SEPETANG OOTD ANAK-ANAK DI TEPI KOLAM RENANG

Sis Lin
6
SEPETANG OOTD ANAK-ANAK DI TEPI KOLAM RENANG | Kalau kata berOOTD ni, haaa serah kat anak-anak, Emaknya dah pencen bab berOOTD ni hahaha, nanti kang Ayahnya sound lagi, 'Selfie-selfie tu nak tunjuk siapa?' hahaha, pedas mencucuk ke telinga mendengarnya kang hahaha.

Dulu-dulu ye laa, pantang nampak tempat cantik, kompom laa nak bergambar, pose sana sini, sekarang ni umur dah 43 tahun ni, ada sikit rasa malunya nak bergambar ler. Faktor saiz badan satu hal, lagi satu, jadi malu bila upload, bukan tak konfiden, tapi bila ramai komen-komen, tak reti nak jawabnya. Sebab tu biasa Sis masuk gambar bersama anak-anak atau dengan kawan-kawan, melainkan kalau terikat dengan tuntutan 'kerja' yang kena upload gambar sendiri, barulah Sis upload huhuhu.

Ini hak Sis, bukan nak kata atau nak perli sesiapa okay, terpulang pada memasing punya gaya tersendiri. Tapi untuk Sis, dah tamat dah bab berOOTD ni hahahaha. Bagi can laa kat anak-anak muda sekarang.

Kalau tengok anak-anak Sis, ermmm tak payah ajar pose nak berOOTD, memasing tau aje nak pose, lebih-lebih si kakaknya, kalau Adiknya, kurang sikit nak bergambar, manakala si anak bujang Sis, lagi laaa jauh sekali nak bergambar hahahaha..

Tak caya, meh nengok aksi gelagat anak-anak berOOTD di tepi kolam renang hahaha.

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/06/apa-maksud-singkatan-ootd-tu.html


Si Kakak, bab bergambar bagi dia, pandai aje buat pose dan buat mimik muka dia, geram kadang Sis nengok aksinya. Yang jadi mangsa tukang amik gambar, si Adiknya, anak bujang Sis hahaha. Jenuh si bujang Amat tu tukang amik gambar, ada je tak kenanya, kalau pakai handphone Sis, mau sampai seratus keping oii gambar dia sesajer, nasib bukan pakai kodak hahahaha..

Tapi kadang yang marahnya si Adiknya, amik gambar bebanyak, tapi kang tak di uploadnya, Kakaknya kata simpan buat koleksi peribadi hahahaha..


Si Adiknya, satu perangai, kalau berOOTD payah nak pose betul-betul, acuh tak acuh je kalau nak bergambar, dia memang macamtu hahaha. Dulu sampai sekarang, bukan tak suka bergambar, tapi kalau orang amikkan gambar dia, dia akan buat macamtu, tapi kalau dia selpie sendiri, pandai laa pulak pose hahahaha...

Dan Adiknya pulak jarang nak upload gambar di IG ke, IG dia pun kadang berbulan tak update hahaha, itulah si Adiknya.


Si bujang? Hahaha ginilah dia, jenis tak suka amik gambar, kalau dia senyum ke tengok kamera ke, itu dah cukup bagus! Tapi kalau kata dia taknak bergambar, ko jangan paksa, gini laaa jadinya hahahaha. Dialah yang jadi mangsa Kakak-kakaknya tukang amikkan gambar, bersabar ajelah, kadang sampai ugut mengugut anak-anak ni kalau taknak amikkanm gambar, macam-macam perangai hahahah tapi lawak!

Tapi kalau mood datang nak bergambar tu, senyum kemain manis, encemmm, ikut siapalah tu hehehehe..


Dan bila si Bujang kata, 'Emak dan Adik masuklah', apalagi, cecepat laa kami pose sebelum si kakak hangin sebab gambar dia tak siap amik hahahahaha...Amat sajeerr jee usik Kakak dia masa tu, kata dia 'penuh handphone Mak dengan muka ko je Kak', hahahaha..

Iyerr betul, handphone Sis biasa gallery hanya ada 500 atau 600 gambar aje, tapi masa pergi bercuti tu, korang tau berapa banyak? hampir 1000 gambar, tapi gambar si kakak sesaja hahahah ko ngase? hahahaha..

Tak apalah, biarlah mereka, Sis suka nengok, biar anak-anak merasai kehidupan remaja mereka dengan penuh enjoy, sebab tiba masanya nanti, semuanya berubah dalam sekelip mata aje, samaada faktor berumahtangga, kerjaya atau sebaliknya.

Masa tu kita akan rindu zaman remaja kita. Selagi ada peluang, enjoy your life, yang utama, syukur seadaanya, satu kepuasan buat diri sendiri, dan yang penting apa kita buat tidak menyusahkan orang. Tak suka, sila unfren hahaha.

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/09/lima-belas-minit-berjalan-kaki-dari.html

Tiberr Sis ko rindu zaman sekolah dulu walau dulu takde IG dan FB segala, tapi banyak kenangan manis yang terpahat di dalam memori ingatan Sis. Kalaulah dapat di putarkan masa, nak peluk semua kawan-kawan yang dulunya sama-sama susah dan senang. Tapi ....

InsyaAllah, satu hari nanti akan Allah ketemukan kamis emua di Syurga, aamiinn...


P/S: Pening ni packing baju tak siap-siap lagi, adeiiiii.....

إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. saya masih remaja lagi...jadi masih boleh la enjoy ootd banyak2 buat koleksi peribadi..ahahahah

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahahaah silaaa, nanti dah tua macam Sis ko, baru lee sedor diri @Sunah hahahaha

      حذف
  2. Tak semestinya anak2 muda aje yang sesuai berOOTD
    Fesyen selari dengan usia

    ردحذف
    الردود
    1. Betul @Wak, anak juga anak tua gak berOOTD hahahahhaa

      حذف
  3. Assalamualaikum lin...anak2 mmg semuanya suka berootd ni lin...sama jer dgn anak mama tapi suka die org la kn...kita yg dah berumur ni dok peranti jer la kn..

    ردحذف
    الردود
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull...kann Mama, kadang layankan ajee laaa, kadang kalau takde mood, Emaknya tak kowser nak melayan hahahaha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!