Jumaat lepas masih okay lagi walau dah ada tanda-tanda macam nak sakit, kepala sakit, bersin-bersin, dan tekak perit nak telan air liur. Sabtu dah mula macam bunyi batuk-batuk dan dah ada hingus, tapi masih okay, kuatkan diri keluar melayan Suami dan anak-anak makan di luar, belanja barang dapur dan juga menemai Suami berurut.
Tapi semalam pagi, sewaktu keluar bersarapan bersama Suami, haa dah nampak teruk benar dah selsema dan batuknya. Suami tanya okay tak, nak gi klinik tak, tapi Sis kata nak beli ubat je dulu di farmasi. Biasa memang Sis makan ubat farmasi je dulu, nanti dia okaylah. Nasib juga badan tak panas.
Lepas Suami dah gerak balik ke Paka, Sis telan ubat, dan terus tidur tak sedarkan diri sampai ke tengah hari. Perghhh tak sedar terus lepas makan ubat, Suami call pun tak dengar, kuat giler ubat selsema tu.
Miyakori Cofee at Eco Palladium |
Sedar dari tidur, Sis mandi lagi, nak bagi segar badan. Then anak-anak tanya nak ikut tak, mereka berdua nak keluar jalan-jalan. Ermm fikir punya fikir, okaylah, Emaknya ikut dan layan. Sian pulak bila dah anak ajak. Lagipun badan pun rasa okay sikit.
Ingat nak telan lagi sebiji ubat selsema dan batuk tu, tapi takut pulak kang, ada ketiduran dalam kereta tak sedar diri hahahah. So takpelah, balik berjalan nanti sebelum tidur baru makan ubat lagi. Masa Suami call semalam pun, Sis kata okay dah sikit, Suami suruh pergi klinik, tapi takpelah, Sis okay dah ni.
Kadang sakit ni tak boleh layan sakit, kang kalau layan, serba serbi mengada dan nak manja, haaa lagi susahkan diri. Elok kuatkan diri, janji makan ubat dan banyakkan rehat dan tidur.
Mula bimbang juga takut Suami pun jangkit, dia kalau sakit lagi teruk. Tapi entahlah tu..harapnya Suami okaylah tak berjangkit.
Banyak event minggu ni, dan banyak kerja nak settlekan, harap cepatlah sihat dan boleh buat kerja dengan tenang.
Terima Kasih Adik belanja minum petang. |
Okaylah, nanti sambung lagi ya. Tu je kisah hujung minggu Sis yang di serang batuk dan selsema. Korang pun jaga diri dan banyakkan rehat ya.
P/S: Terima kasih juga buat mereka yang bertanyakan khabar. Love u 💗
Batuk dan selesema ni macam kawan baik sangat..cuma yang mana je mula dulu Sis.
ReplyDeleteYaaa @PC, sekali datang memang kedua-duanya akan serang sekali gus..huhuhu lemah badan jadinya...
Deletetu duduk luar tu ek...nasib da tak jerebu ek...hahahahha
ReplyDeleteIyerr duduk luar, baru lepas hujan, berangin sejukk aje @Sunah ...
DeleteAmmi cukup risau kalau kena selsema sebab nanti sakit kepala, sakit muka, sakit segala-galanya.
ReplyDeleteYaaa kalau dah batuk semuanya sakit, termasuk pinggang semua Ammi @Sheila...
DeleteSA paling x suka batuk dan selsema...mood confirm kelaut dalam..
ReplyDeleteKannn, samalah Sis juga @Suria, badan jadi sakit semua gara-gara batuk..
Delete