APA NAK BUAT KALAU BOUNCE RATE BLOG TINGGI? | Hari ini Sis nak berkongsi sedikit pembacaan Sis selama dua hari ini mengenai Bounce Rate (BR). Sis ni bab nak bagi tips atau cara pasal blog ni memang tak berapa pandai, tapi hasil pembacaan di sana sini di google, banyak juga yang Sis tahu dan dapat ilmu baru.
Baru-baru ni, ada dua orang kawan bertanyakan pasal BR ni, kenapa Bounce Rate tinggi? Okay Sis faham masaalah itu sebab blog Sis pernah dapat BR sampai 80%. Macam-macam cara dan tips yang Sis dah guna pakai. Sampai dah berbelas kali juga tukar templatenya. So memang Sis faham masaalah itu.
Mulanya Sis pun takde jawaban nak bagi, sebab Sis tak pasti cara dan tips mana yang Sis rasa berkesan sampai BR Sis rendah. Yaa Sis punya BR sekarang dah jadi rendah, buat masa terkini untuk hari ini BR Sis 1.25%, memang itulah BR blog Sis, ada juga kadang naik sikit tapi belum ada cecah dan melebihi 2%. Jadi satu kejutan juga buat Sis.
Korang kena amik peduli pasal BR ni, sebab ianya memberi kesan pada blog kita. Bukan nak tunjuk bagus, tapi sebab banyak membaca, itulah jawabannya. Jom baca apa yang dah Sis baca.
Sebelum itu, korang tau ke Apa Itu Bounce Rate (BR)?
Bounce Rate bermaksud, kadar mereka yang meninggalkan laman web atau blog kita selepas mereka datang melihat dan membaca kandungan kita TANPA klik pada mana-mana bahagian atau artikel lain.
Senang cakap, pelawat datang lihat kandungan kita, sudah tiada apa yang mahu dibuat, terus keluar daripada laman web atau blog kita.
Bagi korang yang menggunakan Google Analytics untuk melihat data yang lebih terperinci tentang pelawat yang datang ke blog dan laman web anda, salah satu perkara yang boleh anda lihat adalah Bounce Rate.
Bounce Rate & Kaitannya Dengan SEO
Daripada sudut SEO, Bounce Rate dipercayai digunakan oleh Google dalam menentukan ‘ranking’ (kedudukan) sesebuah laman web atau blog di halaman keputusan carian mereka.
Laman web dan blog yang baik adalah yang mempunyai Bounce Rate yang rendah. Ini bermaksud, apabila kita menerima pelawat, pelawat tersebut tidak terus meninggalkan laman web atau blog kita.
Mereka ini akan klik pada artikel-artikel kita yang lain, berada di laman web atau blog kita untuk beberapa ketika yang lebih lama. Lebih lama mereka di laman web atau blog, lebih banyak mereka akan klik pada kandungan yang lain, maka lebih rendah Bounce Rate kita.
Kesan Bounce Rate Pada SEO
Bayangkan kita pergi ke sebuah pasar raya untuk membeli barang. Kita dapati pasar raya itu tidak menyediakan barang yang kita perlukan, mempunyai servis yang teruk dan susunan barangan di dalamnya tidak kemas.
Sudah pasti kita tidak akan datang lagi dan cepat-cepat beredar dari situ bukan?
Sama seperti kes pada Bounce Rate. Apabila seseorang pelawat mendapati bahawa kandungan kita tidak relevan ataupun tidak menepati apa yang mereka mahukan (baca: tidak berkualiti), mereka akan bertindak untuk keluar serta merta dari laman web dan blog kita.
Di mata Google, mereka mengesan situasi ini sebagai ‘penolakan’ oleh pelawat. Secara tidak langsung, mereka berpendapat bahawa kandungan kita tidak boleh membuatkan pengguna Internet gembira dan tidak berkualiti kerana mereka singgah terlalu singkat dan berlalu begitu pantas keluar dari laman web dan blog kita.
Kesannya, Bounce Rate kita akan meningkat dan jika mengikut resepi ini, ia akan memberi kesan buruk kepada SEO laman web dan blog kita.
[Baca juga] : Punca Trafik Blog Turun Mendadak
Kesimpulannya, Bounce Rate merupakan satu metrik yang menjadi kayu ukur dalam melihat kepuasan pelawat laman web dan blog kita terhadap apa yang kita cuba sediakan kepada mereka.
Korang faham?
Kalau BR korang tinggi, jangan risau, ada banyak cara untuk menurunkan BR tu. Sis pun banyak membaca dan mencuba. Dan yang paling berkesan, korang boleh cuba 7 Cara Menurunkan Bounce Rate Blog yang ini. Sis memang baca blog Zulhilmi ni dan hadamkan betul-betul. Ya kita cuba dulu, tak menjadi kita cuba cara lain. Janji ada usaha.
