MENU NAMPAK SIMPLE, JANJI MASAK DAN RASA PUN SEDAP | Kann kann, janji masak dan rasanya pun sedap tekak sendiri. Bukan nak makan jamu sekampung pun kan hehehe. Memang agak lama tak post menu memasak kat dalam blog Sis. Bukan tak masak, tapi kadang dah masak, terus makan, then baru ingat oh lupa amik gambar dan share gan korang hahahaha.
Sebelum tu nak bagitau gak kat korang, sorilah ya sejak-sejak 3/4 hari ni asyiklah post kat Sabah, sikit-sikit cite Sabah hahaha korang mesti buhsan baca kan, tapi...terima kasih juga yang sudi membaca dan faham. Tu semua post 'kerja' Sis ko, kena faham ya, tanggungjawab sebagai blogger kena di selesaikan. Yang tak faham tu sila abaikan aje la.
So dah masuk hujung minggu ni apa plan korang? Ada yang melarikan diri ke dari gejala jerebu ni? Paling tak pun kalau nak lari kenalah ke oversea kan, kalau masih dalam Malaysia ni, elok duduk rumah aje lor, sama je kalau bercuti di Malaysia tapi masih dalam IPU tidak sihatnya. Macam Sis duduk rumah aje laa, kerja banyak nak kena settlekan. Nasib juga ada penapis udara Coway, lega jugalah bernafas, cuma kena cuci hari-hari atau selang hari. Alaa cuci je sendiri, senang aje.
Semalam bagitau anak Sis,Yana, esok (harini) Emak nak masak ikan kembong masak kicap, lama tak makan ikan masak kicap. Terus suka anak Sis, rupanya dia pun teringin gak nak makan masak kicap. Singgah pasar semalam beli kembong, sekali amik sampai 6 ekor, padahal makannya 2 orang aje hahahaha. Tapi jangan tak tau, licin ikannya, baki pagi ni hanya ada sekor, kang Sis nak meratah hehehe.
Dan sambal petai tu bukan Sis yang masak yaa, tu beli frozen gan kawan Sis,Ina. Dia jual sebekas RM10. Sis dah pesan awal dengannya simpan sebekas, so kelmarin dia hantar dan harini Sis keluarkan dan panaskan. Sedap bak hang pekena dengan ikan masak kicap!
Petai dia kemain banyak sebekas, puashati!.
Siapa suka makan petai? give me 5!!..
Okaylah nak sambung kerja rumah, nak kemas-kemas, nak packing baju lagi, nak iron lagi, waduh banyaknya kerja. Yerr minggu ni is bizi day sebelum Sis pergi bercuti. Nak kena settlekan semua post-post blog yang tertunggak. Moga dipermudahkan urusan Sis.
Korang yang nak baca kisah-kisah Sis sepanjang di Sabah, bolehlah klik label FAMmedia trip atau Tourism Malaysia ya. Situ semua ada kisahnya. Terima kasih tau sudi membaca. Dan ternyata ramai view pasal penginapan dalam hutan di Tabin Wildlife Resort. Sampai 700 pv dah post tu.. cuma dia belum dapat masuk je lagi dalam sidebar popular post this week, tunggu sikit je lagi... alhamdulilah..
Okay OFF dulu..bye..
P/S: Moga Allah sihatkan tubuh badan aku untuk perjalanan seterusnya..aamiinn..
Menunya mantaps kak. :)
ردحذفAlhamdulilah, janji masak dan sedap rasanya kan @Asep hehehe
حذفadoi..nak masak ikan kicap juga lah
ردحذفHeheheeh silalah masak, nanti kempunan ngencess plak @Kuazue hehehe
حذفHahahha.. Sama post akk semalam, janji masak!
ردحذفKann kann janji masak sudah kan Kak @Seri hehehe
حذفjadi jugak satu entri...hahahah
ردحذفHahahaha tu lerr, tapi ko laaa orang pertama nengok menunya @Sunah hahahaha
حذفawww so sweet....kenapa tak update blog haaa hari niii
حذفUpdate tapi tak tau kenapa tak masuk dalam reading list @Sunah huhuhu
حذفDua lauk ni dah cukup buat tambah nasi Sis. Moga setiap urusan Sis dilancarkan Allah SWT ya.
ردحذفYerr @PC, makan dengan nasi panas, sangatlah menyelerakan...hehehehe
حذفtak hilang letih sis nak gi mana pulak ni kalah pm ni hi
ردحذفHehehehe holiday 'Me Time' @Wani ..hehehehe
حذفJanji masak dengan penuh kasih sayang
ردحذفtentu sedap
Yerr @Wak, masak dengan kasih sayang pasti sedap kann...
حذفsedap tu sis.. dah lama x masak ikan kat rumah.. haha balik2 ayam jer boring jugak..
ردحذفKannnn, samalah rumah ni @Dilah, asyiklah makan ayamm aje, sekali masak ikan, selera bertambah-tambah..
حذفmenu simple gini pun makan boleh bertambah-tambah kak
ردحذفKan kannn, tu belum lagi kalau ada sayur kangkung ke, lagi selera membuak-buak @Norhidana hehehe
حذف