NASIHAT 20 - INDAHNYA RUMAHTANGGA RASULULLAH | Dalam kehidupan rumahtangga banyak yang terjadi antara Baginda Rasulullah saw dengan Siti Aisyah R.A. Di situ sejuta satu rasa rahsia yang boleh diambil untuk membina rumahtangga. Walaupun di sana terdapat juga masalah rumahtangga, namun bukanlah dilihat ia dalam konteks bagaimana isteri Nabi sanggup memberi masalah kepada Nabi. Namun lihatlah pengajaran-pengajaran yang tersingkap daripada setiap keadaan dan masalah, bagaimana bijaknya Rasulullah menguruskan seluruhnya.
Pernah suatu ketika, Rasulullah dan Aisyah punyai masalah rumahtangga, dan kata Aisyah beliau tidak mahu selesaikan masalah itu melainkan dilibatkan pihak yang ketiga sebagai hakim kepada masalah tersebut. Kata Rasulullah, silalah pilih siapa sahaja yang kamu mahu. Jawab Aisyah, beliau memilih ayahnya iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq radhiallahuanhu yakni sebagai hakim untuk permasalahan itu.
Kemudian dipanggil Saidina Abu bakar untuk datang mendengar permasalahan itu. Dalam perjalanan, Saidini Abu bakar sudah berasa sedikit geram, bagaimana mungkin anaknya menyakiti hati Rasulullah. Ini kerana Saidini Abu Bakar adalah antara orang yang sangat memuliakan Rasulullah.
Maka ketika duduk di hadapan Rasulullah dan Siti Aisyah, berkata Baginda Rasulullah kepada Siti Aisyah iaitu, 'Siapakah dahulu yang ingin menceritakan permasalahan ini., aku dahulu ataupun kamu dahulu?'. Ini supaya Saidina Abu Bakar sebagai orang tengah dapat menilai permasalahan yang berlaku. Lalu kata Siti Aisyah, 'Okay, kamu dahulu yang cakap, tetapi cakap yang betul'.
Sewaktu Siti Aisyah berkata demikian, terus Saidina Abu BAkar bertindak seperti ingin memukul Aisyah, namun telah ditahan Rasulullah dan Aisyah terus bersembunyi di belakang Rasulullah. Subhanallah, awalnya bergaduh dengan Rasulullah, akhirnya berlindung di belakang Rasulullah.
Berkata Saidina Abu Bakar, 'Kenapakah kamu wahai Aisyah menyuruh Rasulullah bercakap benar? Pernahkah Baginda bercakap dusta?'. Bukankah Baginda senantiasa bercakap benar?'. Itu yang menaikkan marah Saidina Abu Bakar kerana Aisyah berkata demikian kepada Rasulullah, kata Baginda Rasulullah, maksudnya, 'Aku memanggil engkau bukan untuk memarahinya akan tetapi untuk mentyelesaikan masaalah'.
Setelah masalah tersebut selsai dan setiap daripada mereka telah beredar, geram Saidina Abu Bakar belum habis. Lalu pada petangnya beliau ke rumah Rasulullah. Sewaktu itu, beliau melihat Rasulullah telah bermesra kembali dengan Siti Aisyah. Geramnya Saidina Abu Bakar belum habis, Rasulullah telah berdamai dengan isterinya.
Tidak Rasulullah itu merajuk ataupun berdendam, dengan isterinya dalam apa sahaja masalah. Bukankah sekarang ini banyak yang terjadi masalah rumahtangga maka si isteri ataupun suami mengugut untuk keluar darpada rumah kerana merajuk daripada sesuatu permasalahan. Ini kerana, kita tidak belajar daripada Rasulullah yang senantiasa dipantau dan diberkati oleh Allah swt.
Maka belajarlah daripada rumahtangga yang penuh keberkatan ini. Pasti anda akan menjadi orang yang paling berjaya dan paling indah dalam kehidupan berumahtangga.
Perkongsian dari Buku Nasihat Buat Diri .
P/S: Kalau rumahtangga nak merajuk-merajuk ni, zaman dulu-dulu ya, dah tua-tua ni, rugi je merajuk, kang orang ;kebas' hahahahahaha...
indahnya budi pekerti Rasulullah , sangat tenang dan lembut dalam menangani masalah rumahtangganya, zaman sekarang ni ramai lelaki yang selalu kurang sabar melayan kerenah isteri
ReplyDeleteKann @Norhidana, mengawal marah dengan sekelip mata aje dah berubah hati...zaman sekarang...ermmm marah sampai bercerai berai ..
Delete