Sebenarnya BR rendah sangat pun agak kurang bagus tapi.....takpe nanti Sis membaca lagi pasal BR ni ya, nanti Sis kongsikan lagi..
Sekian perkongsian hasil pembacaan Sis mengenai Bounce Rate (BR) kali ini. Nanti ada ilmu baru lagi Sis kongsi lagi ya.
#SisSharing
P/S: Baru nak makan ni, harini masak Asam Pedas Ikan Pari, hehehe. Jom makan!
Bounce rate kadang tu ikut template juga kan. Mai pernah cuba beberapa template, memang nampak kesannya.
ReplyDeleteAda betulnya juga, tapi jenuh @Maisarah nak tukar template aje kerjanya, nak edit bagai, so bila dapat je template yang okay, guna tips lain untuk turunkan BR, tu yang Sis buat..
Deleteharitu sis ada buat entry pasal BR ni kan and ammi kata ammi tak pernah ambil tahu pun pasal BR. sejak pada tu..ammi pun cari mcm2 source and alhamdulillah BR ammi dah turun dari 85% ke 4.25% setakat harini.
ReplyDeleteTapi letih gaklah membuatnya..juling mata i
Yaaa Ammi @Sheila, alhamdulilah, ada kesannya kann..memang banyak tips dan caranya, nak dengan taknak je buatnya. Banyakkan membaca dan cari ilmu blogging yang orang kongsi..
DeletePowernya Sis Lin memang rendah BR blog sis. Idola~ :)
ReplyDeleteTakde le power mana pun, takat BR je tu rendah @Syaza, banyak lagi nak perbaiki blog dan penulisan Sis ni..
DeleteBR kite tinggi jugak.. lagi tiada masa nak godek2 blog skrg ni.. memang kesian kat blog tu.. huhu..
ReplyDeleteTakpe @Dilah, buat pelan-pelan, Sis pun mula dulu tinggi gilee...rajin-rajin membaca dan guna pakai tips yang ada..nanti turunlah ..
DeleteBR blog saya pun masih tinggi. Ada juga dpt tips n saya cuba.. Tpi masih tinggi.
ReplyDeleteMemang makan masa @Fieza nak menurun, bukan buat terus turun BRnya ...sabar je laa dulu ya...
DeleteBR kita tinggi melangit sekarang ni.. thanks for sharing Sis Lin.. i follow
ReplyDeleteHuhuhu cubalah guna pakai tips yang ada @Sue, nanti insyaAllah turunlah sikit-sikit..
DeleteTaruh video atau tulis panjang ..
ReplyDeleteLetak rajah ke atau apa apa.
Yang penting menarik
Betul, letak videolah paling cepat turun BR nya walaupun youtube video lagu je kan Mr @hanafi..
DeleteDulu pernah bounce rate atas 80. lepas tu dah lama tukar template dan buat tips apa yang patut..bounce rate berjaya turun. skang bawah 1. Tapi kalau bawah 1 pun tak bagus juga katanya. entahlah..ada masa nak baca lagi
ReplyDeleteYup, kadang template memainkan peranan juga tapi tak semua, Sis berapa kali tukar template dah @Azhafizah..kena juga guna pakai tips yang ada, barulah turun.
DeleteBetul bawah 2% pun tidak bagus, tu tengah kaji lagi ni...
huu~ baru cek tadi.. tinggi melangit nak nangis sis di sini tau.. rasanya kena tukar templet..
ReplyDeleteTakpe @Atie, pelan-pelan, guna aje tips yang ada dan tau, nanti turunlah BR tu ...
DeleteLaaa baru ku pham tentang BR ni. Esok kita cek!
ReplyDeleteHehehehe jenis tak kisah takpe @Ena, jenis Sis Lin ko ni amik kisah semua hahahaha...
DeleteTerima kasih kak atas perkongsian..
ReplyDeleteSama-sama @Atika ..
Deletelama betul tak check bounce rate...nak kena check jugak nanti...
ReplyDeleteHehehehe mudah-mudahan BR tu rendah laa yaa, tak pening kepala @Rohaida...
Deletesalah satu tekniknya, kena masukkan juga link2 entri lama ke entri semasa supaya orang klik kat situ lepas baca entri semasa...
ReplyDeleteIyerr tu tipsnya nak gan taknak jee @Sunah..hehehehe
Deletebounce rate rendah pon masalah juga. Haritu HH ada cakap.. Tp kalo masukkan video tu betul, turun BR
ReplyDeleteBetul, sebab tu Sis masih lagi buat kajian ni haa hehehehe
DeleteWhoaaaa..tQ info..
ReplyDeletei akan cubaaa...hohooo~
Cuna @Nona, jangan tak cuba heheheh
DeleteWoah~ ingatkan yang tinggi tu cantek. Adeh adeh adeh.. kena usaha lebih ni. ^^
ReplyDeleteHuhuhu silalah banyak membaca di blog Hasrul Hassan, dia banyak kongsikan pasal BR ni..
Delete