MEE WANTAN SERAMBI UDA TAK PERNAH TAK SEDAP, MESTI SEDAP!

Sis Lin
12
MEE WANTAN SERAMBI UDA TAK PERNAH TAK SEDAP, MESTI SEDAP! | Yerr dulu kini dan mungkin selamanya, mee wantan di Serambi Uda ni tak pernah tak sedap, mesti sedap! Dari sejak Sis duduk di Bukit Indah, dan dari kedainya hanya di korner lot sebuah rumah, kini dah masuk kedai besar, tapi rasa dan menu semuanya tetap sama, sedap dan sangat sedap!

Korang yang pernah makan mesti tau kesedapannya kan. Dari mee wantannya, membawa kepada supnya, dan juga bahan-bahannya, memang tak lokek nak letak isi ayam bebanyak kan.


Tengok tu! Puashati berbaloi makan kan, penuh sepinggan, harga lupa plak laa, kalau dulu RM 7.50 kot tak silap, sebab Sis makan berdua dan ada order bungkus sekali, so lupa pulak nak tanya harga sepinggan.

Mee wantan ni ada 2 jenis, yang Sis makan ni jenis wantan kering, dan ada satu lagi jenis wantan sup, pun sedap juga. Ikutlah suka korang ya..


Pantang seorang Sis LIn kalau nampak asam pedas ikan duri atau mayong, memang akan ku beli walaupun dah kenyang, makanya bungkus bawa balik hahahaha. Sunah duk beliak mata je nengok, sebab nanti dia juga kena makan sama...hahahahha kita kan gemuk sesama kan Sunah kan hahahaha..


Kalau yang tanya kedainya di mana, haaa tu dia, yang bestnya pepagi makan situ dah ada pisang goreng dan juga cempedak goreng. Cempedak goreng dia besau gile! Puashati makan siap goreng dari kau beli sebijik!!!

Alamatnya : 18 & 20, Jalan Padi 2, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor
Dibuka setiap hari dari jam 8am sampai 6pm.

Ikutkan Sis ko nak menaip pepanjangm tapi kesuntukkan masa, so jadilah serba ringkas nak kongsi kat korang yang mana tanya tu.

Sambung lagi nanti ya. OkBai.


P/S: Tak sabar nak jumpa orang utan hahahaha..

Post a Comment

12Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. nasib dh makan mehun sup td, klu tak mana nk jumpa mee wantan ptg2 nih kak oi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe betul mee wantan bukan senang nak jumpa dan dapat makan, biasa cina aje yang jual @Norhidana ..

      Delete
  2. Kenapa la banyak tempat makan best kat area Johor je ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe makanya mai lerr ke Johor @Suria hehehe

      Delete
  3. nanti kalau gi JB lagi bolehlah try yg ni pulak. kita masukkan dlm list food hunting sesiap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa kalau ke Johor, singgahlah, puashati makan mee wantan kat sini @Sheila ..

      Delete
  4. tak pernah makan lagi mee wantan..macam sedapp jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap, boleh cuba, cuma nak cari yang orang melayu buat tu yang susah @Rabiahtul ..

      Delete
  5. Aduduii sis lin ni. Terliur fiza jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha apalagi, sila serbu @Faizzah ...hehehe

      Delete
  6. dulu masa kerja kat Nstp selalu makan mee wantan kat situ.. alahai rindunya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti free kita dating sana yaaa @Farah ...rindu sama ko!

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!