis ko makan..hehehehe...kenyang? Jap ada lagi....
Kata seafood kan, mestilah ada menu udang gak hehehe. Yang ini ibarat meratah aje. Sis dan Sunah yang banyak kerjakannya. Yang lelain macam dah kekenyangan aje, mampu melihat hahahaha. Udang dia walau saiz kecik sedang tapi fresh dia tu perghh!!...sedap oii...
Yang di nantikan telah pun tiba..hahahaha binatang kegemaran seorang Sis Lin, tentunya ketam bakar telur asin. Biasa goreng kann, tapi di sini special, mereka bakar. Sedap nak matteyyy makannya, nasib baik Sis ko makan hidup lagi hahahahah.. Korang kena cuba ini!
Kitaorang ingat lepas menu ketam tu, okay dah habis dah, tapi Sis dah agak dah, mesti ada sotong, sebab kan dah namanya seafood, maka segala binatang seafood mesti ada dalam menu hahahah ternyata betul. Dan konsep makan kami masa ni adalah 'meratah' sampai kenyang. Sotong masak kicap dia ternyata sedap! Nampak biasher-biasher tapi sedap..
Di hidangkan juga bersama sup syur bayam dan juga kinuman teh cina. Lega gak minum teh cina dan juga hirup sup bayam dia, sedap supnya..
So korang kalau nak makan sini datanglah, puashati. Sambil makan boleh lihat laut dan hirup udara segar. Menunya pun sedap, seafoodnya pun fresh! Mesti cuba..
[Baca juga]: https://www.sislin76.com/2019/09/makan-makan-di-sandakan-restoran-dovist.html
Restoran Makanan Laut Pasir Putih
Mile 2 1/2, Jalan Batu Sapi,
PO Box No. 2251,
90725 Sandakan
Kalau korang nak lihat lebih banyak gambar dan aktiviti kami semua sepanjang pengembaraan kami di Sabah, korang bolehlah klik hashtag di IG dan FB seperti #TourismMalaysia, #MalaysiaTrulyAsia, #cuticutimalaysia, #vm2020, #CutiCutiMalaysia, #VM2020 #GoSabahExperienceMore #SabahOkBah #SyiokOSabah #MalaysianHospitality and #MasWingsMates ya.
Dan kami juga nak mengucapkan terima kasih, kerana pengembaraan media ini dianjurkan dengan kerjasama Malaysia Airlines, MASwings, Sabah Tourism Board, Sandakan Tourist Association, Myne Resort Kinabatangan dan Tabin Wildlife Resort.
P/S: Sambil menaip, terliur nengok lobster dan ketam tu, aishhhh dapnyerrr...
MAKAN-MAKAN DI SANDAKAN - RESTORAN MAKANAN LAUT PASIR PUTIH (BARU)
Saturday, September 21, 2019
13
suka udang dan ketamnya!
ReplyDeleteRasa macam kita berdua aje yang enjoy makannya kan @Sunah, sayangnya yang kita minta tapau tu kita terlupa amik huhuhu
Deleteni la susah masuk blog sis asyik makanan joo.. telan air liur je lah
ReplyDeleteHahahaha sabo je laa yee @Wani hehehe
DeleteAssalamualaikum lin..masuk sni jer dah nampak makanan sedap...sedapnya semua menu tu...
ReplyDeleteWaalaikumusaalam Mama @Maszull..selagi ada benda yang sedap, selagi tu lerr akan share sini Maa hahahaha
Deletememang mengancam ler semua menu...lagi² yang Ye mee tu...wallah
ReplyDeleteKannn @Rohaida, rasa lobster tu fresh gilerrr...
Deleteperghhh kemain lobster tu
ReplyDeleteKan kannn, sangat sedap @Hernee..
Deleteallahu dahal kita suka seafood..namapk pulak malm ni makan ni semua..terliur terus
ReplyDeleteHahaha samalah Sis ko ni @Nadia, duk balas mesej ko ni ternampak pulak, adeii kecurr sudah hahahaha
DeleteSalam sis, maaf bertanya, apa status halal kedai ni ya
ReplyDelete