MENGINAP DI DALAM HUTAN TABIN WILDLIFE RESORT, SATU PENGALAMAN BARU BUAT AKU

Sis Lin
20
MENGINAP DI DALAM HUTAN TABIN WILDLIFE RESORT, SATU PENGALAMAN BARU BUAT AKU | Yaa satu pengalaman yang baru buat diri Sis apabila dapat menginap di resort yang terletak di tengah hutan dan kawasannya seluas segi empat tepat 122,539 hektar sejauh 48km dari Lahad Datu dan mengambil masa selama 40minit dari airport Tawau dengan menaiki kenderaan untuk ke Tabin Wildlife Resort (TWR) ni.

Perjalanan kami masa tu memang agak keletihan, lebih-lebih lagi Sis ko kurang tidur. Mana taknya bermalam di airport Klia semalaman dan terus ke Sabah, sampai Tawau perjalanannya pula makan masa selama 2jam nak ke Lahad Datu, mau tak letih ko. Masing-masing semua ketiduran semuanya. Dengkur bunyi tak bunyi, belakang cite, masing-masing dah faham sangat kepenatannya.

Jalan untuk ke TWR ni memang agak mencabar, jalannya berbatu kerikil, tapi menurut kata pemandu kami tu, ini kira bagus sedikit, sebelum ni lagi teruk jalannya. Itu yang bila tidur pun bergoyang-goyang kepala dan badan terhantuk kiri dan kanan hahahaha.

Akan tetapi...apabila sudah sampai di tempat yang di tuju, masing-masing wowwww! Melihat kawasan sekeliling dan melihat penginapan resortnya, memang berbaloi dan hilang segala kepenatan yang ada. Memang sangat teruja!



Sedikit mengenai Tabin Wildlife Resort.

Rizab Hidupan Liar Tabin terletak di bahagian timur Sabah, Malaysia, di pulau Borneo. Dianggap sebagai rizab hidupan liar terbesar di Malaysia, rizab ini terdiri daripada kawasan segi empat tepat kira-kira 300,000 ekar di tengah Semenanjung Dent, utara-timur bandar Lahad Datu, selatan dari bahagian bawah Sungai Segama dan utara Silabukan Rizab Hutan.

Dicipta pada tahun 1984, Tabin telah diisytiharkan sebagai Rizab Hidupan Liar terutamanya disebabkan bilangan besar haiwan yang mendiami hutannya, yang sebahagiannya sangat terancam. Tiga mamalia terbesar Sabah, iaitu Borneo Pygmy Elephant, Rhinoceros Sumatera dan Tembadau semuanya dijumpai dalam rizab; sembilan spesies primata hadir, serta tiga spesies kucing yang semuanya berada dalam senarai hidupan liar yang dilindungi.

Daripada spesies burung, 4 keluarga yang mewakili lebih daripada 300 spesies telah direkodkan. Rizab Hidupan Liar Tabin disenaraikan sebagai Kawasan Burung yang Penting (IBA: MY027).
Salah satu daripada puncak Tabin adalah gunung berapi lumpur yang kaya dan aktif, menarik kunjungan keramaian hidupan liar untuk pengambilan mineral mereka dan menyajikan platform yang sesuai untuk pemerhatian hidupan liar dan melihat burung.

Info : http://www.tabinwildlife.com.my/reserve.cfm





Tabin Resort 

Tabin Wildlife Resort (TWR) ini mempunyai 20 unit lodge. 10 unit pondok sungai dan 10 unit rumah tumpangan. Setiap rumah persinggahan dilengkapi dengan bilik tidur berkembar, dua bedded atau tiga bilik dengan bilik mandi en-suite & pancuran mandian air panas, penghawa dingin, kipas siling dan balkoni peribadi yang menghadap ke hutan di lereng bukit atau sungai Lipad.

Untuk kali ini roomate Sis adalah Kak Seri. Dapat aje kunci bilik, kami terus berkemas dan bersiap-siap untuk makan malam dan melawat kawasan sekitar resort, memang tak sempat nak mandi ke buat apa ke, hanya sempat melepaskan hajat yang tersimpan sekian lamanya di airport hahaha.

Untuk pakej penginapan, korang boleh ke : http://www.tabinwildlife.com.my/packages.cfm

Dan mesti korang tertanya-tanya, tapi kalau korang tak tanya pun Sis ko nak cerita gak hahaha.
Apa yang menariknya bermalam dan menginap di TWR ni kan?
Nak tau ke? Meh Sis cite serba ringkas tapi padat hahahaha.

