2 HARI PASIR GUDANG TAKDE AIR!

Sis Lin
8
2 HARI PASIR GUDANG TAKDE AIR! | Phewww tak pernah-pernah Sis ko merasa dan rasa takde air sampai 2 hari sepanjang berumah tangga di dalam rumah ni. Biasa kalau takde pun hanya setengah hari ataupun pagi takde, petang dah ada, ini kali pertama sampai 2 hari tak de air kat rumah, perghh...seksaaa oii..!

Bagi Sis, biar takde karen jangan takde air. Kalau takde air, seksa nak menahan segalanya, termasuk juga nak tadah untuk wudhuk semua. Mandi jangan kata laa, kena sekat-sekat, tak boleh nak mandi 'sabun di bilik mandi' gitu huhuhu. Tak suka laa gini!! Air air oo air...

Tapi nasib jugalah, sepanjang 2 hari takde air, anak pun takde laa semua ada, yang ada kebetulan si bujang tu balik cuti study week, tapi bujang Sis tu biasalah, budak lelaki, tak macam anak perempuan, mandi pun kadang lambat, banyak melepek atas katil main game ajee. Makan minum pun tak kisah. Yang anak Sis lain, Yana aje laa, tu pun kerja, so takdelah sangat nak mengguna air di rumah.

Suami pulak kebetulan, hari pertama takde air, dia ke Paka, semalam malam baru sampai Johor, so balik mandi sikit-sikit terus tidur. Sis siap call suruh dia makan dulu, sebab rumah takde air. Dan Sis pulak kebetulan 2 hari tu juga ada event. So memang takde laa sangat juga guna air di rumah, cukuplah air tangki untuk kegunaan 2 hari tu. Cuma mandi je la tak puas!!


Kenapa takde air?

Entahlah banyak sangat dengar dan baca spekulasi, tak tau mana betulnya. Yang mulanya dengar kata pam besar rosak, so tekanan tu tak naik untuk salur air, gitulaaa..

Notis?

Ermmm Sis dapat tau pun sehari sebelum esoknya takde air, terbaca kawan share kat wahtsapp, ingat ke tak le serius gini, so Sis baca sekali lalu je. Rupa....haaa amekkawww 2 hari takde airnya hahahaha. Banyak juga kawasan terjejas, sampai kedai-kedai makan area rumah Sis pun banyak yang tutup.

Setelah 2 hari takde air, haaa pagi ni bangun Subuh pagi tadi, baru laaa bukak paip air sinki, memancut-mancut air keluar, tapi belum besar lagi tekanan airnya seperti biasa, tapi takpe janji dah ada air woo..seksaa takde air! Time takde air, time tu laa nak buang air sampai 2/3 kali, eeeee...

Ni pun pagi ni baca kat group wahtsapp katanya, air yang ada ni pun sementara je ada, nanti akan putus balik, aje gile! Harap-harap tidaklah berlaku lagi, huhuhu mohon pihak berkenaan bertindak segera. Sian pada mereka yang meniaga dan juga ada anak kecik. Takat Sis ko ni, nak mandi gi je rumah Emak, Kampung Melayu, sekali Kampung melayu pun takde air kakakakakah!!..

Okaylah, cukup cite air pagi ni. Nanti sambung cite lain pulak.

Harini ada 'keje' nak buat sikit, nak pi 'skodeng' kawasan hahahahaha..jeng jeng jeng...kawasan mana? Jaga-jaga ...


P/S: Bangun pagi dapat email, alhamdulilah! Rezeki blogger...syukur..
Tags

إرسال تعليق

8تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. ko pindah jelah ke tempat lain weh. macam-macam dugaan. last year bau pencemaran, kali ni takde air. meh pindah meh. tapi jangan dok paka. sebab setahun sekali je aku balik sana. hahaha.

    ردحذف
    الردود
    1. Hurmm dah tetua ni nak pindah mana oii @Tatie, duduk ajelah di sini hingga ke tua ..huhuhu..

      حذف
  2. skodeng apa la tu...hahhahaha! kalo takde air ni memang menakutkan, kitorang kene pesan siap2, takde sape dibenarkan basuh baju guna washing machine kalo tengah takde air...kang ada yang gi kerja tak mandi..hahahah

    ردحذف
    الردود
    1. Kakakakah sila tampal sticker di depan mesin basuh ek @Sunah..
      Pstt skodeng rumah Janda hahahahaha

      حذف
  3. Takde letrik ok lagi..jangan takde air..boleh stress oiii

    ردحذف
  4. rimasnya kalau tak ada kan kak. kena check kat website kalau saj update info lah

    ردحذف
    الردود
    1. Iyerr, sekarang rajin nengok page FB SAJ tu, kalau tak haru takde notis kang @Azhafizah ...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!