NASIHAT 22 - BERSEDERHANALAH DALAM MENCINTAI ATAU MEMBENCI

Sis Lin
4
NASIHAT 22 - BERSEDERHANALAH DALAM MENCINTAI ATAU MEMBENCI | Cintailah sesiapa sahaja yang kamu ingin cintai dengan sederhana. Mungkin sahaja suatu hari orang yang pernah kamu cintai menjadi musuh kamu. Begitu juga jikalau kamu membenci orang lain, maka bersederhanalah kerana mungkin sahaja orang yang kamu benci itu suatu hari akan menjadi orang yang kamu sayangi.

Dalam hal ini, sangat penting untuk memahami serta benar-benar mengamalkan apa yang disebut sebagai kesederhanaan. Jangan pula kita melampau-lampau dalam kita menyukai ataupun membenci sesaorang jikalau membenci, besederhanalah.

Janganlah sehingga dimaki-maki bahkan sanggup membuka aib orang yang dibenci itu.

Bagaimana jikalau ada ketika kita punyai kepentingan ataupun keperluan yang memerlukan kita meminta bantuan daripada orang itu? Tidakkah kita akan berasa malu ketika itu kerana pernah mencaci dan mengaibkannya?

Kerana realitinya dalam peristiwa datangnya perang Uhud ketika itu, yang kaum muslimin sedang mengalami kekalahan setelah awalnya menang, didapati keadaan kaum muslimin menjadi kucar dan ada sebahagian yang lari daripada peperangan itu.

Sedang sebelumnya berkata ingin mencari syahid, namun apabila ia ada di hadapan mereka, mereka lari daripadanya.

Masalah jihad itu bukan hanya dengan bercakap. Praktikalnya itu harus diterjemahkan daripada apa yang dicakapkan Allah ingin menguji keimanan setiap orang bukan sekadar kepada sahabat pada ketika itu sahaja.

Begitu juga kaum muslimin sepanjang zaman.

Sesaorang tidak akan sekadar mengucap 'Aku sudah beriman, macam manapun juga aku akan masuk syurga nanti', dengan berhujahkan bahawa Allah swt telah memberitahu bahawa jikalau dalam hati ini ada sebesar biji sawi iman, maka masuk syurga.

Persoalannya, siapakah yang jamin anda benar-benar beriman? Iman itu bukan sekadar di mulut, tetapi praktikalnya dalam hidup itu adalah sebahagian daripada keimanan.

Kamu akan benar-benar beriman bila mana iman kamu diuji.

Bila mana diuji dengan kemiskinan ataupun kekayaan, ataupun kedudukan jawatan, ataupun keluarga yang bermasaalah, ataupun musim kemarau yang panjang ataupun apa sahaja bentuk dugaan.

Itulah yang menentukan sejauh mana tulus bersih keimanan kamu pada Allah swt.


Perkongsian dari Buku Nasihat Buat Diri 


P/S: Suka? Sis kalau dah suka, Sis sayang orang tu, tapi bila dah Benci, makanya cukuplah sekali itu pernah suka dan sayang.
Tags

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ouchhh....sakitnya tuh di sini!
    Kalau boleh, nak elak dari membenci orang...tapi tetap terrrrjadi.....fuh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha benci tetap satu perasaan juga @Nona...sekali dah benci, susah nak beri kasih sayangs emula, kan kannn...

      Delete
  2. Cintakan bunga...bunga akan layu
    Cintakan manusia...manusia akan mati
    Cintakan Allah...itulah cinta yang kekal dan abadi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!