Gunung Berapi Lumpur (Mud Volcano)

Lipad Mud Volcano, salah satu daripada beberapa gunung berapi lumpur yang terdapat di Tabin Hidupan Liar dan yang terletak berhampiran dengan Tabin Resort. Gunung berapi yang kaya dengan minieral bertindak sebagai "garam mineral" sering dikunjungi oleh haiwan & burung. Korang cubalah untuk mengenal pasti banyak treks kesan haiwan yang terdapat di situ. Dan jangan lupa abadikan kenangan korang dengan menyapu lumpur pada wajah korang kerana ianya dipercayai baik untuk kulit.


Jungle-trekking

Trekking menjadi salah satu daripada aktiviti di Tabin yang dapat dijadikan pengalaman yang memuaskan pada diri sendiri. Iyerr bayangkan berjalan sejauh 1.4km (pergi dan balik) untuk sampai ke Mud Volcano ni. Semput tak semput jugalah nafas Sis ko. Sepanjang jungle trekking tu, korang dapat lihat kesan-kesan tapak kaki haiwan, kicauan burung-burung, rama-rama berterbangan & tumbuh-tumbuhan yang luar biasa. Dan yang paling terbaru Sis nengok, adalah taik cacing hahaha dan pokok yang mengeluarkan air jika korang sesat di dalam hutan.

Video Jungle Trekking : Youtube https://youtu.be/lI5ew80WHQ8


Safari Malam (Night Safari)

Di malam harinya, korang boleh melihat kehidupan malam di hutan hujan tropika yang korang akan pergi dengan menaiki kenderaan terbuka. Berhati-hati dengan kehadiran haiwan malam & burung-burung, kebanyakannya korang tidak akan menyedarinya sehingga ditunjuk oleh pemandu/guide tour yang bermata burung. Kalau Sis ko memang takut nak suluh-suluh, memang duduk diam menunggu aje si Mawi suluh, nak amik gambar zoom pun ngeri huhuhu.


Berjalan Malam (Night Walk)

Berbekalkan lampu obor/suluh, berjalan dengan hanya berpandukan alam semulajadi di kegelapan padang di kelilingi hutan hujan Borneo, perasaan ini akan menarik dan sangat teruja. Mungkin korang akan menemui misteri hutan dan ianya menunjukkan dan membuktikan fakta-fakta yang selama ini korang tak tau dan kehidupan hutan ketika malam untuk korang. Satu pengalaman yang baru kan? Tapi kami tak jalan, kami naik kenderaan juga hehehe.


Dawn Drive

Memandu di waktu subuh di sepanjang jalan Rizab untuk melihat hidupan liar dan burung yang mungkin keluar untuk mencari makanan dan melihat keindahan Tabin yang diliputi oleh kabus pagi yang sangat menyegarkan. Masa ni korang akan nampak le spesies monyet-monyet, burung kenyalang (eh betul ke), dan yang pertama kalinya nampak ialah Pokok (madu) Tualang. Ermmm sila nengok kat IG @akusislin ya.


Air Terjun Lipad

Selepas perjalanan jauh atau selesai dari bermandi lumpur, korang boleh bermandi manda di air tenjun yang disebut 'Twin-falls'. Korang nikmati kesejukan seperti berada di dalam sungai yang mengalir dan benar-benar sangat menenangkan di kelilingi oleh alam semula jadi. Sayangnya kami tak sempat nak ke sini bermandi manda, kesuntukkan masa.


Tabin Herbal Rainforest Soak 

Penat berjalan, kaki letih dan kematu, korang bolehlah manjakan kaki korang di Tabin Herbal Rainforest Soak. Tapi hanya ekslusif untuk mereka yang bermalam selama 3  hari 2 malam sahaja. Sistem eko ​​hutan hujan yang kaya di Tabin menjadikannya sebuah tanah khazanah botani. Rendam kaki herba terdiri daripada air panas yang digabungkan dengan campuran herba semulajadi yang indah akan berfungsi untuk menenangkan dan merangsang kaki korang, ianya juga melancarkan darah dan memulihkan keharmonian fizikal dan mental.


Macam mana nak ke Tabin Wildlife Resort ? 

Melalui udara:

MasWings (www.maswings.com) mengendalikan penerbangan harian yang menghubungkan Kota Kinabalu dengan Lahad Datu. Tempoh penerbangan adalah kira-kira 1 jam.
Dari Lahad Datu, perjalanan 1:15 jam, sebahagian daripadanya menaiki kenderaan di jalan kerikil ke Tabin.

Melalui jalan:

Kota Kinabalu ke Lahad Datu (7 jam)

Sandakan ke Lahad Datu (4 jam).

