NASI KERABU WARUNG AMBO, PETUT RAMAI ORANG, SEDAP RUPANYA! | Korang pernah datang makan sini atau tau warung Ambo ni? Pernah sikit masa selepas aje buka warung Ambo ni, kedai makannya viral, ramai datang makan sini sehingga sekarang. Dan masa Sis singgah makan tengah hari di sini pun, memang ramai orang.
Keistimewaan warung Ambo ni, ianya menjual pelbagai jenis makanan orang Kelantan, termasuk nasi kerabu, nasi putih set, nasi dagang yang memang menu utama negeri Kelantan. Yang menjualnya pun memang asal dari Kelantan dengarnya.
Masa pestime Sis sampai, terpegun kejap nengok menu-menunya, tak tau nak pilih yang mana, nak makan apa, semua nampak sedap. Tapi anak Sis rekemen makan nasi kerabu dia atau nasi putih set dengan sup daging. Itu memang paling ramai pelanggan dia order makan.
So kita cubalah.
Yang ini anak Sis punya, nasi kerabu ayam. Nasi kerabu ni memang datang satu set, dengan telur asin, sayur-sayur, dan juga keropok. Samaada ayam ke, daging ke, ikan ke, paru ke, atau yang lain-lain tu, korang kena pilih sendiri set mana korang nak.
Nak pedas ke tak ke, nanti dia tanya korang, atau nak tambah solok lada ke, sup ke, atau apa-apa lauk lain, korang kena bagitau.
Yang atas nuu Sis punya, masa ni tangan dah kotor baru ingat nak amik gambar, nasib baik Kakak ada amikkan, so gunalah gambar dia ni, tu yang takde amik gambar menu anak bujang dan juga adik Yana.
Anak bujang makan nasi putih daging kerutup, adik Yana makan nasi kerabu daging bakar, tambah solok lada. Sis punya nasi kerabu ikan goreng tepung, tambah sup daging. Saja nak rasa sup dagingnya, ternyata memang sedap.
Datang makan sini, korang kena beratur dulu, jangan main ke depan aje order, kena beratur ya. Sis pun beratur sampai keluar. Sambil tu korang bolehlah nengok menu-menu apa yang korang nak makan. Memang blur lee nak pilih makan apa, sebab banyak sangat, semua nampak sedap pulak tu.
Tiba giliran korang, haa cakaplah nak makan apa, nanti mereka sediakan. Harga berpatutan, dan menu dia banyak. Peminat makanan Pantai Timur haaa mesti suka. Nasi dagang pun ada. Kalau boleh Sis nak order semua, nak rasa semua, kang orang pandang pelik pulak kang hahahaha.
Sis suka sebab nasi kerabunya tak kering, lembut dan senang cakap kenalah dengan tekak Sis. Kalau tak biasa beli nasi kerabu, kering sangat! Macam nak tercekik time makan. Lagi satu bukan senang nak cari warung atau kedai jual pelbagai nasi kerabu macam ni.
So korang boleh cuba makan kat sini. Tekak memasing kan lain-lain, kalau tekak Sis, semuanya sedap aja. Hahahaha. Sis tau pun, anak Sis yang bawak haritu. Sebelum kami balik ke Johor dari bercuti tu, waktu nak hantar dia balik ke Shah Alam rumahnya, singgah makan sini, memang dekat dengan tempat anak tinggal.
[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/09/lima-belas-minit-berjalan-kaki-dari.html
Sorilah mula nak amik gambar depan kedainya tapi ko tengok ajelah cuaca panas tu, last-last masuk kete berhenti kejap, suruh anak yang amikkan gambar depan kedai tu dari jauh hahahaha.
Cuaca panas gilerr. Tapi makan kat dalam kedai tu okaylah, sebab ada kipas dan tidak panas. Warung Ambo ni ada juga jual kuih-muih tradisi Kelantan. Haritu dah kenyang, Sis malas nak beli, sebab nak gerak terus balik Johor.
So korang pergilah dan cuba ya! Sis makan haritu anak beranak baru RM 43.50 termasuk air. Dan lagi satu, warung Ambo ni buka pagi seawal 8.30am hingga 4pm atau sehingga lauk pauk habis ya. Dia takde bukak malam. Jangan korang datang malam pulak hehehe.
Senang kata korang datang brunch aje hehehe. Sarapan + Lunch .
Alamatnya :
Warung Ambo
38, Jalan Novelis U1/86A, Laman Glenmarie, 40150 Shah Alam, Selangor
Okay, selamat makan makan...
P/S: Sis makan Sis share aje...hehehe terus teringat pulak nasi kerabunya, adoiii!
adoi...lamanya tak makan nasi kerabu...nampak sedap sangat tu sis
ردحذفMemang yang ini sedap @Juju, nasinya lembut dan lauk pauknya semua sedap...puashati ..
حذفWow menduga betul nasi kerabu Warung Ambo ni Sis Lin..
ردحذفDah laa sedap kedai pun bersih..
Iyerrr @LZ, nanti kalau ada ke Shah Alam silalah mencubanya...memang sedap dan puashati ..
حذفOkey puasa dulu dari makan makanan pedas..hehehe...tunggu lepas bulan 10 nanti
ردحذفYang ni boleh minta nak pedas ke tidak @Suria, biasa nasi kerabu memang tak pedaskan...hehehehe
حذفbelum pernah try lagi..boleh masuk list ni.
ردحذفammi pun baru je belajar makan nasi kerabu 2 tahun lepas kot. hehehhe gayatkan. dok malaysia tapi tak reti makan macam2
Hehehee lepas ni cubalah @Sheila..
حذفKalau tak pernah makan atau baru belajar makan, molek sangat kalau pergi kedai ni, memang puashati..
telur masin tu mengancammmm lah! tiberr nak cari bubur kat double tree kang..hahahah
ردحذفHahahaha tadi ada ke bubur, nampak engko dah tak pandang buburkan @Sunah hahahaha
حذفsedap nampak nasi kerabu tu..:)
ردحذفMemang sedap Cik @Nor, bukan nampak lagi, memang rasanya sedap...
حذفAiseh.. Baru berangan nak pergi, kat Shah Alam rupanya. Patutlah macam pelik anak2nya semua ada makan sekali, hihi
ردحذفHahahaha nasib baik baca sampai habis ye Kak @Seri hahahaha
حذفSedapnye 'rice to wednesday'
ردحذفIyerrr begitulah @Wak hahahaha
حذفbile nak belanja?
ردحذفJomm le ke Shah Alam @Tatie hehehe
حذف