NASIHAT 21 - JANGAN MENDIDIK KELUARGA DENGAN KEDUNIAAN | Setelah melihat Saidina Fatimah radhiallahu anha bertungkus lumus membuat kerja rumah, berkata Saidini Ali karamallahu wajhah, 'Baik juga jikalau kamu dtang ke rumah ayahmu sementara beliau telah mendapat harta rampasan perang. Boleh kamu meminta seorang hamba sahaya untuk membantu kamu di rumah'.
Siti Fatimah pun ke rumah ayahnya dan mengetuk pintu rumah Rasulullah.
Mendengar ketukan pintu itu, Rasulullah yang amat mengenali anaknya berkata, 'Ketukan pintu itu adalah ketukan pintu Siti Fatimah'. Kebiasaan Rasulullah saw bilamana didatangi Siti Fatimah, maka Nabi akan datang dan menyambutnya serta mencium keningnya.
Bahkan akan didudukkan Siti Fatimah di tempat duduk Nabi sedang duduk. Perbuatan yang sama juga dilakukan oleh Siti Fatimah jikalau Rasulullah datang ke rumahnya.
Kebiasaan Rasulullah juga bila mana bermusafir perang ataupun ke mana sahaja, rumah terakhir yang disinggahi adalah rumah Siti Fatimah. Dan tempat yang pertama didatangi Rasulullah setelah safar (perjalanan) adalah masjid dan setelah itu ke rumah Siti Fatimah, puteri Rasulullah. Hubungan yang begitu hebat antara anak dengan ayah.
Demikian antara riwayat-riwayat yang menceritakan hubungan antara Rasulullah dan Siti Fatimah, sebagai menunjukkan bagaimana kedudukan Siti Fatimah di hati Rasulullah saw.
Andainya kita punya anak yang kita sangat sayang kepadanya, bilamana diminta sesuatu pasti akan dipenuhi permintaan tersebut. Bahkan diberikan lebih daripada apa yang diminta.
Lalu ketika mana sedang Siti Fatimah ke rumah Rasulullah, Siti Fatimah mengatakan, beliau mendengar bahwa Rasulullah telah didatangkan kepadanya harta rampasan perang dan hamba sahaya. Maka diminta supaya diberikan seorang hamba sahaya kepadanya supaya dapat membantunya membuat kerja di rumah.
Kemudian Rasulullah saw berkata, maksudnya, 'Mahukah kamu jikalau aku berikan yang lebih baik daripada pembantu?'.
Bertanya Siti Fatimah, 'Apakah itu?', Jawab Rasulullah, 'Jikalau kamu ingin tidur, bacalah 33 kali Subhanallah, 33 kali Alhamdulilah, dan 33 kali Allahuakbar. Nanti apabila kamu bangkit daripada tidur, kamu akan berasa cergas dan mampu membuat kerja tanpa memerlukan lagi kepada pembantu'.
Maka baliklah Siti Fatimah ke rumah dan berjumpa suaminya, lalu berkata, 'Wahai suamiku, Ali. Sebentar tadi saya datang kerana inginkan dunia dan kini saya balik kepada kamu membawa akhirat'.
Begitulah hal keadaan keluarga Rasulullah dididik. Ditanamkan keyakinan dan ibadah kepada Allah swt, bukan diajarkan kecintaan kepada harta.
Perkongsian dari Buku Nasihat Buat Diri
P/S: Lepas ni mari kita amalkan zikir yang Rasulullah ajarkan itu sebelum tidur ya.
Allahu.. Nasihat buat diri, ambillah iktibar darinya dan saling ingat mengingati
ردحذفYaaa Kak @Seri, pesan buat diri sendiri...
حذفnak baca 33x alhamdulillah, subhanallah dengan allahuakbar tu memang berat nak start. Baca doa tidur pun kadang tertinggal
ردحذفBetul @Farhana...marilah kita sama-sama istiqomah dan amalkannya..
حذفThanks share pasal ni. Adakalanya diri sendiri pun perlu dinasihat dengan membaca buku-buku ilmiah macam ni.
ردحذفSama-sama @Diaripink..kita pesan buat diri sendiri ya ..
حذفSharing is caring ..