Ini adalah cara yang lebih popular untuk melawat Tabin di mana pegunjung mengambil penerbangan ke Sandakan di mana mereka boleh melawat Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, dan mungkin Pulau Penyu Selingan, kemudian seterusnya ke Sukau di Kinabatangan untuk sekurang-kurangnya satu malam menginap dan kemudian melalui jalan raya dari Sukau ke Tabin Widlife Resort.
Perjalanan ini membolehkan seseorang melihat beberapa destinasi eko-alam di Borneo.

Tawau ke Lahad Datu (4 jam). 

Para penyelam (Divers) mendapati Tabin merupakan destinasi yang baik untuk dikunjungi selepas aktiviti menyelam mereka di Pulau Sipadan dan Mabul, ianya membolehkan mereka tidak pulang dahulu dan melawat Tabin untuk penginapan satu atau dua malam.

Perjalanan dari Semporna dari Tabin adalah 3:15 jam.



Sememangnya ianya satu pengalaman yang baru buat Sis. Tak pernah terbayang nak sampai ke Sabah, menginap pula di hutan, dan bermain lumpur berapi, berjungle night safari, dan berjalan jungle walk trekking sejauh itu. Satu pengalaman yang tak akan di lupakan.

Yang bestnya, Sis ko bercinta dengan alam Flora dan Fauna...sebab line telefon sudah kiok! 😆

Lokasi Resort:
KM 49, Jalan Tungku, Lahad Datu, Sabah, Malaysia.

Lokasi GPS:
5 ° 11 '15.35 "N 118 ° 30' 8.47" E

Telefon:
+6 088 267266

Facebook: https://m.facebook.com/tabinwildlife/


Kalau korang nak lihat lebih banyak gambar dan aktiviti kami semua sepanjang pengembaraan kami di Sabah, korang bolehlah klik hashtag di IG dan FB seperti #TourismMalaysia, #MalaysiaTrulyAsia, #cuticutimalaysia, #vm2020, #CutiCutiMalaysia, #VM2020 #GoSabahExperienceMore #SabahOkBah #SyiokOSabah #MalaysianHospitality and #MasWingsMates ya.

Dan kami juga nak mengucapkan terima kasih, kerana pengembaraan media ini dianjurkan dengan kerjasama Malaysia Airlines, MASwings, Sabah Tourism Board, Sandakan Tourist Association, Myne Resort Kinabatangan dan Tabin Wildlife Resort.


P/S: Satu peliknya, walau dalam hutan, tapi takde pulak nyamuk mengigit...pelik, tapi benar..

Post a Comment

20Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Nyamuk hutan tak hisap darah kot, hahaha.

    kalau boleh diulang, nak duduk Tabin tu, tak nak buat jungle trekking jer, naik2 trak tu best, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa, beriye spray bagai kann tapi takde pulak kena gigit nyamukkan Kak @Seri hahahaha

      Perghh macam tak caya dapat jungle trekking tu Kak..

      Delete
  2. pengalaman yang paling mahal ni kalau macam ni kan sis :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangatttt!! @Hayati...satu pengalaman yang takkan di lupakan...

      Delete
  3. 40 minit dari airport tawau dalam perenggan pertama tu, kalo naik flight ke airport lahad datu kan sis? Bukan 40 minit ke tabin wildlife resort dari tawau kan..😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh apa aku komen..aku pun tak paham..hahaha

      Delete
    2. Hahahaha Sis ko pun pening baca ayat sendiri dan bertambah pening baca ayat ko @Sunah hahahahaha

      Delete
    3. Tapi...kejap, tengah fikir juga ni, hahahahahaha

      Delete
  4. Bestnyaaa resort dia.. Terasa dekat sgt dengan nature..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerrr @Farah, memang punn, keliling ko hutan dan binatang aje hahahaha...time line takde haaaa memasing jadi pencinta alam semulajadi hehehhee

      Delete
  5. bestnya sis resort tu.. mesti rasa tenang jer berada dalam kehijauan.. aman.. sejuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat tenang, kalau di bilik pulak, dengar deruan air sungai mengalir @Dilah..cuma masa suntuk, tak dapat nak duduk lama di sana..

      Delete
  6. Menarik la...kalau la ada peluang memang nak pergi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa, jika ada peluang pergilah @Suria, memang satu pengalaman yang tak dapat di lupakan ...

      Delete
  7. Replies
    1. Yaaa @Bro, sangat best, satu pengalaman yang baru bila stay dalam hutan ..

      Delete
  8. Replies
    1. Sangat! Satu pengalaman yang baru buat seorang Sis Lin @Hernee

      Delete
  9. Bestnya banyak aktiviti dpt dibuat dkat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr @Farah, puashati dan seronok sangat!!

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!